Monday, June 6, 2011

Astro naikkan harga lagi

ASTRO Buat Pelarasan Pakej Berkuatkuasa 11 Julai

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pengendali perkhidmatan televisyen berbayar ASTRO akan membuat pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung pada pakej pilihan pelanggan.

ASTRO dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam langganan mereka ekoran pelarasan tersebut.

Pek Famili yang memberi akses kepada 38 saluran dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan.

Menurut ASTRO, pelanggan boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang direka khas bagi menawarkan pakej ASTRO yang terbaik termasuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan rakaman video peribadi (PVR).

Pada harga RM125, pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, tiga pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan sehingga RM45.85.

Ketua Pegawai Operasi ASTRO Henry Tan dalam kenyataan itu berkata pelarasan harga adalah perlu berikutan dengan kenaikan kos kandungan global dan tempatan yang semakin meningkat termasuk hak penyiaran acara sukan.

Ingatkan malas nak update tp bila baca ni rasa macam ...terus sign in...update... Astro pun pandai guna ayat pelarasan harga...ekeke lepas ni mesti dia pun akan guna ayat rasionalisasi... pastu dia akan cakap sebab TNB naikkan harga...nampaknya klu naik tinggi sgt terpaksala aku tutup terus akaun astro ni...tak dpt nak tgk bola lagi...adoi... dulu aku pernah stop tp lepas dua miggu dia offer ble tengok seme cenel bayar minimum untuk 3 bulan...aku pun terpedaya jugakla...ekeke

kena kira balikla budget ek...atau guna duit nuff untuk bayar bil...mmmmmmmm ble diusahakan jugak tu tp...faham2 jela...aku bukan ada masa lagi nak aktif......

2 comments

June 7, 2011 at 7:13 AM

marilah dtg Blog ada stock baru ni and marilah join kontest blog saya :
htp://fasham87.blogspot.com

June 7, 2011 at 11:24 AM

nape mario takde masa lagi nak aktif? nape? dulu akak aku byr bil astro. lepas dia pindah sabah, dia wariskan hutang tu kat aku. pastu aku byr sebulan je. RM100 sebulan. huh. pastu aku buat2 sengkek. pastu aku buat2 muka seposen kat mak aku. pastu aku kasi alasan aku bukan rajin tengok tv. pastu mak aku plak kena byr. pastu aku intai2 layan sinetron jugak. hehhe.

Post a Comment