Our social:

Friday, September 9, 2011

enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.

“Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.

“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.

Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Astro naik...boikot....prepaid naik...boikot...tol naik boikot... .elektrik naik...boikot...air naik...boikot...habis..kita nak guna apa kalau seme kita nak boikot...?

ooo...aku tau...kita tunggu je PRU nanti...kita boikot je ehem ehem....ekeke

3 comments :

  1. macam2 naik, kali ni tak guna lak istilah "serapan" ataupun penyelarasan kos itu-ini
    yg turun eskelator je :P

    ReplyDelete
  2. d_tieah
    klu benci kena lakukan sesuatu...hehe

    miss nina
    kena tunggu dulu apa reason dorang... serapan ke selaras ke..

    ReplyDelete

komeng