Our social:

Monday, March 28, 2011

FW: Penarikan Sijil Halal untuk Syarikat Makanan di Melaka





ni kongsi dari email...untuk penduduk negeri melaka dan yang berkunjung ke Melaka


Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud; pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.

Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud pertama merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan. Manakala pengertian halal dengan maksud yang kedua adalah bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.



Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menggunakan istilah halal dalam pelbagai keadaan ayat. Antara penggunaan tersebut ada yang menyentuh sudut muamalat, hal kekeluargaan dan perkahwinan, makanan dan rezeki dan sebagainya.



Walaupun istilah halal digunakan dalam pelbagai suasana yang berbeza, namun di dalam al-Quran penggunaannya di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bab makan minum serta mencari rezeki adalah lebih meluas berbanding dengan hal-hal lain. Ini dapat diperhatikan menerusi ayat-ayat tertentu seperti di dalam surah-surah al-Baqarah (2:168), al-Maidah (5:1), (5:4-5), (5:87-88), (5:96), al-A’raf (7:157), an-Nisa’(4:160), at-Tahrim (66:1), al-Hajj (22:30) dan lain-lainnya.



Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki halal yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk. Jadi apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.



Terdapat empat (4) tempat di dalam al-Quran di mana Allah mengguna perkataan toyyib ini sebagai kata sifat bagi menggambarkan kehalalan makanan atau rezeki. Ia adalah di dalam surah al-Baqarah, ayat ke-168; surah al-Maaidah, ayat ke-88; surah al-Nahl, ayat ke-114 dan surah al-Anfaal, ayat ke-69.



Secara mudah, arahan Allah s.w.t supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang bersifat elok atau tinggi mutunya. Begitu juga dengan sumber rezeki yang kita usahakan bagi mendapatkan makanan halal. Ia sepatutnya terhasil daripada usaha yang halal lagi berkualiti. Penekanan terhadap unsur mutu usaha ini penting kerana rezeki yang diperolehi tadi tentunya lebih baik dan lebih diberkati oleh Allah s.w.t. berbanding rezeki yang dijana daripada kerja atau usaha yang bersifat ala kadar. Tambahan pula kita akan menggunakan rezeki tadi untuk memenuhi keperluan harian diri dan keluarga.



Wallahuallam.

4 comments :

  1. Info utk org Melaka.. Aku tak pernah pergi Melaka lagi ni.. Huhuhu,,

    Entry Terbaru : Mengapa Isnin Dibenci???

    ReplyDelete
  2. eiffel

    kl takde le...mungkn bole cek kat jakim...

    ReplyDelete
  3. d_tieah

    klu ko dtg melaka...jgn lupa kedai2 ni...jgn ko pegi pulak...hehe

    ReplyDelete

komeng