Our social:

Latest Post

Wednesday, June 29, 2011

Valley Of The Wolves Palestine 2011 (English Subs)



kalau ada masa bole tgk citer ni...klu takde masa...bole download...kisah perjuangan rakyat Palestin....

boleh download guna software yg korang tau atau bole download di web keepvid.com atau saveyoutube.com

Tuesday, June 28, 2011


Klik gambar untuk sumber

PETALING JAYA: Konsert gabungan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu 2 Raksasa 2011 yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka ditangguhkan.

Sidang media mengenai penangguhan itu akan diadakan Selasa (esok) di Acasa Hotel, pukul 3 petang oleh penganjur konsert berkenaan, Netzah Productions Sdn Bhd.

"Pihak kami akan mengumumkan penangguhan konsert tersebut dan akan menjelaskan sebab-sebabnya esok," kata pegawai perhubungan awam daripada Mewah Event Management, Aida Husin.

Difahamkan konsert tersebut terpaksa ditangguhkan ekoran demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Konsert 2 Raksasa 2011 merupakan sebuah konsert gabungan kumpulan Sweet Charity dan Blues Gang buat kali kedua selepas konsert pertama mereka pada 1984.

Dalam pada itu, gabungan dua kumpulan ini sekali gus mengembalikan semula memori konsert pertama mereka 27 tahun lalu.

Ia juga bakal mengembalikan nostalgia serta mengubat kerinduan peminat-peminat Blues Gang dan Sweet Charity yang bukan sahaja terdiri daripada golongan tua tetapi juga muda.

Video UFO terbaru di UK

Tak taula aku betul ke tidak...layan jela...hehe

Monday, June 27, 2011

Video Freedom maher zain

Aku suka lagu ni...



Untuk lirik tekan read more...

Sunday, June 26, 2011

manyak manyak sorry

eh...sorryla ek...entry aku banyak yang schedule post je...termasuk yang ini...aku kan dah cakap...bukanya ada masa selalu nak update...so....bila ada masa lapang sikit tu...aku schedule manyak manyak...sal tu kadang2 korang tengok aku update hari2 tp sebenarnya mukan pun...dan pasal tu update aku manyak dari email2 yang aku terima je...hehe n3 kopi pes memang senang saltu otai tak suka...takpela kan...janji apa yang dikongsi tu kurang2 ada manfaat...kadang2 nak bagi kredit masalah sikit sebab kat email dia tak bagi dipetik dari mana... aku harap penulis asal tak kisah la eh...yelah...yang penting klu sesuatu yang baik tu kita sampaikan...pasti balasan yang baik jugak kita dapat... kenapa aku update hari2...ooo... aku sebenarnya...

Saturday, June 25, 2011

Cara Mengetahui Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah s.a.w kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling mudah diperolehi adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)



Tip yang hendak dikongsikan adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita akan mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.



Jom sama-sama kita belajar...

Friday, June 24, 2011

Tazkirah Jumaat

Assalamu'alaikum .

Petikan dari kitab karangan Imam Al Ghazali sebagai panduan utk mengelak
sikap takabur atau sombong diri:
1. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu
lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan
dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
2. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu
lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
3. Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia
dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau
mengetahuinya.
4. Jika kita melihat orang yang jahil, janganlah anggap atau merasa diri
mulia atau lebih baik daripadanya, kerana dia berbuat sesuatu kesalahan
atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan
kita mengetahuinya.
5. Jika kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap atau merasa
diri mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang
jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari
perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita
akhirnya.
6. Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si
kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang
keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam
kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah
Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu
lagi.



Wassalam.

ini dari email jugak...ishhh...sapalah yg tulis ni...thanks yer...sorry tak dpt nak bg kredit sebab tak tau dr mana asal penulisan ni...

live streaming maharaja lawak akhir final?

apa makna live streaming?Bukan ke live ni maksudnya siaran secara langsung?otai2 byk buat n3 live streaming tapi hampeh...semua amik cenel http://www.youtube.com/user/wwwguatvdotcom pastu kata live streaming....agak agakla weh...kan ke senang bg je link cenel tu ..ni sibuk suruh orang bookmark link dia...konon2 diala yang upload...chaittt...

kepada yang mencari live streaming maharaja lawak...klu nak sgt tengok live memang takde...yang youtube punya.. delay...setakat ni aku rasa paling cepat wwwguatvcom... kalau ada yang lagi cepat harap dapat beritahu aku yer...aku keje malam ni so tak dpt tengok...waaaaaaaaa errr...tak heran pun...bukan best pun...ekeke ..cuma aku harap untuk final ni...

jozan...temukan ah cai ngan mail lambung

sepah...cam biasa jepp kena main peranan lebih...klu bole jemput dafi sekali biar shuib tepanjat boboy...

nabil...apa apajela ko nak mengarut...

jambu...errr...temukan saka dgn org amazon tu...biar dorang surfing dgn lagu hawaii 5 0...

ini cadangan akulah...

Thursday, June 23, 2011

keputusan Malaysia Lwn Lubnan

keputusan Malaysia Vs Lubnan berkesudahan Malaysia cemerlang menang 2 - 1

jum tengok berulang kali video youtube gol gol malaysia dan lubnan.

MALAYSIA 2-1 Lubnan | Kelayakan Olimpik 2012 [Gol Irfan Fazail]



MALAYSIA 2-1 Lubnan | Kelayakan Olimpik 2012 [Gol Wan Zack Haikal]



Tahniah juga untuk ultra malaya!!juga thanks kepada sokernet yg cemerlang upload gol2 cantik ni.

Istilah Babi Dalam Perubatan

ini aku forwardkan dari email aku...sumber tak tau...ucapkan terima kasih le pada yang menulis tu eh...

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti
ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.
Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk
ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah
sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan
haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit
babi.
Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai
istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis
babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi
muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau
berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan
untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan
babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label
ubat.
Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang
bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk
ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source
of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

TQ

Wednesday, June 22, 2011

video maharaja lawak final akhir

hehe...berjaya aku buat entry ni dulu dari otai otai...dorang suka buat n3 camni kan... kalau game bola ... belum habis lagi dah buat n3 keputusan...aku pasti n3 maharaja lawak final akhir minggu 13 ni belum dibuat lagi...ekeke lagi satu...kalau tajuk tu...semua dia selitkan...ermmm... SEO tu kan...wahaaaaa

apa2 hal...sila refresh cenel ni setiap setengah jam selepas aksi yang pertama...

Tuesday, June 21, 2011

3 entry sehari

hehe...3 sekali n3 sehari sempena template yang macam lawa ni...yang penting aku dapat buang n3 burger shit tu...aku pun geli weh...errr...semakin lama semakin kurang dah rasa nak berblogging kan...

Video Meja sarapan terpanjang di dunia

eleh...setakat panjang ni rasanya orang kita tak heran...bila2 masa je boleh pecahkan ni...klu ada yang nak anjurkan...time makan...sila jemput aku...ekeke

err...biasa klu terpanjang...terbesar...teramai...laju je dak2 "u" or dak2 sekolah pecahkan... biasanye lah....hehe

Video selepas ribut taufan di Kuala Terengganu

Monday, June 20, 2011

video burger tahi..errrr...najis

korang nak?

Sunday, June 19, 2011

Zamrud terbesar didunia

Saturday, June 18, 2011

Video Labah labah bermuka manusia

takut pulak aku tengok...hehe tapi ianya bukan sesuatu yang pelik sangat sebab dah banyak tempat dah jumpa labah labah jenis muka orang ni...




Friday, June 17, 2011

Video youtube maharaja lawak minggu 12 jozan (edited)

Aku rasa r2 atau nabil atau kedua2nya atau jambu akan disingkirkan... jozan sepah selamat...

aku tak sabar nak tengok mail lambung gaduh ngan ah cai...mesti kelakar...

kat mana nak tengok????
cenel sini paling cepat...
kat sini lambat sikit

ok...cukup 2 cenel ni sebagai standby untuk malam ni weh...

boikot Astro weh.... tengok kat youtube je sudah...


Kempen Boikot Astro



cerita tentang kempen boikot Astro ni kat sini, sini dan sini

Aku rasa kalau dorang nak buat...aku akan sokonglah...buatlah banner kempen ni...bole la aku tampalkan kat blog...

gambar Perodua Myvi 2011 baru

Macam mahal je kan harganya...


Thursday, June 16, 2011

cara tenangkan diri:terapi menjerit

baby kalau menjerit-jerit...kalau tak.. nak susu...mesti nak main main...nak perhatian...kalau orang besau menjerit2...apakah maknanya?

ada orang bila tensen...suka nak jerit jerit...bila marah...menjerit...ada yang jerit dalam hati...yela...kat mana nak jerit pulak kan...

tapi yang ada duit tu...

bole gak jerit jerit kat genting...errr...main roller coaster ke...jerit kuat2...bukan takut pun tapi saje nak releasekan tensen tu...bila dah abis...tekak sakit...balik rumah...arghhh...tensen balik...tak settle pun...

ada yang g karok...memang dah tau suara tak sedap...tapi sebab nak jerit2...belasah je...pasal tu lagu2 rock popular kat karok...gelak sakan...perghhh...tak hengat...

tapi memang betul...klu seskali dpt jerit kuat2...mmg releasela kan... agaknya...klu kat soping2 kompleks ada satu bilek kedap bunyi..berebut2 orang masuk nak jerit 2 sebab tgk barang yg berkenan tp tak terbeli....

okla...mcm takde motif dah n3 ni...

jum jerit jum...

Wednesday, June 15, 2011

Fenomena gerhana bulan

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.
berita lanjut disini
Apa yang kita perlu buat?kenapa ia begitu penting?macamana ia boleh berlaku?jom baca kalau nak tau...(ala2 dak2 spam chatbox tulis)sebelum terlupa ini adalah email yang aku terima kat tempat kerja tadi...

Gerhana penuh Bulan 16 Jun 2011- tanda Kebesaran dan Keagungan Allah

Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan Bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan Bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus :5)

Sejak dari zaman dahulu manusia kagum dan takjub melihat kejadian-kejadian yang berlaku di alam semesta ini. Kejadian-kejadian yang berlaku menarik perhatian manusia untuk mengkajinya bagaimana terjadinya kejadian siang-malam, Bulan, Matahari dan jasad-jasad samawi yang lain.

Sebenarnya segala kejadian di alam ini baik di Bumi mahupun di langit adalah ciptaan yang Maha Pencipta. Di sebalik kejadian alam seperti kejadian pasang-surut, siang-malam, gerhana, komet dan lain-lain mengandungi satu hakikat kebenaran yang tidak dapat disembunyikan dan ditolak iaitu tentang kekuasaan yang Maha Pencipta bagi orang-orang yang berakal dan mahu berfikir.

Semua yang wujud di alam ini ada Pemilik dan Penciptanya iaitu Allah. Dia yang menjadikan segala sesuatu dari sekecil-kecil jasad yang bersaiz mungkin lebih kecil dari elektron hingga ke galaksi atau yang lebih besar dari itu tanpa bantuan sesiapa pun dan tidak merasa letih atau penat.

" Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan Bumi dan apa yang ada di

antara keduanya dalam enam masa dan Kami sedikit pun tidak ditimpa

keletihan" Qaaf:30
Marilah kita sama-sama merenung kejadian gerhana penuh Bulan pada malam 16 Jun 2011 (bersamaan 14 Rejab 1432) dengan akal dan mata hati yang telah Allah kurniakan.

Kejadian gerhana merupakan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran ALlah.

Diriwayatkan oleh Abu Musa Al Asy 'ary bahawa Rasulullah S.A.w bersabda

"Bahawasanya tanda-tanda ini (gerhana) Yang Allah kirimkan, dijadikan sesuatu darinya bukanlah kerana mati seseorang atau kerana lahirnya. Tetapi Allah Aza wa Jalla mengirimkan buat mempertakutkan hamba-hambaNya dengan tanda-tanda itu. Maka apabila kamu melihat sesuatu darinya bersegeralah menyebut Allah, berdoa dan beristigfar." ( Bukhari dan Muslim)
Gerhana Bulan hanya berlaku apabila Bulan purnama, tidak berlaku diwaktu selain purnama. Ketika itu Bumi berada betul-betul di antara Matahari dan Bulan. Oleh kerana Bumi terletak di tengah antara Matahari dan Bulan menyebabkan cahaya dari Matahari akan dilindung oleh Bumi. Ini menyebabkan bayang terbentuk di sebelah belakang Bumi. Apabila Bulan beredar di dalam orbitnya dan memasukki kawasan bayang tersebut maka Bulan mengalami gerhana. Bulan tidak kelihatan bercahaya. Sebaliknya Bulan kelihatan gelap sedikit demi sedikit sehingga penuh apabila seluruh Bulan memasukki kawasan bayang.

Pergerakan Bulan, Bumi dan Matahari mempengaruhi terjadinya gerhana. Di antara kekuasaan Allah, Dialah yang menggerakkan dan menetapkan laluan Matahari, Bulan dan Bumi sejak dari mula ia diciptakan hingga ke hari ini sehinggalah kiamat.

" Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan Bulan, masing-

masing dari keduanya beredar di dalam garis orbitnya." Al Anbiya :33
Kekuasaan Allah terhadap mengerakkan Matahari dan Bulan boleh direnungkan dari beberapa sudut diantaranya;

i. tempat edar (orbit) : Dari kajian astronomi menunjukkan Matahari bergerak di laluan (0rbit) yang tertentu dan satu pusingan orbit Matahari memakan masa selama 250 juta tahun.dan satu pusiangan orbit Bulan memakan masa selama 29 hari. Manakala satu pusingan orbit Bumi memakan masa 365 hari dengan jarak yang ditempuh sejauh 960 juta kilometer.

ii. kelajuan: Setiap yang bergerak mempunyai kelajuannya yang tertentu. Jika ada orang yang terpegun melihat kelajuan kereta lumba 'formula one' yang boleh mencapai kelajuan sehingga 300 kilometer sejam tetapi kelajuan Matahari dan Bulan jauh lebih hebat. Kelajuan Matahari ialah 12,800kilometer sesaat manakala Bulan 10 kilometer sesaat dan Bumi 30 kilometer sesaat. Masing-masing bergerak tepat dengan kelajuannya tanpa ada yang terlewat atau tercepat walaupun sesaat.

Belum ada teknologi ciptaan manusia yang boleh menandingi kelajuan ciptaan Allah.

Ketepatan masa sehingga kepada saat setiap jasad itu bergerak. Begitu halus dan teliti kiraan Allah. Cubalah kita renungkan dengan akal dan mata hati betapa hebat perjalanan sistem Allah. Tidak mungkin ia berlaku secara kebetulan tanpa ada yang mengatur dan menentukan.

Sekarang mari kita renungkan betapa hebat perjalanan Matahari dan Bulan. Dari sudut astronomi detik berlakunya gerhana menunjukkan betapa tepatnya hitungan pergerakan Bulan dan Matahari. Betapa rumit , teliti dan halus pergerakan ketiga-tiga jasad Bumi, Bulan dan Matahari berdasarkan kepada perkiraan matematik.

"Matahari dan Bulan beredar mengikut perhitungan" ArRahman :5

Oleh kerana Allah telah menyebutkan di dalam AlQuraan bahawa Matahari dan Bulan itu bergerak mengikut perhitungan ( matematik ) maka manusia dapat menghitung bila gerhana akan berlaku dan kejadian lain yang berkaitan.

Menurut hitungan matematik yang lebih tepat lagi satu pusingan Bulan memakan masa purata selama 29 hari 12 jam 44 minit 2.9 saat. Nilai ini menunjukkan betapa teliti kiraan pergerakan Bulan. Begitulah juga dengan Bumi dan Matahari. Jika kira renungkan bagaimana Matahari, Bumi dan Bulan masing-masing bergerak dengan kelajuan masing-masing yang sangat laju boleh tiba saat yang tepat berlakunya gerhana. Mengikut hitungan matematik gerhana malam ini Bulan akan mengalami gerhana penuh iaitu seluruh permukaan Bulan menjadi gelap. Gerhana penuh Bulan pada malam 16 Jun 2011, akan dapat diperhatikan apabila Bulan mula memasukki kawasan bayang gelap bumi (umbra) tepat jam 2.23 pagi. Bulan akan sedikit demi sedikit akan menjadi gelap akibat memasukki kawasan bayang Bumi sehingga ia akan gelap seluruhnya pada jam 3.22 pagi. Selepas itu Bulan sedikit demi sedikit akan mula bercahaya semula dan bercahaya semula pada 05:05 pagi.


Rajah: Waktu sentuhan gerhana separa Bulan pada 16 Jun 2011. Sentuhan pertama,P1: 01:25, sentuhan kedua P2: 02:23; maksimum P3: 04:13; sentuhan keempat P4: 06:04; P5: 07:01.

Demikianlah hebatnya persembahan di langit pada malam ini. Sebenarnya kejadian gerhana ini memperlihatkan akan kekuasaan Allah bagi orang yang mahu berfikir. Jika mata hati seseorang itu tidak tertutup, ia dapat melihat perjalanan sistem Allah yang menggambarkan keharmonian, ketertiban dan kebijaksaan.

Bagi orang yang berakal dan berrfikir tentang kejadian di sekelilingnya dan diri mereka sendiri dapat melihat dalam setiap kejadian itu mengandungi kerumitan, kehalusan, kebijaksanaan dan keharmonian. Bagi orang yang waras tidak mengatakan semua ini terjadi dengan sendirinya. Tetapi ia akan meyakini disebalik penyusunan sistem ini terdapat Pencipta yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Maha Sempurna lagi Maha Perkasa.

Pengajaran yang boleh kita ambil ialah jika Allah boleh memperhitung dengan begitu teliti, halus dan tepat perjalanan alam cakerawala yang lebih besar dan rumit keadaannya

sudah tentu lebih mudah bagi Allah untuk menghitung amal-amal dan pekara-pekara yang dilakukan oleh manusia samada zahir atau tersembunyi. Semuga kejadian gerhana ini mengingatkan kita betapa kerdil dan lemahnya manusia dan betapa Maha Berkuasa dan Maha Agong Allah yang mencipta dan mentadbir sekelian alam. Oleh itu kepada Allah kita memperbanyakkan memohon keampunan dan taubat di atas kealpaan dan kesilapan yang kita lakukan di samping memperbanyakkan amal kebaikan dengan berdoa dan beramal soleh serta lakukan solat sunat gerhana.

Semuga Allah menerima taubat dan doa kita. Amin.



Dr(H) Kassim b Hj. Bahali
Ketua Bahagian Falak
Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Jabatan Mufti Negeri Melaka

kassimhb@gmail.com
0133987455

apa2 hal bole tanya Dr(H) Kassim b Hj. Bahali

Aku sekadar berkongsi maklumat...biasalah n3 kopi pes mmg cepat ...lepas ni nak kena out...nak g beli pampers...huhu

Monday, June 13, 2011

Gambar twins masa Majlis Cukur Jambul & Aqiqah








aku tak pandailah camana nak edit susun susun gambar...layan jela eh...dan aku malas nak belajar...nak buat watermark pun tak reti...haha nanti kalau mood rajin dah datang...aku susun cantik2...

Saturday, June 11, 2011

wordless saturday

aku dapat tau dari sini

Friday, June 10, 2011

Semak Keputusan MUET

Keputusan MUET Bagi Pertengahan Tahun 2011 Dikeluarkan Isnin Ini

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi Pertengahan Tahun 2011 akan dikeluarkan pada Isnin ini, 13 Jun, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

"Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 27 Jun 2011.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM www.mpm.edu.my.

Bagi calon-calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011, mereka boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Akhir Tahun 2011 secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online.

Tarikh tutup pendaftaran pada 21 Julai 2011.

ps Yang gagal sila jangan mengamuk ye...ekeke

Thursday, June 9, 2011

Video banjir besar di China

Video banjir besar di China...60,ooo orang dipindahkan...
tengok video youtube ni...memang besauu

Wednesday, June 8, 2011

Kenapa rmvb/mkv player tak boleh main file mkv?

korang ada tak download movie format mkv pastu tak boleh play kat player? mesti ada punya kan...ekeke kawan aku komplen kat aku...ada sesetengah file movie format mkv tak boleh play...maksud dia mkv player dia tak boleh nak play movie mkv...yang pelik tu...ada yang boleh...ada yang tak boleh...dia pelik...sebenarnya tak pelik pun...kena tengok player tu...kebanyakannya boleh play hd 768...yang dia download tu hd 720p.
so..kalau korang ada masalah yang sama...janganlah mengamuk...tengok le player tu...bole ke play hd 720...skrg ni banyak movie dah di rip ke 720p...kualiti gambar memang baik...tp sbb just download...format rmvb pun dah ok dah...takpun tengok je kat laptop or pc je or sambung terus laptop ke tv korang...cuma tv lcd samsung jela ada masalah sikit nak sambung...lain2 brand tv rasanya takde masalah...

selamat mencuba...piwittt...ekeke

Tuesday, June 7, 2011

Senarai package / harga astro yang baru






Tengok dari package2 ni rasanya aku yang rm87 tu...adoi,,,superpack 1 tu macam best kot...ntahla...orang kata...package 1 tu untuk malay...2 untk indian...3 untuk chinese...maksud aku astro targeted custumer...klu korang nak langgan yg no 2 ke 3 no problem weh...ekeke tapi rasanya klu mahal sgt aku tutup je terus...tengok cenel2 free je...lagipun aku pun bukannya selalu tengok tv...lbh2 lagi skrg epl pun dah abis...takde mende lagi dah cenel untuk aku...

Monday, June 6, 2011

Astro naikkan harga lagi

ASTRO Buat Pelarasan Pakej Berkuatkuasa 11 Julai

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pengendali perkhidmatan televisyen berbayar ASTRO akan membuat pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung pada pakej pilihan pelanggan.

ASTRO dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam langganan mereka ekoran pelarasan tersebut.

Pek Famili yang memberi akses kepada 38 saluran dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan.

Menurut ASTRO, pelanggan boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang direka khas bagi menawarkan pakej ASTRO yang terbaik termasuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan rakaman video peribadi (PVR).

Pada harga RM125, pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, tiga pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan sehingga RM45.85.

Ketua Pegawai Operasi ASTRO Henry Tan dalam kenyataan itu berkata pelarasan harga adalah perlu berikutan dengan kenaikan kos kandungan global dan tempatan yang semakin meningkat termasuk hak penyiaran acara sukan.

Ingatkan malas nak update tp bila baca ni rasa macam ...terus sign in...update... Astro pun pandai guna ayat pelarasan harga...ekeke lepas ni mesti dia pun akan guna ayat rasionalisasi... pastu dia akan cakap sebab TNB naikkan harga...nampaknya klu naik tinggi sgt terpaksala aku tutup terus akaun astro ni...tak dpt nak tgk bola lagi...adoi... dulu aku pernah stop tp lepas dua miggu dia offer ble tengok seme cenel bayar minimum untuk 3 bulan...aku pun terpedaya jugakla...ekeke

kena kira balikla budget ek...atau guna duit nuff untuk bayar bil...mmmmmmmm ble diusahakan jugak tu tp...faham2 jela...aku bukan ada masa lagi nak aktif......

Thursday, June 2, 2011

perempuan kedekut vs mata duitan

"""sy bukan nak menuduh tapi sekadar bertanya..so jgnlah kutuk sy pulak ok.

camni...sy selalu perhatikan kat ofis sy ni apabila sekumpulan perempuan keluar sarapan pagi bersama dan bila dah selesai makan, masing2 bayar utk diri sendiri saja...namun berlainan dgn lelaki...lelaki biasanya akan belanja rakan2 yg minum bersamanya.

kenapa berbeza ek? adakah lelaki lebih pemurah dr perempuan?"""

aku jumpa kat satu forum...aku just nak tanya...betul ke...? betul ke ada kawan2 lelaki yg nak banje2 ni weh...mehla weh... banje aku weh...aku makan tak byk...

klu bab ore pompuan tu...tak taula aku...aku rasa tak kot...mungkin kebetulan seme tgh sengkek tu...ekeke klu tak mesti sorang akan bayarkan dulu...tak gtu?

korang camana?bukan apa...klu makan ngan korang...bolela aku buat tak tau je lepas makan ...ekeke

ps tajuk n3 takde kena mengena pun...wakaka

Daftar Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)


Konsep bentuk logo yang direka adalah ringkasan bagi Skim Latihan 1Malaysia iaitu SL1M yang akan dijalankan secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Gabungan logotaip dengan lambang satu Malaysia mencerminkan imej moden dan ringkas berteraskan konsep 1Malaysia

Warna biru pada tulisan mencerminkan kemahiran dan kecemerlangan


Lambang 1Malaysia melambangkan kerjasama pelbagai pihak bagi menjayakan program

macamana nak daftar?

Wednesday, June 1, 2011

Mana pergi kamoo? kamoo? kamoo??...

Barula nak rajin bw...rupa2nya...ramai geng2 lama dah tak aktif...ada lagi teruk delete blog...ada yang just for invited readers je...rasa mcm bosan jugak kan bila kawan2 takde...dah tak mcm dolu dolu...skrg ni camana ek korang bw?ada mcm aku tak dulu dulu? bw pun ada time jgk...best je kan ...skrg ni mcm tak meriah je kan...ke aku yg ketinggalan?ekeke

bila dah lama tak menulis...rasa mcm tak tau nak tulis apa...nak tulis camana...nak tulis guna bahasa apa?errr...maksud aku nak tulis mcm org2 yang matang atau nak taram taram cam biasa?nak guna bahasa bm mcm dak2 sekolah or nak guna bahasa baku mcm budak tak sekolah?

nak tulis pasal politik...errr...yang ada effect kat kitala...mcm...tariff letrik yg dinaikkan....nak ke korang baca?
ke nak tulis pasal baby?errr...mcm blog mak mak pulak nanti...ekeke

rasa mcm nak tulis cam dulu2...tulis ngarut2...tp aku ni...bila tulis cenggitu...klu tak dpt komen rasa mcm tak best...masalhnya blog aku dah tak ramai dtg la...ekeke tu yg malas nak tulis tu...sebab kadang2 komen korang lagi buat aku tergelk dr citer aku tu...

aku ingat nak buat contestla...yelaa...dulu aku penah buat kontes...kalau aku buat...korang nak masuk?korang masukla eh...baru semangat ckit aku nak bw...haha
Idea dah ada...nanti aku buat eh...korang jgn takut...klu aku buat...mcm dulu tu...senang bangat...tak yah susah2...nanti aku siapkan n3 tu yer...

balik ke tajuk n3...mana kamoo kamoo kamooo........mana?hilang mcm tu je...caittt!!