Our social:

Friday, December 9, 2011

Keyword minggu ini

berita ni penting untuk yang main SEO kan kan kan...


KUALA LUMPUR: Google pada Khamis berkata carian yang paling pantas meningkat melalui google.com.my bagi tahun ini ialah facebook, angry birds dan program realiti TV Maharaja Lawak.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata program Amerika, Next Top Model, X Factor USA dan American Idol 2011 merupakan rancangan TV yang paling banyak dicari tahun ini, manakala iPhone5, iPad2, Samsung Galaxy dan Adroid adalah carian berkaitan teknologi yang paling popular.

Bagi carian mengenai individu, penyanyi dan penggubah lagu Bruno Mars mengungguli senarai yang termasuk bintang muzik antarabangsa Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber, yang wajah masing-masing menduduki tempat teratas dalam senarai carian imej paling popular.

Warga Malaysia yang paling pantas meningkat dalam carian ialah Cikgu Shida, yang mengumpul pengikut yang besar dengan nyanyian bisunya mengikut lagu-lagu sukaramai tempatan dan antarabangsa.

Warga Malaysia lain dalam senarai ialah penulis blog muda Fatin Liyana dan Haniz Zalikha, ahli politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, ulama Ustaz Kazim dan pereka tudung muslimah Hana Tajima.

Destinasi perjalanan antarabangsa terkemuka yang dicari melalui Google.com.my ialah Kowloon/Hong Kong, pulau Su Mei dan Phuket (Thailand), diikuti oleh Bangkok, Maldives dan Disneyland Hong Kong.

Jurucakap Google, Zeffri Yusof, berkata 'Zeitgeist' (perkataan Jerman bagi "semangat semasa") akhir tahun Google itu yang diperoleh melalui kajian carian yang diterima oleh Google setiap tahun merupakan pengukur budaya yang mendedahkan segala-galanya yang membuat orang teruja, ingin tahu atau semata-mata mahu mengetahui lebih banyak.

"Dari pemimpin, selebriti, hal ehwal semasa hinggalah kepada budaya popular, sukan dan segala-gala di antaranya, trend carian mendedahkan apa yang secara kolektifnya ada dalam fikiran rakyat Malaysia," kata beliau. - BERNAMA

12 comments :

  1. Minat gak nak main SEO nig tp jarang ade mase nk berblog...apekan daya...
    Tapi kan,CikGeli tu citer hal biasa2 pun trafik mencanak gak...gaya penceritaan menarik kot...

    ReplyDelete
  2. Kadang2 kakCT salute jugak kat mereka2 yg mampu ada masa update blog almost every day and even every hour...macam photo shoot, every moment direkodkan.

    ReplyDelete
  3. waaa...ko satdi keyword la bro...leh aku usha2 kat sini selalu...thx!!

    ReplyDelete
  4. Kak Nida ni buka blog lebih kepada catatan peribadi... :)

    ReplyDelete
  5. @Cik SHiNJUcikgeli tu blog ni kat mana?nak try baca...

    ReplyDelete
  6. @Yastro

    takdela...aku saje je nak update blog aritu so aku belasah jela kopi pes sutkabor...ekeke

    ReplyDelete
  7. @Nida tulaa...blog peribadi lagi best baca sebenarnya...

    ReplyDelete
  8. saya tak kata saya comel punDecember 13, 2011 at 6:15 PM

    nama aku xde ke rio org cari???...hahhaha XD

    ReplyDelete

komeng