Wednesday, April 6, 2011

Budak hilang 20 jam ditemui semula

Apa pendapat korang...?takut tak?sib baik orang baik yg ambil...tp kenapa yg ambil tu tak hantar kat balai ek...ni tak pasal2 kena soal siasat...tapi...errr ntahla...susah nak cakap menda ni...


KUANTAN: Selepas 20 jam dilaporkan hilang ketika bermain di depan kedai telefon bimbit milik ibunya di Batu 6, Jalan Kuantan-Gambang di sini, kelmarin, seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan ditemui semula dalam keadaan selamat semalam.

Nur Hafiqah Zarissya Mohd Nawawi diserahkan sepasang suami isteri berusia 30-an kepada kakak ipar Nur Hafiqah, Noorshatila Samsudin, 23, di Taman Gudang Rasau Perdana di sini, kira-kira jam 3.30 petang.


Menurut Noorshatila, dia dihubungi pasangan itu yang memaklumkan adik iparnya ada bersama mereka selepas menonton Buletin 1.30 mengenai kehilangan Nur Hafiqah.

“Pasangan itu meminta maaf kerana mengambil adik saya kerana ketika ditemui, Nur Shafiqah merayau-rayau dan berjanji akan menghantarnya. Berikutan itu, kami bertemu di Taman Gudang Rasau Perdana dan keadaan Nur Shafiqah sihat serta bersih dengan pakaian baru.


“Ketika bertemu, pasangan itu memaklumkan ingin menghantar Nur Shafiqah malam tadi (kelmarin).


“Bagaimanapun, mereka takut apabila melihat kedai telefon dipenuhi orang ramai lalu membatalkan niat menghantar Nur Hafiqah sebaliknya membawanya pulang ke rumah mereka di Temerloh,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam.

Berdasarkan laporan, Nur Shafiqah hilang ketika bermain di depan kedai ibunya, Noor Syatila, jam 7 malam, kelmarin. Berikutan itu, usaha mencari dilakukan termasuk mendapatkan bantuan bomoh oleh keluarga kanak-kanak itu.


Menurut bapa Nur Shafiqah, Mohd Nawawi Deris, 42, dia bersyukur kerana anak bongsu daripada lima beradik itu selamat selepas 20 jam hilang.

“Kehilangan Nur Shafiqah memang mengejutkan kami sekeluarga,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, berkata pihaknya meminta pasangan suami isteri itu tampil ke IPD Kuantan bagi membantu siasatan.


Menurutnya, kerjasama pasangan terbabit yang menaiki Perodua Myvi merah itu penting bagi memudahkan siasatan polis mengenai kehilangan kanak-kanak berkenaan.


“Kami harap pasangan ini berjumpa dengan pegawai penyiasat secepat mungkin. “Walaupun kanak-kanak ini ditemui dalam keadaan selamat, dia akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini,” katanya.

5 comments

April 6, 2011 at 2:11 PM

pernah hilang waktu kecik dulu....kat shopping complex..selamt mak abah jumpa balik..tengah main teddy bear kat tepi rak..

April 6, 2011 at 2:20 PM

alhamdulillah nasib baik jumpa balik

April 6, 2011 at 2:54 PM

huish,nasib pasangan tu baikk kalo dpt yang tade pasaan?heih...tapi kot ya pun,htr la kat balai...tanak kena tanya mcm2 lah tu...tak profesional lgsg psangan tu,btw nasib adik tu selamat.

April 7, 2011 at 12:11 AM

jagela anak tu btol2..awasi slalu..bukan senang nak dpt anak kan?huhu

April 7, 2011 at 1:21 AM

pasangan tu takut kot kan.orang duk ramai2 tu satgi diorg datang kena serang lak.dituduh menculik.kasi keadaan reda dulu.dia xde niat nak culik pon kan.

Post a Comment