Our social:

Saturday, July 2, 2011

Video Hassan Adli Juara Imam Muda Musim Kedua

Semua dah tau juara Imam Muda 2011...sapa yang tak sempat tengok...boleh tengok video youtube ni



Yayasan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menawarkan biasiswa pengajian peringkat ijazah kepada Juara Imam Muda, sebuah program terbitan Astro yang mencari golongan muda yang mempunyai kebolehan dalam pelbagai bidang agama Islam.

Pengarah yayasan, Bahruddin Abdul Rahman berkata juara Imam Muda boleh memilih untuk mengikuti mana-mana kursus Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana selama tiga hingga empat tahun di kampus induknya di Madinah Arab Saudi dengan kos pengajian dibiayai sepenuhnya oleh yayasan.

"Juara Imam Muda ini akan berpeluang melihat dan menilai sendiri bagaimana program pendidikan dalam talian dan pendidikan konvensional yang dikendalikan di universiti ini," katanya kepada pemberita di kampus Mediu di sini hari ini.

Bahruddin berkata Mediu mempunyai enam fakulti iaitu fakulti bahasa, sains Islam, kewangan dan sains pentadbiran, pendidikan, komputer dan teknologi maklumat serta kejuruteraan.

Pengajian di Mediu boleh dilakukan secara dalam talian, atau secara konvensional dengan menghadiri kuliah secara fizikal.

Di peringkat akhir Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, dan Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, akan berentap untuk merebut gelaran itu.

Program itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis dari Dewan Muktamar, Pusat Islam di Kuala Lumpur Jumaat ini bermula 9 malam.

Shah Alam, 27 Jun-Bernama

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng