Friday, June 24, 2011

Tazkirah Jumaat

Assalamu'alaikum .

Petikan dari kitab karangan Imam Al Ghazali sebagai panduan utk mengelak
sikap takabur atau sombong diri:
1. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu
lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan
dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
2. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu
lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
3. Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia
dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau
mengetahuinya.
4. Jika kita melihat orang yang jahil, janganlah anggap atau merasa diri
mulia atau lebih baik daripadanya, kerana dia berbuat sesuatu kesalahan
atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan
kita mengetahuinya.
5. Jika kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap atau merasa
diri mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang
jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari
perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita
akhirnya.
6. Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si
kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang
keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam
kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah
Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu
lagi.



Wassalam.

ini dari email jugak...ishhh...sapalah yg tulis ni...thanks yer...sorry tak dpt nak bg kredit sebab tak tau dr mana asal penulisan ni...

5 comments

June 24, 2011 at 12:00 PM

tenangnya hati kalau sentiasa boleh berfikir macam ni.

June 24, 2011 at 12:45 PM

nice sharing bro... aku paling suke ayat Jika kita melihat orang yang jahil, janganlah anggap atau merasa diri
mulia atau lebih baik daripadanya, kerana dia berbuat sesuatu kesalahan
atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan
kita mengetahuinya.



betul sangat2

June 24, 2011 at 3:05 PM

Jika diamalkan,InsyaALLAH tiada sakit di hati melainkan tenang sentiasa...
Mekasih yer..

June 24, 2011 at 5:47 PM

Sejuk hati baca entry ni bro...mohon share yer...huhuhuh..^^

June 24, 2011 at 9:01 PM

heheheh..
thanks bro.. :)

Post a Comment