Sunday, April 10, 2011

Mati masa ketawa

Aku tak taula ini fakta ke bukan...just untuk bacaan jela eh...bole gak bagi peringatan kat kita...jangan gelak kuat2 sangat...


--chrysippus.......seorang ahli filosofi yunani menemui ajalnya ketika ketawa melihat seekor keldai makan beberapa biji buah ara di halaman rumahnya...dia gagal menahan rasa gelihatinya melihat gelagat binatang itu.....hilaian ketawanya tiba2 terhenti dan apabila seorang jiran menghampirinya.....chrysippus sudah tidak bernyawa......

---salah seorang pembesar Rom-Gallus, di kabarkan mati kerana terlalu gembira setelah dapat mengahwini kekasih lamanya......sebaik mencium dahi isterinya seleps selesai upacara pernikahan, beliau tumbang dan terus maut......sebab kematiannnya kerana terlalu gembira .......beliau di serang sakit jantung......

---Margutte dari Argentina ketawa hingga maut setelah melihat seekor monyet cuba menangalkan tali kasut suaminya..........dia yg gagal menghentikan ketawanya yg panjang, tiba2 sesak nafas menghembuskan nagas yg terakhir di pangkuan suaminya.........sebab kematiannya adalah kerana terlalu gembira sehingga membebankan denyutan jantungnya.........

---Pietro Aretio, seorang penyair Itali di anggap 'penipu paling licik pernah di jadikan tuhan di muka bumi'.......dia juga penulis drama lucah.....pada usia dia 60th, Pietro terkinja-kinja membacakan karya terbarunya di hadapan rakan2......sambil membaca, sambil dia ketawa....tiba2 dia tercungap-cungap, dan rakannya cuba membantu....tetapi ia menghembuskan nafas yg terakhir.....

sekitar tahun 263 sebelum masihi, seorang penulis buku komedi, Philemon mendapati salah sebuah tulisannya cukup melucukan......ketika itu ia sedang menyemak buku2 lama dalam simpanannya........kerana terlalu lama ketawa, isteri dia menasihatkan supaya berhenti dari ketawa......sebaik isteri dia memberikan masihat itu, Philemon jatuh dari kerusi, menemui maut........

--puan Walker adalah peserta kuiz sebuah program tv The Temptation.....sebaik di umumkan sebagai pemenang yg pertama, beliau menundukkan kepala kepada penonton yg memberikan tepukan gemuruh.....kamera dapat merakamkan kematian wanita itu yg di sahkan kerana gembira yang berlebihan......kegembiraan yg di nikmati menyebabkan jantung Walker berhenti berdenyut..........

---seorang penurap bata, Mitchell dari Norfolk, England, sedang menonton rancangan tv kegemarnya The Goodies....isterinya nessie duduk di sebelah.....apabila muncul adegan seorang jaguh kung fu berwatak badut lakonan lakonan Ecky Thump.......Mitchell tidak dapat menahan ketawanya kerana rasa lucu.......tiba2 suaranya terhenti.....Mitchell sudah tidak bernyawa lagi.....
isterinya Nessie kemudian menulis kepada stesen tv yg menyiarkan The Goodies mengucapkan terima kaseh kerana menghiburkan suaminya pada saat2 terakhir kematiannya......

5 comments

April 10, 2011 at 10:46 AM

ok.

kurangkan ketawa .

heh

April 10, 2011 at 12:21 PM

uik ada jugak yg mati dalam keadaan mcam tu kan...isk,

April 10, 2011 at 12:29 PM

Pasni kene relax2 suda...
Ngeri gak ek...

April 10, 2011 at 2:38 PM

ramainya org mati masa ketawa..ketawa sikit2 dah pasni hehehe

April 10, 2011 at 11:19 PM

err..ssh gak ketawa lebih2 ni. hehe

Post a Comment