Our social:

Wednesday, September 28, 2011

11 Peserta 'Ustazah Pilihan'



Sebelas peserta Ustazah Pilihan yang bakal beraksi di Astro Oasis bermula Oktober ini. - Foto DANIL ROSLAN



KUALA LUMPUR: Pencarian pelapis pendakwah muda wanita berakhir apabila pihak Astro Oasis berjaya memilih 11 calon untuk program Ustazah Pilihan selepas beberapa siri uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara bermula Julai lalu.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, daripada 40 peserta yang di senarai pendekkan, pihaknya hanya memilih 11 peserta kerana mereka dilihat layak untuk menyertai rancangan berkenaan berdasarkan pengetahuan masing-masing.

"Antara kelebihan peserta kali ini apabila ada di kalangan mereka bukan sahaja berkelulusan pada peringkat universiti sebaliknya berkebolehan bertutur bahasa asing seperti Arab dan Parsi.

"Apabila program ini bermula, kami akan menguji dan melihat sejauh mana peserta Ustazah Pilihan ini dapat mengendalikan permasalahan berkaitan wanita dan berdakwah kepada orang lain.

“Kami juga mahu melihat mereka menjadi wanita yang berkualiti daripada segi pemikiran dan perwatakan agar dapat menjadi ikon muslimah sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya pada majlis memperkenalkan barisan peserta rancangan berkenaan Isnin lalu.

Individu yang terpilih menyertai Ustazah Pilihan terdiri daripada Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah),20, Nur Aqidah Mawardi (Aqidah),21, Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah),21, Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah), 21, dan Masfira Hilman (Fira),27.

Turut terpilih adalah Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz),27, Siti Nor Hafidza Razali (Fizah),21, Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya),26, Nina Syazmeen Mohd Din (Nina),23, Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti),26, dan Maryanti Ramle (Yanti),23.

Sementara itu Izelan berkata menerusi program ini para peserta akan melalui proses penyingkiran mengikut tahap pencapaian masing-masing yang akan ditentukan oleh mudirah (pengetua) yang dilantik iaitu Dr Robiah K Hamzah dan mursyidah (tenaga pengajar) iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiyah Hassan.

Program yang dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani ini akan bersiaran pada setiap Khamis, pukul 9 malam bermula 6 Oktober depan.

biodata sorang2 belum dapat lagi...nanti akan diupdate bila dah dapat...

5 comments :

  1. IM amat sokong program gini. Sepatutnya, program Islamik tv perlu kreatif dalam menarik peminat penonton.

    ReplyDelete
  2. semoga program ini dapat melahirkan sesuatu yang positif..

    ReplyDelete
  3. Kat tv alhijrah pun ade program camni kan...Lupa dah ke tajuknye ape..

    ReplyDelete

komeng