Wednesday, April 20, 2011

Melaka naikkan tarif air 5 hingga 25 sen

errr...apsal aku tak tau ni...
Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.

Antara mereka yang lantang membantah tindakan itu, termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik (kiri).

Katanya, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.

Menurutnya ia suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu.

"Apabila kerajaan Selangor dan Kedah buat tindakan sebegitu sebelum ini yakni menaikkan tarif air mereka bising. Tapi kini mereka naikkan tanpa sebarang pengumuman.

"Saya yakin ini ada hubung kaitnya dengan pembaziran dana kerajaan yang berleluasa dan tindakan ini adalah untuk menampung kekurangan dana ini," katanya.

Sejak awal bulan ini, tarif baru air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen selepas penggunaan 20 meter padu.

Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama.

Tarif baru bagi perniagaan pula adalah RM1.80 bagi penggunaan melebihi 100 meter padu.

Susahkan rakyat

Sementara itu, ADUN kawasan Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong, turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang dianggapnya sebagai menyusahkan rakyat.

Menurutnya, beliau difahamkan kuasa menentukan kenaikan harga air berada di dalam tangan pusat.

"Bagaimanapun, itu bukan isunya. Isu di sini adalah bagaimana harga air boleh dinaikkan sedangkan rakyat tidak dimaklumkan.

"Ramai yang tidak puas hati kerana tindakan menaikkan harga air ini telah dijalankan secara senyap, seolah-olah untuk mengelak sebarang protes," kata Khoo (kiri).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir, ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengesahkan memang terdapat 'penyelarasan' terhadap tarif air.

Bagaimanapun menurutnya, tindakan sedemikian adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan pusat.

9 comments:

wachak said...

moh leh pindah dok kat selangor ni. air pree weii ... he33

SyafiqahSyaza(SweetSyaza) said...

macam2 lah melaka ni..
papepun melaka dihatiku... ;p

Insan Marhaen said...

pasal tak masuk berita utama, pasal tu kau tak tahu....

jaya jr said...

tak pasal-pasal..jadilah kerajaan cemerlang macam selangor..air free.haha.rakyat gembira.berita je tak bagitau rakyat selangor gembira..haha

encHIx laNDax said...

erm..teruk betul! benci lah dengan SAMB~emmm

Kech Hidayah said...

malam2 xyah mandi la pasni mario.mandi sungai kampung mortem.heheh

Cik SHiNJU said...

pakat gali perigi la..
kembali ke zaman hang lipo..
air free sokmo..huhuh

LiFe KaMi said...

macam biasa sebelum plihan raya semua turun lepas plihan raya semua naik..haii bila le nak berubah..

Nur Hawa Mohd Zin said...

entah2 mereka tahu yang mereka akan jatuh jadi mereka menekan dan menyusahkan rakyat..kata rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..jadi...rakyat terlebih dahulu terseksa..dan pencapaian mereka diutamakan

pandangan saja!