'Sentuhan Ibu'- Yang Terbaik Bagi Bayi
Dah macam blog kaum ibu pulak blog ni ek...ekekeKUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Mengurut adalah cara asuhan dan penyembuhan yang diamalkan oleh pelbagai budaya di seluruh dunia sejak berabad yang lepas.
Dr Tiffany Field dari University of Miami yang mengetuai Touch Research Institute (TRI), telah menemui perhubungan antara terapi sentuhan dan manusia. Beliau mendapati urutan membawa banyak kebaikan terutama kepada bayi dan kanak-kanak.
Menurut Dr Field, bagi bayi dan kanak-kanak, sentuhan adalah sama penting seperti makan dan tidur.
Pada asasnya, terapi sentuhan atau urutan boleh merangsang saraf otak yang membantu penyerapan zat makanan, dan seterusnya membantu penambahan berat badan yang lebih cepat.
Sentuhan turut mengurangkan tahap hormon tekanan dan hasilnya, mempertingkat fungsi imuniti.
Penemuan Dr Field ini disampaikan oleh Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail pada majlis pelancaran Siri Bengkel Urutan bayi TOUCH anjuran Johnson's Baby dan Kumpulan KPJ Healthcare baru-baru ini.
RANGSANGAN BAYI CERDAS
Dr Tiffany Field dari University of Miami yang mengetuai Touch Research Institute (TRI), telah menemui perhubungan antara terapi sentuhan dan manusia. Beliau mendapati urutan membawa banyak kebaikan terutama kepada bayi dan kanak-kanak.
Menurut Dr Field, bagi bayi dan kanak-kanak, sentuhan adalah sama penting seperti makan dan tidur.
Pada asasnya, terapi sentuhan atau urutan boleh merangsang saraf otak yang membantu penyerapan zat makanan, dan seterusnya membantu penambahan berat badan yang lebih cepat.
Sentuhan turut mengurangkan tahap hormon tekanan dan hasilnya, mempertingkat fungsi imuniti.
Penemuan Dr Field ini disampaikan oleh Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail pada majlis pelancaran Siri Bengkel Urutan bayi TOUCH anjuran Johnson's Baby dan Kumpulan KPJ Healthcare baru-baru ini.
RANGSANGAN BAYI CERDAS
Menurut Dr Zulkifli, susu ibu membekalkan antibodi penting dan khasiat untuk melindungi dan membantu bayi membesar, manakala urutan bayi menyerlahkan yang terbaik dari segi perkembangan fizikal dan kesejahteraannya.
Selain itu, percakapan dan hubungan mata yang dilakukan antara ibu bapa dan bayi semasa mengurut boleh mengeratkan lagi hubungan mereka. Urutan yang dilakukan dapat membantu merangsang tumbesaran bayi yang sihat dan cergas.
Kajian perubatan menunjukkan bahawa urutan bayi meningkatkan tumbesaran tulang sebanyak 15 peratus. Malah, urutan yang kerap juga adalah rahsia bagi menggalakkan perkembangan kemahiran motor yang lebih baik.
Ia turut membantu perkembangan otot dan orientasi yang semuanya amat penting dalam membantu bayi untuk belajar berdiri dan seterusnya berjalan.
Dr Zulkifli berkata kajian juga menunjukkan bahawa urutan bayi mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi dan memperbetulkan masalah tidur di kalangan kanak-kanak.
"Ini kerana urutan dapat membantu mereka tidur dengan lebih cepat dan kurang terjaga pada waktu malam", kata beliau.
KAJIAN
Beliau sendiri terlibat dalam kajian yang dijalankan ke atas 72 bayi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) antara tahun 2000 dan 2001.
Menurut beliau, hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan berat badan ke atas bayi yang diurut berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Ini dikaitkan dengan penggunaan nutrisi yang lebih baik terhadap bayi yang diurut.
Kebanyakan ibu bapa bimbang untuk mengurut bayi mereka kerana tidak dapat mengagak tekanan bagaimana yang patut dikenakan ke atas tubuh si kecil dan risau sekiranya ia mendatangkan kemudaratan.
Bagi Dr Zulkifli, sekiranya ibu bapa ingin memulakan urutan ke atas bayi mereka, ia boleh dimulakan dengan sentuhan yang lembut.
"Tekanan ditambah perlahan-lahan apabila ibu semakin yakin dan bayi pula kelihatan selesa dengan urutan anda," jelas beliau.
PERKEMBANGAN BAYI
Sementara itu, Stanford Guo, Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Sdn Bhd menekankan betapa pentingnya urutan bayi untuk mempertingkatkan perkembangan mereka.
"Selain daripada pemakanan atau susu ibu, sentuhan seorang ibu mempunyai kesan paling efektif ke atas bayi. Sentuhan adalah ekspresi fizikal yang menandakan kasih sayang dan teknik-teknik urutan yang betul terbukti mempunyai kebaikan untuk perkembangan fizikal dan emosi bayi."
Guo merujuk kepada dua kajian yang berkaitan dengan kenyataannya. "Kajian ini mengesahkan betapa pentingnya sentuhan untuk bayi yang baru lahir dan ia turut melambangkan tanda kasih sayang yang nyata untuk anaknya," kata Guo.
Penemuan ini adalah konsisten dengan kajian klinikal yang dibentangkan oleh Dr Field pada tahun 1997 semasa mesyuarat tahunan di American Academy of Paediatrics (AAP).
TERAPI SENTUHAN
Kajian tersebut menunjukkan terapi sentuhan juga membantu bayi pra-matang menambah berat badan dengan lebih cepat, memperbaiki fungsi pernafasan kanak-kanak yang menghidap asma dan bagi kanak-kanak diabetis pula bertindak balas positif dengan rawatan mereka.
Turut hadir pada pelancaran bengkel tersebut ialah pelakon dan penyanyi yang juga seorang ibu, Erra Fazira.
Erra yakin sentuhan ajaib seorang ibu boleh membawa perubahan yang membantu bayi berkembang dalam pelbagai cara yang positif. Erra yang menyokong urutan bayi menggalakkan semua ibu bapa di Malaysia untuk mengamalkan urutan TOUCH.
"Sama ada untuk kebaikan fizikal atau emosi, pengalaman mengurut bayi membantu ibu bapa menenangkan fikiran dan berkomunikasi dengan anak mereka, menjadikan mereka lebih yakin dengan kemahiran penjagaan anak. Paling penting, ibu menjadi lebih peka terhadap keperluan anak," katanya.
Erra juga berpendapat bayi boleh menjadi lebih responsif dan dalam jangka panjang. Ini akan menjadi kanak-kanak yang lebih gembira dan berkeyakinan tinggi.
PELUANG PELAJARI URUTAN BAYI
Siri Bengkel Urutan Bayi TOUCH ini diadakan setiap tahun untuk mendidik ibu atau bakal ibu di Malaysia tentang teknik urutan bayi yang berkesan.
KPJ Healthcare akan memberi sokongan profesional dengan memberi ceramah dan panduan kepada ibu bapa semasa bengkel, secara interaktif dan amali.
Tahun lepas sambutan hangat yang diterima menunjukkan bahawa lebih ramai ibu bapa sedar akan kepentingan terapi 'sentuhan' dan mereka mengambil inisiatif untuk mempelajari cara yang betul dan berkesan untuk mengurut bayi.
Bengkel ini akan diadakan pada hujung minggu pada Mei dan Jun di lapan buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor dari pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian pertanyaan dan pendaftaran bebas tol di 1-300-88-0566 (dari Isnin-Jumaat, 9 pagi-5 petang)atau layari www.babycenter.com.my/johnsonsbaby/touch .
-- BERNAMA Oleh Nurul Halawati Azhari
waa..bgusnye mario..byk bce artikel cmni..smoge jd ayah yg baik k :D..ni 1st ank ko ke mario?hehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteanak nyer ibu ler yg buat urutan tapi tengah2 berpantang ni biar ler bidan yg tolong urutkan si ibu tu ... keh33
ReplyDeletemacam iklan baby oil johnsson la..sentuhan kasih sayang ibu kepada baby..hehehe..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya tengah buat survey pasal blogging untuk kertas projek saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much
https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0
Salam,
Lily
Note: Sila abaikan jika anda bukan pelajar IPT.
@BezBuddy
ReplyDeleteerrr...anak ke2 dan ke3,,,
@BezBuddy
ReplyDeleteThis post has been removed by the author.
hehe
@wachak
ReplyDeletetapi ayahnya sapa nak urut ek...ekeke
@Kech Hidayah
ReplyDeleteyela...ko bila lagi weh...ekeke
@Lilyel
ReplyDeleteapsal pulak bukan pelajar IPT kena abai?sampai hati tau...
sorry, tapi ini skop nya untuk budak IPT saja. lain kali saya buat untuk semua blogger deh :)
ReplyDeleteterima kasih, anyway :)