Our social:

Latest Post

Saturday, July 30, 2011

Singing Saturday #4

lirik :

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya!!keep fighting

tak kira apa keputusan perlawanan Malaysia vs singapura malam ni...aku harap harimau malaya akan mengaum...memang klu boleh nak menang tapi klu kalah pun...kalah dgn maruah...biarlah kami sama sama menangis...jangan main lembek pastu nangis...pastu salahkan itu ini...memang kami akan jerit... diamlah...kami tak kutuk dah cukup baik...





biar singa dah gigit batang leher
biar pun nyawa dah sampai hidung
jangan sesekali korang mengalah
pastikan menang
singa akan berputih mata...


ni satu lagi video



main semangat mcm game final...
main sampai wisel penamat
main sampai tak boleh nak berdiri
jangan main-main

Sunday, July 24, 2011

boleh claim dari PLUS

Kongsi dari email...

Dalam perjalanan menuju ke Cameron highland lebih kurang 20KM sebelum simpang toll tapah saya terlangar tayar celup lori yang besar diatas lebuh raya tu. Saya ingat bumper depan kereta saya tak rosak terok, maka saya meneruskan perjalanan tampa memberhentikan kereta untuk melihat kerosakan bumper depan tu.

Sampai kat R&R tapah saya berhenti untuk merokok dan saja saja nak tengok kerosakan bumper. Emmmm... Bumper depan mengelami kerosakan teruk! Mesti harus ditukar bumper baru. Maka terbayanglah dalam kepala saya terbanglah dalam RM3500 kerana kesalahan orang lain kerana mereka nak untung lebih, mereka menggunakan tayar celup tampa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Lepas tu dalam perjalanan balik ke KL dari Cameron Highlang saya terlanggar lagi tayar lori yang tertanggal diatas lebuh raya. Hati saya dah merasa panas dan marah, maka saya menalipon pihak PLUS. Mereka, PLUS menyuruh ssya berhenti dioffice toll yang berhampiran untuk membuat report. Maka saya berhenti ditoll jalan duta untuk buat report.

Sesudah saya isi borang report, mereka pergi ke kereta saya untuk mengambil gambar kerosakan bumper depan kereta saya dan memphotocopy kad touch&go saya untuk simpanan record mereka kerana kerosakan yang saya alami saya claim dari pihak PLUS.

Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya Seperti:

Cermin depan pecah disebabkan batu2 diatas lebuh raya.

mungkin ramai yang tak tau kita boleh claim dari pihak PLUS.

Saturday, July 23, 2011

Singing Saturday #3



Alhamdulillah...baby boy aku dah keluar hospital...sal tu sebenarnya blog aku lama tak update....masuk hari Ahad minggu lepas...hari Khamis petang baru keluar.Sakit biasa je...batuk...selesema pastu ada lendir/kahak dan jangkit kat paru-paru sikit...doktor kata kena virus... kena buat nebuliser... ala...yang masuk gas untuk dak2 yang kena lelah tu... sian pulak aku tengok...pastu kena sedut kahak tu guna tiub...ramai gak aku tengok dak2 yang kena...sekarang ni memang tgh musim kot so hati2lah nak bawak anak2/adik2/anak2 jiran korang jalan2 ye...

OST Tahajud Cinta (lirik) - Merpati Putih

video promo



OST OST Tahajud Cinta (lirik) - Merpati Putih

Friday, July 22, 2011

promo laila manja tv3

slot lagenda laila manja tv3 mulai 25 july.isnin - khamis 4 petang



ps: best jugak kan sesekali bt n3 camni...hakhak

Video gol kontroversi Drogba : Malaysia vs Chealse

Korang tengoklah sendiri...aku tengok mcm tak gol je...ekeke

Malaysia 0-1 Chelsea | Drogba Controversial Goal

Video penjelasan polis di bukit Aman

ini video ehsan BHonline1 berkenaan penjelasan PDRM di Bukit Aman pasal Perhimpunan Bersih 2.0.

Saturday, July 16, 2011

Singing saturday

Friday, July 15, 2011

Malaysia Vs Liverpool

tak kisahlah sapa yang menang tapi...hagak2lah kalau nak pakai baju MU kat game liverpool nanti weh...ekeke

Thursday, July 14, 2011

Video keputusan Malaysia vs Arsenal

Keputusan semua dah tau...jum tengok video gol2 Arsenal .Malaysia tewas 0-4.

Wednesday, July 13, 2011

Apa yang Bersih 2.0 dapat bghn 2?

ok...kali ni kita baca pulak pengalaman kedua....dak cina gak...1malaysia gak...baca dgn fikiran terbuka ye...kali ni yg dah dialih bahasa ke bahasa malaysia

Chen Shu Yong | Jul 12, 2011 06:36:14 pm

Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.

Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.

Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak. -MerdekaReview

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.sumber

Tuesday, July 12, 2011

Apa yang Bersih 2.0 dapat?

Baca dengan hati yang terbuka ye...ini bukan pasal politik..ini catatan orang yang join Perhimpunan Bersih 2.0. Kepada yang tak join...baca...jangan baca suratkhabar je... panjang dan bahasa inggeris...dak cina tapi really touching story...bole buat movie ni weh... serius...1Malaysia punya movie...takde nak burukkan sesapa tapi really Malaysia...

Written by Miss Charis Ding from Taiping. Smile
I went as an individual rather than a supporter. Whenever asked throughout the day, I told people ‘I just wanted to see what’s going on’. And that was the truth. In the weeks leading to it I was undecided about whether to support the rally. Right up to yesterday I couldn’t decide. But I knew I didn’t want to stay home or watch from a distance. I didn’t want to just follow the news online. I had to see it with my own eyes. So I decided to do a walkabout, and I thought perhaps it would take being there to help me make my stand. And so as I was there I considered myself an observer – a reporter.

kalau rasa berminat nak baca...bole tekan baca lagi....

Sunday, July 10, 2011

Cara semak nama terpilih ke PLKN

semakan boleh dibuat melalui lawan web PLKN iaitu www.khidmatnegara.gov.my atau dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888.

nak tulis apa ek masa antar sms tu...cam tak lengkap je arahan dia kan...aku cuba check kat web yg diberi tapi tak bole masuk pulak...sbb tenet aku ke... tak taulah...mungkin esok baru bole masuk kot...so tak dapatlah abang nak tolong ye...esok kalau abang free...abang cuba tgk balik...huhu...
abang????jgn nk pertikaikan eh....

ps...esok eh aku balas kunjungan....

Semakan nama terpilih serta PLKN 2012 mulai esok


2011/07/10-sumber
CYBERJAYA: Mulai esok, mereka yang lahir pada tahun 1994 boleh membuat semakan untuk mengetahui sama ada mereka terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata seramai 140,000 peserta terpilih untuk mengikuti kursus itu tahun depan, iaitu 27 peratus daripada keseluruhan 515,697 yang lahir pada tahun tersebut.
"Bagaimanapun semakan ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Memasak Dodol anjuran bersama Sekretariat Alumni PLKN dan syarikat Global Globe (M) Sdn Bhd di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, semakan boleh dibuat melalui lawan web PLKN iaitu www.khidmatnegara.gov.my atau dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888.

Mengenai program itu, Abdul Hadi berkata selain membuat dodol untuk disumbangkan kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas semasa Aidilfitri nanti, program itu juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli alumni dan staf syarikat.

Sebanyak 1,000 kilogram dodol dihasilkan pada program itu yang akan diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) sebagai badan penyelaras untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan. - BERNAMA

Saturday, July 9, 2011

Singing Saturday

arghhh...tiba tiba teringat lagu ni....aku tak berwordless...takde spontenaeous...mcm salah je eje...hahaha aku singing syok sendiri...ini blog syok sendiri...jangan marah aaa..



Layarkan bahtera ini
Ke tengah samudera
Penuh ke lurah
Layarkan bahtera ini
Ke tengah lautan
Menyahut cabaran

Hidup harus terus hidup
Biar cabaran kuat menduga
Layar kita berlayar
Biar gelombang menghempas ganas

Layarkan bahtera ini
Timbul tenggelam kita bersama

Layarkan bahtera ini
Ke tengah samudera
Penuh ke lurah
Layarkan bahtera ini
Ke tengah lautan
Menyahut cabaran

Hidup harus terus hidup
Biar cabaran kuat menduga
Layar kita berlayar
Biar gelombang menghempas ganas

Layarkan bahtera ini
Timbul tenggelam kita bersama
Kita bersama
Kita bersama

Friday, July 8, 2011

Penjelasan KFC Malaysia

Penjelasan KFC tentang klip pekerja KFC yang buat hal aritu.... dengar,tengok dan fikirlah sendiri yer...tak adil le klu klip hari tu kita sebarkan pastu klip penjelasan takde so ini dia versi bahasa punya...

Thursday, July 7, 2011

Kemalangan eksiden 1Malaysia

Tadi balik keje...nampak satu eksiden...motor langgar moto... sorang cina sorang india...mcm biasa...bila eksiden...org mesti ramai kerumun...ada yang tolong angkat...ada yg tolong tengok... yang aku peratikan...india kerumun dak india tu... cina kerumun dak cina tu...melayu pun ada beb...kerumun tepi2 jalan...citer2 camana eksiden tu boleh berlaku... aku? cam biasa...join geng melayu...tanya camana eksiden tu jadi...

korang?

Tebusan tadika: Tembakan dilepaskan; suspek cedera parah



gambar tebusan dari utusan
MUAR 7 Julai - Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang.

Laporan awal mengatakan semua tebusan selamat dibebaskan manakala suspek cedera parah dan dibawa keluar dengan ambulans.

Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.

Laporan Bernama sebelum ini menyebut, seorang pakar psikologi dikenali Dr. Lau Keen Lee dikatakan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut. - Utusan

Semua tebusan di tadika selamat


2011/07/07
MUAR: Semua guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi.

Lelaki bersenjata parang yang menjadikan mereka sebagai tebusan sejak pagi tadi dilaporkan parah akibat ditembak di kepala. BH

lagi budak KFC buat hal!!!perah kain lap pulak



memang confirm le aku tak pegi lg KFC ni...aku baca pasal ni kat sini...

lambang apa ni...??

\m/

perghhh...mcm lambang rock la kan...

Wednesday, July 6, 2011

Graduate vs SPM holder

tadi dengar sinar fm... topik: 'masalah saya'

ada sorang pemanggil tu...dak graduate le...tak taulah dip ke degree holder... dia kata dia penat2 belajar...last2...bila kerja...ada pulak dak SPM holder ni satu team dengan dia....siap komplen kat HR...kat bos... pastu siap buli2 lagi dak tu... bagi dak tu kerja...apa2 hal ko jawab sendiri... perghhhh.... sombongnye ko...

camana belajar tinggi2...tp tak bole kerjasama ni...? apa yang ko bljr kat 'u' ni...tak tau nak hormat kat orang ke...klu adik ko la dak tu...camana?ko pasti ke adik ko...anak2 ko nanti...ada degree...?hagak2 lah...ntah2... dak SPM tu lagi terer keje dari ko...sbb dia ikhlas dan rajin nak belajar...tak fikir ke mungkin dia pandai tp atas sbb2 tertentu tak bole nak teruskan study...

aku sebenarnya tak tau nak gelak ke hape bila pemanggil pompuan tu ckp camtu...aku just geleng2 je...tak sangka ada gak orang yg cam gini kat sini...

ps...tulis sambil tangan hayun buai ni...tu yg kelam kabut sikit bhs aku...hhahha

Monday, July 4, 2011

Remaja perempuan dibunuh kejam; dikerat dan dibakar

JOHOR BAHRU 4 Julai – Mayat seorang remaja dilaporkan dikerat sebelum dibakar sebanyak dua kali di dua lokasi berasingan.

Norrahayu Qomaruddin, 16, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 18 Jun lepas dipercayai dibakar di kawasan Sungai Tiram, Ulu Tiram sebelum dibakar buat kali kedua di Tanah Perkuburan Hindu, Masai di sini.

"Cebisan pakaian dan rambut mangsa ditemui oleh orang awam pada kira-kira pukul 4 petang semalam sebelum menghubungi polis.

“Turut ditemui sepasang selipar yang dipercayai kepunyaan mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin.

Beliau berkata, susulan penemuan itu, polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun di Ulu Tiram.

Lelaki itu yang kini ditahan reman didapati mempunyai lapan rekod jenayah termasuk melarikan orang, pecah rumah dan mendatangkan kecederaan. – Bernama

---------------------------------------------------------------------

apa nak jadi dgn negara kita ni weh...perbicaraan Dato Sosilawati baru je bermula... sedihnya....camana ada rekod jenayah bole jadi security guard ek... bukan dulu yang ada rekod jenayah ni tak boleh jadi guard ke...arghhh...tiba2 teringat dengan kes rogol dan bunuh budak sekolah rendah kat pos pengawal tu....arghhhhhhhh.... aku geram ni...

jum kongsi channel youtube yang best

klu korang ada masa...dah malas nak blogwalk...malas nak update blog...malas layan youtube yg kelakar2 tu...bole layan... cenel youtube ni...errr...ke aku yang ketinggalan...aku baru jumpa cenel ni...
kalau korang ada cenel2 yang best...bagitau la aku...



fazzamin's Channel

ok...out dulu

Sunday, July 3, 2011

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong

ISTANA Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin:

Saturday, July 2, 2011

Staff KFC sapu ayam di kaki sebelum dimasak

Perlu ke kita boikot KFC??????tengok video ni...terus menyirap darah aku ....memang tak semua...tapi ini kat mana?????yang pastinya...memang S@#L



cerita lanjut kat sini

Biodata Hassan juara imam muda 2011


MMesti ramai nak cari biodata dia kan... huhu

Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza


DOB February 17, 1985

Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.

Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.

Nak tau lagi bole klik sini

KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda musim kedua (IM2) pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, malam tadi.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran dan Hadis), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menewaskan Nazarul Izwan Zolkiflee , 26, pemegang Diploma Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam dan Dakwah.
Dengan kemenangan itu, Mohd Hassan menerima tajaan penuh biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU); sebuah kereta Proton model Exora; pakej menunaikan ibadat haji dan umrah; pakej percutian ke Vietnam dan wang tunai RM25,000 serta telefon bimbit.
Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej perabot jati bernilai RM15,000; wang tunai RM30,000 berserta iPad tajaan Astro; sebuah komputer riba Apple Macbook Pro; sebuah iPhone 3G; kamera digital; trofi Imam Muda musim kedua serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI. lagi

Video Hassan Adli Juara Imam Muda Musim Kedua

Semua dah tau juara Imam Muda 2011...sapa yang tak sempat tengok...boleh tengok video youtube ni



Yayasan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menawarkan biasiswa pengajian peringkat ijazah kepada Juara Imam Muda, sebuah program terbitan Astro yang mencari golongan muda yang mempunyai kebolehan dalam pelbagai bidang agama Islam.

Pengarah yayasan, Bahruddin Abdul Rahman berkata juara Imam Muda boleh memilih untuk mengikuti mana-mana kursus Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana selama tiga hingga empat tahun di kampus induknya di Madinah Arab Saudi dengan kos pengajian dibiayai sepenuhnya oleh yayasan.

"Juara Imam Muda ini akan berpeluang melihat dan menilai sendiri bagaimana program pendidikan dalam talian dan pendidikan konvensional yang dikendalikan di universiti ini," katanya kepada pemberita di kampus Mediu di sini hari ini.

Bahruddin berkata Mediu mempunyai enam fakulti iaitu fakulti bahasa, sains Islam, kewangan dan sains pentadbiran, pendidikan, komputer dan teknologi maklumat serta kejuruteraan.

Pengajian di Mediu boleh dilakukan secara dalam talian, atau secara konvensional dengan menghadiri kuliah secara fizikal.

Di peringkat akhir Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, dan Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, akan berentap untuk merebut gelaran itu.

Program itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis dari Dewan Muktamar, Pusat Islam di Kuala Lumpur Jumaat ini bermula 9 malam.

Shah Alam, 27 Jun-Bernama