Wednesday, April 13, 2011

Kisah Rasulullah saw

Mesti dah ramai yang dah tau kisah ni kan...takpelah...just peringatan untuk aku jela ni..

Ketika Rasulullah saw memimpin masyarakat Madinah, orang kaya dan orang miskin semuanya hidup aman dan sejahtera. Pada suatu hari, Rasulullah saw mengimami solat Isyak secara berjemaah. Para sahabat cemas dan menjangka Nabi saw sakit. Ini dapat dilihat para sahabat pada setiap kali Nabi mengerakkan tubuhnya untuk rukuk, sujud dan sebagainya, kedengaran bunyi seolah-olah tulang-tulang Nabi longgar semuanya. Apabila selesai mengerjakan solat Umar bin Khatab bimbang dan segera bertanya:

”Ya Rasulullah saw adakah kau sakit?”
“Tidak Umar. Aku sihat,” jawab Nabi.
“Tetapi mengapa setiap kali engkau menggerakkan badan ketika solat, kami terdengar bunyi tulang-tulangmu yang berentakan?” tanya Umar.

Mula-mula Nabi saw tidak ingin membongkarkan rahsianya. Oleh kerana para sahabat nampak was-was memperhatikan keadaannya maka Nabi saw terpaksa membukakan pakaiannya. Para
sahabat melihat Nabi saw mengikat perutnya yang kempis itu dengan selembar kain. Di dalamnya diisi dengan batu-batu kerikil untuk menahan rasa lapar. Dan batu-batu kerikil itulah yang berbunyi ketika Nabi saw memimpin solat berjemaah. Dengan serta merta Umar berkata:

“Ya Rasulullah, adakah sehina itu anggapanmu kepada kami? Apakah engkau mengira seandainya engkau menyatakan lapar, kami tidak bersedia memberikanmu makanan yang lazat? Bukankah kami semua hidup dalam kemakmuran?”

Nabi tersenyum ramah dan menyahut:” Tidak, Umat. Aku tahu, kalian para sahabatku, adalah orang-orangyang setia kepadaku. Apa lagi sekadar makanan. Nyawa kalian, aku yakin kalian akan serahkan untukku sebagai tanda cinta terhadapku. Tetapi dimana akan ku letakkan mukaku di hadapan pengadilan Allah di hari pembalasan. Apabila aku selaku seorang pemimpin sentiasa membeban dan menyusahkan orang-orang yang aku pimpin?”

Para sahabat pun sedar dengan peringatan yang terkandung dalam ucapan Nabi saw itu. Sesuai dengan tindakannya yang sentiasa lebih mementingkan kesejahteraan umat daripada dirinya sendiri. Seorang tabib yang dikirimkan oleh penguasa Mesir bernama Muqauqis dikirim sebagai tanda persahabatan, selama dua tahun tabib itu berada di Madinah. Dan selama dua tahun itulah tabib itu menganggur manandakan betapa sihatnya penduduk Madinah. Sampai tabib itu bosan dan bertanya kepada Nabi: “Apakah masyarakat Madinah takut kepada tabib?”
“Tidak. Terhadap musuh mereka tidak takut. Apa lagi kepada tabib, jawab Nabi saw.
“Tetapi mengapa selama dua tahun tinggal di Madinah, tidak ada seorang pun yang pernah berubat dengan saya?” soal tabib itu.
“Kerana penduduk Madinah tidak ada yang sakit,” jelas Nabi saw. Tabib itu kurang mempercayainya,” Masakan tidak ada seorang pun yang mengidap penyakit?”
“Silakan periksa seluruh penjuru Madinah untuk membuktikan kata-kataku,” ujar Nabi saw. Lalu tabib itu memulakan perjalanannya
mengelilingi kota Madinah. Ternyata memang benar. Di seluruh Madinah, tabib itu tidak menjumpai orang yang sakit. Dia kagum dan hairan, lantas dia segera mengadap Nabi saw dan bertanya:

“Apakah petua sehingga menyebabkan orang-orang Madinah sihat-sihat semuanya?”
Rasulullah saw menjawab:
“Kami adalah suatu kaum yang tidak akan makan, kalau tidak lapar. Dan jika kami makan tidak sampai terlalu kenyang. Itulah petua untuk sihat. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertakwa kepada Allah, bukan sekadar
memuaskan hawa nafsu.”

3 comments:

Tauke Budu said...

jauh beza dengan akhlak aku....
rasulullah contoh terbaik

farahmoque said...

alamak!

thanks mario..tepat kena dahi.hahaha

Langit Pertama said...

Patot la aku asyik saket je sejak akhir2 ni...
Kuat mkn rupenyer...

Subhanallah...