Our social:

Saturday, November 26, 2011

Mengenali bulan Muharram

Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Dan Salam Sejahtera,



Muharram 1433H akan tiba tidak lama lagi, menemui kita sama ada kita sudah bersedia untuk menyambut kedatangannya atau pun kita masih hanyut dibuai mimpi indah tanpa menghiraukan tentang perjalanan waktu yang begitu cepat berlalu. Rasanya baru saja kita bersama tahun 1432H dan kini ia bakal pergi meninggalkan kita bersama kenangan dan nostalgia indah dan duka yang tercatat dalam diari perjalanan hidup kita. Muharram mengingatkan kita kepada hijrah Rasullullah SAW dari kota Mekah ke kota Madinah dalam mencari kuasa ke arah merubah tamadun dan peradaban dunia yang dinodai oleh kesyirikin dan najis kesesatan kerana kuasa pemerintahan pada masa itu berada dalam genggaman tangan mereka yang tidak layak untuk menjalankan amanah Allah.



Kini hijrah sebagaimana Rasulullah SAW itu tidak akan berlaku lagi tetapi penghijrahan dari alam kesesatan sekular ciptaan manusia akan terus berlaku sehinggalah tertegaknya kembali khilafah Islam yang telah lama diruntuhkan. Hjirah untuk kita juga berkaitan dengan sikap dan amalan diri kita sendiri yang mana adakah kita sudah mampu merubah diri dari peralihan masa ini atau pun memang kita terus berpuas hati dengan segala apa yang ada tanpa niat dan usaha ke arah melakukan reformasi pada diri sendiri ke arah yang lebih baik dari hari semalam. Tidak runsingkah kita apabila memikirkan bahawa dengan berlalunya 1432H dan tibanya tahun 1433H ini maka dengan sendiri bertambahnya umur kita? Tidak risaukah kita jika umur kita bertambah seiring dengan bergandanya dosa kita dan pahala kita pula terus berada ditakuk lama?



Semoga kedatangan tahun baru hijrah ini kita mampu menyambutnya dengan pelbagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan juga mampu merubah diri ke arah yang baik. Banyakkanlah bertaubat kepada Allah di atas segala dosa yang lalu, lebih-lebih lagi apabila mengingatkan bagaimana Rasulullah SAW sendiri yang telah terjamin akan masuk syurga dan juga terhindar daripada sebarang dosa sentiasa bertaubat kepada Allah sedangkan kita yang tidak lepas daripada terpalit dengan najis dosa terus hidup dengan gelumang dosa itu tanpa bertaubat kepada Allah. Adakah kita merasakan tidak ada masa untuk bertaubat sedangkan masa untuk membuat maksiat begitu banyak atau pun merasakan dosa yang dilakukan itu kecil sangat dan tidak payah bertaubat? Ingatlah kita bahawa dosa yang kecil turut akan ditayangkan oleh Allah di padang Mahsyar nanti dan ia turut menjadi saham ke arah menjerumuskan kita ke lembah neraka yang panas membakar.



Oleh yang demikian, gunakanlah segala peluang yang ada dengan berdoa, bertaubat, mengerjakan solat sunat taubat, beristighfar, berpuasa sunat dan sebagainya.



Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433.



b/p Ust M Nazim B Ariffin

3 comments :

  1. salam awal muharam mario dan keluarga~

    ReplyDelete
  2. salam maal hijrah 1433 marioo ;)


    lame xlawat kawan lame..rindu gler..haha kem salam anak yaw

    ReplyDelete

komeng