Our social:

Friday, April 8, 2011

Fakta2 menarik 2

ini aku sambung lagi...eh...dia sambung lagi...dan ramai pulak forumer lain bagi input lagi...banyak jugak yang aku baru tau...


antara dua unsur paling ganas membentuk benda paling lembut; H2O (air).

Semakin tua manusia, semakin lemahlah semua otot-ototnya kecuali otot lidah.

Pesan Iskandar Zulkarnain......

--Iskandar Zurkarnain.....raja Macedonea.....tekenal sebagai raja penakluk dunia....baginda di hormati kawan, dan di geruni lawan......di saat akhir hayatnya, baginda berwasiat kepada para pembesar istananya.......katanya...

'apabila saya mati, keluarkankanlah tangan saya dari keranda supaya yg tua dan muda, kaya dan miskin, lelaki dan perempuan, dapat melihat dengan jelas betapa seorang raja tidak membawa apa-apa bersamanya ketika meninggalkan dunia ini, sekali pun sekeping roti'....

Raja Christian IV dari negara Denmark tidak senang dengan sebuah buku yang ditulis oleh seorang pengarang yang bernama Theodore Reinking. Sebagai hukumannya pengarang tersebut dipaksa memakan bukunya dengan mengoyak kertas tulisan itu dan dijadikan sup.

Seorang wanita, Rosana Vigil berumur 60 tahun telah digempur oleh seorang penjahat di sebuah jalan raya di Denver, Colorado. Penjahat itu lantas memicit mulutnya dan mengeluarkan gigi palsu. Sewaktu membuat laporan kepada polis, Rosana menceritakan setelah melihat tiada emas pada gigi palsunya, penjahat itu membebaskannya dan memberi balik gigi palsu tanpa mengapa-apakannya.

Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.

Pada gaun Permaisuri Perancis, Queen Marguerite De valois (1553 – 1615) telah dijahit 34 hiasan bentuk hati, melambangkan sejumlah 34 orang lelaki telah berjaya mencuri hatinya.

Arnold Schwarzenegger dibayar AS$21,500 bagi setiap perkataan yang dituturkannya dalam filem Terminator II.


Presiden ke-20 Amerika, James Garfield boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak dan dalam dua bahasa sekali gus.


.Pemilik syarikat rokok Malboro pertama mati akibat kanser paru-paru.


Norris Williams, seorang warga British yang terselamat ketika kapal Titanic tenggelam selepas melanggar bongkah ais di Lautan Atlantik pada 14 April 1912, telah menjadi juara acara beregu dalam pertandingan tennis Wimbledon pada tahun 1920.

---perkataan 'checkmate' berasal dari bahasa Parsi 'shah mat', yg bererti 'raja dah mati'.....
---gunting di cipta oleh Leornardo Da Vinci.....
---nama semua benua bermula dan berakhir dengan huruf A.....<----ini mcm salah je
---'so long' berasal dari perkatan Arab 'salam'.......
---nama yg paling banyak di gunakan di dunia ialah Muhammad.....
---gula mula di bubuh dalam chewing gum oleh seorang doctor gigi, William Semple......
---kertas di cipta pada abad kedua di china....
---penaip terpantas di dunia menaip 211 perkataan semimit.
---kapal terpantas di dunia seberat 112 tan, dan bergerak dlm kelajuan 164km sejam......

ps...nanti sambung lagi weh

3 comments :

komeng