Saturday, April 9, 2011

Fakta yang tak kelakar tapi bila baca jadi macam kelakar

ini aku rasa amik dari majalah ujang ke hape ni...tapi takpela...kopi jugak untuk hiburan...sebelum peserta2 maharaja lawak kopi...aku kopi dulu...hahaha nanti kita tengok...ada tak yang amik fakta2 ni...ekeke


1. Apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

7. Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

8. Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9. Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

9 comments:

- elina - said...

haha .

boleh gelak sorg2 baca bnda ni.

maCy said...

mcm hape je. haha. adoi.. tp memang fakta la kan..

Jo Qusary said...

apalagi mario... belanja la aku makan nasi ayam nanti, hehehe

i am S!L4H.. said...

hahaha. ngekkk je. yg air sirap tu. pdhal die yg suke mnum air tu.

Langit Pertama said...

Hahaha.. Ayat cambest jer, tp fakta2 tersebut mmg ada kebenarannya, nak2 yg nasik ayam tu.. Huhuhu...

nuriz said...

heheh lawak2. nampak mcm fakta sgt ler..pandai org yg reka ni heheh

Kech Hidayah said...

saya perlukan ubat kegembiraan! maka nya mario, sila belanja kawan2 makan nasik ayam.ahahah

BezBuddy said...

mcm2 la..ni msti mjlh ujang ni..hahaha

Insan Marhaen said...

kat sini ada Nasi Ayam Periuk Besar...