Tuesday, April 19, 2011

Bangkai Makhluk Asing ditemui di Rusia (video)

ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.

Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.

Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem.

Agensi

4 comments

April 19, 2011 at 10:00 AM

uuuuuuuuuuu...makhluk asing dah nak start menyerang ke?

April 19, 2011 at 8:35 PM

alien tu takleh kena sejuk leni ..tgk alien ni sebijik mcm dlm film2 buat tu..emm betui ke tak ni..huhu

April 19, 2011 at 9:38 PM

mana kapal angkasa dia?

April 20, 2011 at 2:19 PM

hoax!

Post a Comment