Our social:

Latest Post

Saturday, December 31, 2011

selamat menyambut tahun 2012

takde apa nak update sbenarnya ni.....ekeke

Friday, December 30, 2011

babak paling sedih.......



ini babak paling sedih yang pernah aku tengok....bergenang jugakla weh...:(

ombak rindu ada cenggini punya sedih tak?

babak paling sedih ombak rindu

aku dah tengok dah citer ombak rindu.....bukanlah tgk dalam panggung macam korang yang ada banyak duit pasal tu boleh tengok 2 3 kali tu....aku tengok kat pc je,,,, maklum lah sejak semalam link untuk ehem ehem dah ada...

tapi aku takdelah tercongok 2 jam tengok citer tu.....sambil tengok tu banyakle kije lain aku buat tapi bila dengar lagu2 sedih tu aku tengoklah sejap....tapi aku tak jumpalah babak yang paling sedih tu....

bole bagitau aku tak babak mana yang buat korang menangis tu ? aku tengok mcm tak sedih pun citer tu....mcm meluat ada le...ekeke macam tak logik pun ada jugak....

'
"pendapatan" korang? ekeke

Thursday, December 29, 2011

hari ke 9 : katakan taknak

canon rock sampai nangis???

Wednesday, December 28, 2011

Hope 2 Walk Annur ........



tak salah klu kita sama2 bantu.....

untuk membantu.....
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Jumlah Sasaran: RM 500,000
Tarikh Sasaran: februari 2012

FB Page dan blog ini dikendalikan oleh sukarelawan dan segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada ibubapa Annisa dan An-nur.

( korang bukaklah blog tu....untuk tau cerita sebenar,,,,,)

(adoi...aku takde fb so tak dpt nak tgk fb dia...sbnrnya aku ada fb tapi tak aktif... nanti lah...)

sesiapa yang ingin menyumbang ke tabung harapan Annisa dan An-Nur boleh berbuat demikian ke akaun:

Bank Islam
Cik Annisa binti Mohd Affandi
account number : 14 229 02 001975 2

Maybank
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (ibu)
Account number : 162021363678

Standard Chartered
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin
Account number : 39 919 49 92754



sebarang pertanyaan sila hubungi :-

FAIZAL RIDUAN - 012 212 4414 (aktivis dan penulis majalah milenia)
NASHITA MD NOOR - 013 209 6373 (aktivis sosial)
ZUMRAH HUSNI - 013-2031355 (aktivis sosial)

Sunday, December 25, 2011

boleh ke lelaki dan perempuan berkawan baik?

Rasanya nenda ni pernah menjadi isu... nak jawab tak tau camana...tgk je video ni... kajian yg dibuat.walaupun tak ramai yg dia tanya..tapi rasanya..kalau makin ramai dia tanya... jawapan tetap sama....

perempuan akan kata bole....
lelaki majoritinya akan kata tak bole...
korang? ada yang berani melawan arus?

Friday, December 23, 2011

Pelaburan emas : Haram atau Halal

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:


Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

Pihak Yang Berakad

2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid

Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.

ii. Keredhaan

Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.

Harga Belian (al-Thaman)

3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah

7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh
11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.


20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adahdari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

sumber: www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas

Aku tak habis baca lagi...just untuk simpanan...mana lah tau tiba2 nak labur emas ke...emas ke...emas ke...hehe

Thursday, December 22, 2011

Tiada tapisan filem mulai 2012

camana?suka?pembikin filem mestilah suka....camana la agaknya ye filem kita tahun depan...mesti byk adegan2 terrrrrlepas pandang...ekeke


PUTRAJAYA 21 Dis. - Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.

"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia anjuran Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu Mahmood turut menyampaikan Anugerah Penggiat Filem kepada Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, Penerbit Metrowealth (MIG), David Teo dan seorang penggiat filem dan penulis, Dr. Asiah Sarji

Menurut Mahmood, kementerian juga akan memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada penonton terhadap sesebuah filem mengikut genre masing-masing.

"Antara langkah yang akan diambil kementerian ialah meletakkan keterangan mengenai sesebuah filem di skrin pawagam sebelum ia ditayangkan.

"Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak," katanya.

Sementara itu katanya, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa sebarang tapisan.

"Ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk penerbit filem terdahulu yang terpaksa menjalani proses tapisan filem ketat sebelum ia dibenarkan untuk tayangan," katanya.

Dalam pada itu katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem luar negara yang dibawa untuk ditayangkan di negara ini, kementerian akan memanggil syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk filem terbabit untuk mendapat penjelasan.

Oleh HAKIMI ISMAIL
utusanputrajaya@utusan.com.my

Wednesday, December 21, 2011

no more free shoutmix

Tiada lagi shoutmix percuma mulai dari tahun depan... 1.1.2012... korang dah tau? aku baru tau minggu lepas...sebabnya korang bacalah sendiri kat websites dia... nampaknya terpaksalah kita cari alternative lain...kalau2 korang tau yg best dan baik mcm shoutmix ni...kongsi2la weh... aku memang tak tau...maksud aku yg free dan live cenggini...aku rasa shoutmix ni memang terbaik... sedihlah klu takde...walaupun aku jarang guna dah sekarang tp aku suka baca msg spammers...

Tuesday, December 20, 2011

Kenapa aku buang delete linkwithin

Related Posts with Thumbnails konon!!letak widget ni konon bule menambahkah page view kita...tapi korang tau tak? mesti tak tau kan...ekeke kenapa aku buang? sebab utama adalah kerana hari tu aku dapat kesan sorang silent reader blog aku...hehe blog aku ada la sorang dua yang jadi silent reader...dalam seminggu ada 2 orang ...haha tak kisahlah tu...masalahnya ada sekali tu dia datang dan kemudian dia keluar guna linkwithin tu...aku ingatkan dia pergi ke post aku yang mana tapi rupanya tak...bukan post aku tapi post orang lain dan yang lbh teruk ntah hapa2 blog yg dia pergi tu...tak payahlah aku citer eh...kalau teruk tu...aku harap korang faham...

so...aku pun test post aku yg lama2...dan terkezut aku bila linkwithin telah memrelatedkan link yang bukan dari blog aku atau n3 aku...tapi post dari blog lain... cuba korang test...esecially post2 lama korang...cuba tgk linkwithin berikan related post yang mana?aku tak kena mcm aku...ok la kot...tapi kalau dia berikab post blog mat saleh yg ntah hape2...korang fikirlah sendiri eh...blog korang...sukati koranglah ...eheh

kalau nak buat related post tu...yg betul2 dari blog korang...baik buat guna html edit ....maribinablog ada ajar masalahnya bukan semua template buleh guna...cam template aku ni tak bule...so maybe aku kena tukar template ni... walaupun tak baik untuk ranking...seo kalau asik tukar template...aku tak kisah sgt sebab aku dah lama tinggalkan mende2 tu...any suggestion tak kat mana aku bule dapat template2 free yg best?

Wednesday, December 14, 2011

CSPFTTD: apa cerita gambar ko amik ni?

chaiikkkk...otai otai... errr... sebenarnya otai kemendenya...asal tgk gambar tanya apa citer...tanyalah dari segi teknikal...komen sikit...kalau dah otai sangat...bagitau...kalau nak amik gambar ni...dgn keadaan cenggini...kena setkan aperture sekian sekian...speed sekian sekian...iso sekian sekian... ini tidak...nak tunjuk bagus,,, tanya 'ni apa yang ko cuba tunjukkan'...kalau aku...aku akan jawab...

gambar aku ni memang takde cerita apa2 pun...ini gambar, tajuk dia 'wordless wednesday'

ps...aku tgh tension ni weh...saham tak naik2...

catatan seorang peminat fotografi tapi takde duit: sapa paling poyo?

catatan seorang peminat fotografi tapi takde duit: perghhhh...panjangnya tajuk...aku ringkaskan eh...CSPFTTD : sapa paling poyo hehe siap labelkan sekali...kalau2 ada yang minat dgn catatan ni sebab nak citer / kongsi pasal fotografi especially yang hanya mampu guna kit lens macam aku...sebelum aku serius dgn catatan ni...jum jawab soalan aku...siapa paling poyo...

yang ambil gambar guna hp atau dslr atau ipad? aku vote yg pakai ipad,,,,ekkeke memang poyo betul dorang tu kan...len kali klu aku nmpk ...aku nak amik gambar pakai laptop...

Tuesday, December 13, 2011

Cara cara parking kereta

khas untuk yang fail jpj test dan yang hendak ambil ujian jpj...ni abang mario nak bagi tips supaya korang tak membazir duit ptptn amik ujian banyak2 kali...ekeke errr...tengok video ni...cara2 yang betul...



yang penting... sabar...biar pulas...masuk...kedepan...kebelakang...yang penting sabar....

Perlu ke ada facebook???

Sebenarnaya aku ada fb ni tapi tak aktif pun...lama aku tak bukak...ekeke password pun dah lupa...sebab aku rasa facebook ni mcm bosan pulak...tp lately aku tengok...banyak citer aku agak ketinggalan sebab takde fb,....bloggers dah tak update lg citer2 gempak...mcm dulu2...banyak blog2 aku pergi...sumber...fb...haiyoo...sebab aku takde fb...eh...ada tp password dah lupa... tak dpt aku nak baca...

so...perlu ke ada fb?korang?

Monday, December 12, 2011

delete jela blog ko tuuuu!!!!

orang buat blog... ko pun nak buat.... orang letak iklan...ko pun nak letak... orang ehem ehem... ko pun nak ehem ehem...apa pun tak bole...ini last warning untuk ko... aku nasihatkan ko delete je blog ko...!!!

jawapan:
suka aku lah...yang ko sibuk apasal haaa???ada aku usik ko ke haaa????yang ko sibuk sangat apasal haaa???

hehe...saje aku monolog sorang2.... eh... monolog mmg la sorang2 kan...ekeke kalau 2 orang mestilah duolog... kan kan kan...

ok...serius... aku sebenarnya sgt malas dan start thn depan mungkin akan bertambah bizi... maklumlah thn depan ada beberapa projek yg aku kena buat...bukan azam...bukan wish list,,,,tapi kena buat...faham!!!

apa dia yg aku kena buat....

buat rumah....yela....projek ni akan berjalan sebaik je aku siap plan rumah dan cari kontraktor...

study...yela...aku sambung belajar...4 thn setengah....yang ni tak taulah jadi ke tak tapi yang pastinya aku akan cuba...

2 ni jela yang aku bole bagitau...dua ni pun mcm nak tercabut otak aku...ekeke

doakan aku eh....blogger kan suka bagi semangat...

Friday, December 9, 2011

Keyword minggu ini

berita ni penting untuk yang main SEO kan kan kan...


KUALA LUMPUR: Google pada Khamis berkata carian yang paling pantas meningkat melalui google.com.my bagi tahun ini ialah facebook, angry birds dan program realiti TV Maharaja Lawak.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata program Amerika, Next Top Model, X Factor USA dan American Idol 2011 merupakan rancangan TV yang paling banyak dicari tahun ini, manakala iPhone5, iPad2, Samsung Galaxy dan Adroid adalah carian berkaitan teknologi yang paling popular.

Bagi carian mengenai individu, penyanyi dan penggubah lagu Bruno Mars mengungguli senarai yang termasuk bintang muzik antarabangsa Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber, yang wajah masing-masing menduduki tempat teratas dalam senarai carian imej paling popular.

Warga Malaysia yang paling pantas meningkat dalam carian ialah Cikgu Shida, yang mengumpul pengikut yang besar dengan nyanyian bisunya mengikut lagu-lagu sukaramai tempatan dan antarabangsa.

Warga Malaysia lain dalam senarai ialah penulis blog muda Fatin Liyana dan Haniz Zalikha, ahli politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, ulama Ustaz Kazim dan pereka tudung muslimah Hana Tajima.

Destinasi perjalanan antarabangsa terkemuka yang dicari melalui Google.com.my ialah Kowloon/Hong Kong, pulau Su Mei dan Phuket (Thailand), diikuti oleh Bangkok, Maldives dan Disneyland Hong Kong.

Jurucakap Google, Zeffri Yusof, berkata 'Zeitgeist' (perkataan Jerman bagi "semangat semasa") akhir tahun Google itu yang diperoleh melalui kajian carian yang diterima oleh Google setiap tahun merupakan pengukur budaya yang mendedahkan segala-galanya yang membuat orang teruja, ingin tahu atau semata-mata mahu mengetahui lebih banyak.

"Dari pemimpin, selebriti, hal ehwal semasa hinggalah kepada budaya popular, sukan dan segala-gala di antaranya, trend carian mendedahkan apa yang secara kolektifnya ada dalam fikiran rakyat Malaysia," kata beliau. - BERNAMA

Wednesday, December 7, 2011

FW: Layani isteri seperti Rasulullah

1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untukdijual.



2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.



3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’



4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.



5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’



6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

ps...fwd dr email....

Saturday, December 3, 2011

Kata-Kata Hikmah 2

Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Dan Salam Sejahtera,



“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.” (Saidina Ali RA)



b/p Ust M Nazim B Ariffin

ps/ ustaz ni ustaz kat tempat kije aku...saje je nak kongsi dgn korang...

Friday, December 2, 2011

Renungan: Hijrah Diri

Surah At Taubah ayat 20 yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperolehi kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah itu pahala yang sangat besar.”



Dalam proses kita sebagai manusia untuk menghijrahkan diri untuk mendapatkan keredhaan ilahi ini Rasulullah SAW ada menggariskan panduan kepada umat-umatnya. Baginda bersabda ertinya: “Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau merasakan panasnya.” (Hadis Riwayat Muslim)



Mengapa sahabat atau kawan memainkan peranan penting dalam penghijrahan diri kita atau kehidupan seharian kita? Ini kerana dengan apa yang dia lakukan akan tempias kepada diri kita sepertimana terperciknya air hujan. Jika berkawan dengan orang yang buruk perangainya lambat laun pasti akan terikut-ikut begitulah sebaliknya jika berkawan dengan orang yang baik, insyaAllah sedikit demi sedikit kita akan tertarik. Dengan perlakuannya, percakapannya, segala tindak-tanduknya, kesabarannya, kesungguhnya, sifat kesederhanaannya dan setiap apa yang dia lakukannya akan tertempias kepada diri kita jika kita bersahabat baik dengan dia (orang yang soleh). Oleh itu pilihlah kawan dari kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya mereka akan memberikan kita kebahagiaan hati yang menjadi titik permulaan hijrah.



Seterusnya secara rasional manusia mempunyai kelebihan dan kepandaian masing-masing. Rasulullah SAW itu sendiri yang mempunyai kelebihan yang dipergunakan untuk kepentingan agama Allah. Dengannya umat Islam sehingga kini memperolehi kesejahteraan dan kebahagiaan. Oleh itu marilah kita menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita ini dengan membuat kebaikan sesame manusia. Sepertimana firman Allah dalam surah Az-Zalzalah ayat 7-8 bermaksud: “ Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat biji zarah(sawi) pun nescaya dia akan melihat balasannya pula.”



Bagaimana yang dikatakan kebaikan seberat biji zarah itu? Jawapannya ialah doa. Mendoakan kebaikan/kebahagiaan orang lain adalah merupakan satu kebaikan. Ianya tidak mengeluarkan sesen pun….. tidak memerlukan masa dan tidak merugikan sesiapa. Lihat satu perkara… iaitu hati. Jika hati kita ikhlas dan bersih maka dengan sendirinya hati itu akan berkata-kata dan mengeluarkan satu perasaan yang baik. Apa yang lahir dalam hati itu akan terkeluar oleh kata-kata dan diucapkan dengan lidah. Kata-kata itu adalah doa. Doa yang baik akan termakbul oleh Allah.



Mulakan dengan hijrah hati dan nurani. Seterusnya langkah demi langkah. Aturlah dengan tersusun mohonlah petunjuk dan hidayah. Semoga kita beroleh keberkatan moga dengan penghijrahan diri kita meletakkan kita di antara mereka yang terpilih oleh-Nya yang Maha Mengetahui serta Maha Berkuasa.



Sekian Wassalam.



b/p Ust M Nazim B Ariffin

Thursday, December 1, 2011

30 minit bersama ustaz Don tvalhijrah

perghhh...Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dah semakin popular sekarang ni...



untuk lain lain episode klik cenel youtube ini dan ini

tapi jgnlah ngurat dia...dia dah ada tunang...ekeke