Our social:

Monday, July 4, 2011

Remaja perempuan dibunuh kejam; dikerat dan dibakar

JOHOR BAHRU 4 Julai – Mayat seorang remaja dilaporkan dikerat sebelum dibakar sebanyak dua kali di dua lokasi berasingan.

Norrahayu Qomaruddin, 16, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 18 Jun lepas dipercayai dibakar di kawasan Sungai Tiram, Ulu Tiram sebelum dibakar buat kali kedua di Tanah Perkuburan Hindu, Masai di sini.

"Cebisan pakaian dan rambut mangsa ditemui oleh orang awam pada kira-kira pukul 4 petang semalam sebelum menghubungi polis.

“Turut ditemui sepasang selipar yang dipercayai kepunyaan mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin.

Beliau berkata, susulan penemuan itu, polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun di Ulu Tiram.

Lelaki itu yang kini ditahan reman didapati mempunyai lapan rekod jenayah termasuk melarikan orang, pecah rumah dan mendatangkan kecederaan. – Bernama

---------------------------------------------------------------------

apa nak jadi dgn negara kita ni weh...perbicaraan Dato Sosilawati baru je bermula... sedihnya....camana ada rekod jenayah bole jadi security guard ek... bukan dulu yang ada rekod jenayah ni tak boleh jadi guard ke...arghhh...tiba2 teringat dengan kes rogol dan bunuh budak sekolah rendah kat pos pengawal tu....arghhhhhhhh.... aku geram ni...

6 comments :

  1. huh..
    sampai macam tuh skali?
    ada ker patot.. :(

    ReplyDelete
  2. Kejam betul manusia zaman sekarang. Akhir zaman, macam-macam yang berlaku. Semua pun kejam. Yang kejam dengan binatang pon dasyat.

    ReplyDelete
  3. citer yg sama berulang2..watak jer lain... aku pun pelik ah org ade rekod jenayah leh jad guard.. mcm siyal...semoga rohnya dicucuri rahmat olehNYA...Takziah buat keluarga allahyarhamah...

    ReplyDelete
  4. sejak kes arwah Dato Sosilawati..hal bunuh dan bakar ni menjadi2...

    ReplyDelete
  5. agaknya itu je cara (secara x langsung) utk mengurangkan pnduduk di muka bumi ni...

    serius KEJAM!

    ReplyDelete

komeng