Our social:

Tuesday, January 4, 2011

KELEBIHAN BERDIAM...

Kongsi dari email yg aku dapat...tak sia-sia le aku jadi pendiam, banyak hikmah dia tau...hehe


Bismillahirrahmanir rahiim.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang
menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada
orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat
pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK
SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerna senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah

Wasalam... .

Buat Renungan Bersama :



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً



Daripada 'Abdullah bin 'Amru Rodhiallahu 'Anhu bahawa Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam pernah bersabda :



"Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat".

Hadith Sahih, Riwayat Imam Bukhari (No.Hadith 3202)



Jemput ziarah ke http://www.stormreaders.net/System/eCommerce/index.aspx untuk menambah ilmu dan menyebarkan ilmu walaupun dengan sepotong ayat. Moga bermanfaat.

atau http://www.stormreaders.net/ pustaka_mazsen untuk pembelian buku-buku agama, motivasi, novel dll.

Web kat atas bukan aku punya...tapi penghantar email mungkin amik artikel ni dari web kat atas ni kot...sapa yg ada masa tu...bole le g kat web kat atas ni eh...

errr...kadang2 aku byk cakap jugak...peringatan untuk aku ni...bukan tuk korang2 yang baik yg cakap bende2 baik jerrr....

14 comments :

  1. haa...si baik aku ni pendiam orgnyer..hahaha (ok,tipu jer)

    Terima kasih atas perkongsian ini,sgt bermanfaat.. :)

    ReplyDelete
  2. aku pendiam kat luar tapi kat depan laptop aku pot pet pot pet.tapi aku rase aku diam jugak.jari aku je yg bising kan?kan?

    kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  3. tetiba je aku rasa aku nak jadi pendiam. hehe

    ReplyDelete
  4. emmmmmmmmmmmmmmmmm...................
    em..........em.............em.............
    em.....................em...............em........................em...............em..............
    assalamualaikum.......!!!!bro mario..
    thanks singgah

    ReplyDelete
  5. sib baek ak jnis pendiam jgk..
    bckp yg pting2 sdh..
    air liur pon x byk kuar..hehe

    ReplyDelete
  6. super mario....
    aku terase dgn n3 kau ni..hahaha
    aku byk jugak mulut.. agaknyer suda mulut murai... camne nk buat ek??? aku kena beli zip supaya mulat aku terkunci utk berbicara... nice n3 der~

    ReplyDelete
  7. lama jugak kau mendiamkan diri..haha
    bagus3

    ReplyDelete
  8. cuma bercakap bila perlu je... cthnya bila nak bawak kes ke mahkamah...

    ReplyDelete
  9. kelebihan diam yg aku tau jimat suara.. :D

    ReplyDelete
  10. diam lagi baik dari bercakap yang sia2..
    maknanye kalau kita cakap yang sia2 lebih baik kita diam..
    hheheh..bukan la diam tu baik..
    kena paham betul2 tu..

    ReplyDelete
  11. aku jnis pndiam tp kne orang yg jnis peramah,ak pulak yh terlebh peramah ak, ingt ag rekod paling lame ak beborak dari jam 11 mlm smpai ke 6pg ni gara2 bsembg gan.kwan2 jnis peramah huhuhu

    ReplyDelete
  12. @Anonymous

    ooo..aku pn ada rekod cenggini dulu...zaman bercinta ngan wife aku dulu...keh3

    ReplyDelete

komeng