Saturday, April 23, 2011

pramugari istimewa air asia ditangguhkan

Ada ke yang nak naik?tak hingin aku...errr...klu free nak le...ekeke

AirAsia tangguh penerbangan ‘pramugari’ Richard Branson

KUALA LUMPUR, 23 April — Penerbangan Kebajikan AirAsia X D708 bersama ‘pramugari’ Sir Richard Branson, yang sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Stansted London ke Kuala Lumpur pada 1 Mei dijadual semula sehingga 4 Julai.

Perubahan itu dibuat bagi membantu menangani kesukaran memperoleh tempat dalam penerbangan ke London, akibat pertambahan bilangan yang melawat London sempena cuti hujung minggu dan perkahwinan diraja.

Wang tetamu yang membeli tiket untuk penerbangan kebajikan menerusi AirAsiaGo.com, akan dikembalikan sepenuhnya atau menunda tempahan ke tarikh baharu,” kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Tarikh baharu itu membolehkan tetamu akses dan keselesaan untuk perjalanan ke dan di London, demikian menurut Bernama Online.

Branson akan memainkan peranan sebagai pramugari syarikat penerbangan tambang murah tempatan itu selama lebih kurang 13 jam.

Beliau bersetuju memakai pakaian seragam pramugari, skirt dan blazer merah melayani kerenah penumpang dalam penerbangan khas tersebut ekoran kekalahannya dalam pertaruhan dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes dalam perlumbaan Formula 1 (F1) musim lalu.

Dalam pertaruhan tersebut, beliau yang juga pemilik pasukan Virgin dan Fernandes selaku Prinsipal Team Lotus bersedia untuk menjadi pramugari jika pasukan mereka tewas dalam perlumbaan tersebut.

Selepas perlumbaan F1 2010 menutup tirai penghujung tahun lalu, Team Lotus berjaya mengatasi pasukan Virgin.

sumber

1 comment

April 24, 2011 at 12:32 AM

macam-macam hal dunia sekarang..

Post a Comment