Our social:

Latest Post

Thursday, December 30, 2010

video Gol safee ali final Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010... video youtube dah keluar ni...memang terbaik gol ni...eh...takde ke nak cari blog pasangan Safee ali ni...ekeke errr...dia dah kahwin kan... tapi blog awek keeper terbaik...khairul fahmi atau apek...hehe memang ada...siap ada iklan nuffnang lagi tuu...kalau nak g blog kawan pompuan dia...hehe bole cuba usha usha kat sini tapi aku cuma nak tunjuk gol terbaik safee ali...saje nak simpan sebab aku rasa gol ni memang cantik...mcm zaman aku main bole je...ekeke

Jumaat cuti umum

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

ini adalah hadiah sempena kemenangan pasukan kita dalam Final Piala Suzuki AFF:

Malaysia akhiri kemarau 14 tahun

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).

Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0. - Utusan

Sunday, December 26, 2010

Perempuan Berkalung Sorban

dengar cerita, series Woman With Turban ni agak kontroversi... tapi aku tak tengok lagi so tak berani nak komen...tvhijrah pun tak dapat macamana nak tengok...nak tengok kat youtube pun mcm tak complete je...TAPIKAN...OST dia dato siti yang nyanyi...ketika cinta...

Thursday, December 9, 2010

oooo...baru tau...

ooo...baru tau...harap2 berkurangan le aktiviti seludup2 ni ek...ekeke errr...kawan aku cakap...kenapa tak kurangkan harga rokok...moga2 bole berkurang aktiviti rokok seludup...aku jawab...harga rokok tu tinggi untuk menjaga kesihatan rakyat...nak bg orang kurang merokok...oooo...baru tau...dia cakap...ekeke

schedule post ni...

Wednesday, December 8, 2010

cuti bersalin swasta

kami para suami pun nak 3 bulan jugak...errr...tak dapat 3 bulan... 3 minggu pun dah cukup...hehe

Sean, Nana bercerai

sebenarnya malas nak update pasal mende ni tapi sbb ada kawan aku penah cakap...badi rancangan sehati berdansa....aku nak tau jugak pendapat korang...bagi aku...tak baik ckp camtu kan...jodoh maut kan telah ditentukan...harap2 dorang akan berbaik2 semula la kan...

macam pompuan le ko ni...

Aku memang fedap betul le kalau orang asik nak paksa paksa ni... tak berubah ubah pangai dari dulu... suka sangat paksa paksa orang... kan aku dah cakap aku ni

Tuesday, December 7, 2010

alasan jadi peragut......

KULIM - Seorang anggota polis dari Balai Polis Kulim berjaya menahan seorang remaja berusia 19 tahun yang terlibat dalam jenayah ragut kira-kira jam 9 pagi di sekitar Pasar Kulim semalam.

Suspek yang berlegar di sekitar kawasan itu tidak menyedari anggota polis sedang memerhatikan gerak-gerinya sehingga memintas dia di tepi jalan sebelum ditangkap.

Monday, December 6, 2010

Doa akhir dan awal tahun

Salam Maal Hijrah 1432H... untuk download doa akhir dan awal tahun...klik sini mediafire

kredit to surau.townplan.gov.my

kegiatan pelacuran di kalangan mahasiswa

ingat malas nak update tapi bila baca ni rasa macam ....kesian pulak...kawin jela...tapi biasa yg cenggini sbb nak hidup mewah...mula2 maybe nak biayai yuran dan pelbagai2 lagi...lama2 dah syok pulak...

agak2 sebab syok ke terpaksa? bole ke guna ayat terpaksa ni...ishhh...ni semua dosa tau... ingat2la sikit ye...jangan nak fikir seronok je...banyak cara bole nak seronok beronok ni...kalau sampai dah terpaksa buat gini semata2 nak enjoy2...

tapikan...aku penah baca...dia kata...dr bagi free...baik kenakan charge... perghhh... hebat betul prinsip yang cenggitu ek...

harap2 kita semua dijauhkan la eh dgn pangai2 cenggini...

berita kosmo

Perkahwinan Budak-budak

baca the star hari ni tentang child marriage... aku baca tajuk je...tu je aku faham...haha tapi aku teringat le kat berita ada keluar pasal kahwin ramai2 tu and pengantin termuda baru berusia 14 tahun...suami dia 23 tahun...cikgu... teringat aku dengan kes kat kelantan tu...bapa dia kahwinkan anak dia yang baru 12 tahun kalau tak salah....kalau

Sunday, December 5, 2010

berblog cara baru

mungkin korang masih lagi berada ditakuk lama kalau tak ikut cara cenggini... ini cara yang latest punya...memang debom cara gini...

Saturday, December 4, 2010

Buffered earning...BE.. amende tuu

BE? ada yang tau...ada yang tak tau...ada yang dapat... ada tak dapat...camana nak dapat kalau tak tau...camana nak tau kalau tak dapat? pening kan... jangan pening2 kepala... meh abang mario bagitau...ekeke tapi apa yang aku bagitau ni tak semestinya betul...aku pun bukan tau sangat... tapi sbb nak berlagak konon2 tau...aku buat le entry ni...wakaka first sekali...apa tu BE?bagi aku...BE ni..

tips untuk main saham bskl

aku ada beli saham...mahal jugaklah saham tu...masalahnya...saham tu dah makin jatuh... korang doakanlah saham aku beli tu naik balik...ni semua pasal korea nak perang2 lah ni...ciss betul lah...baru nak kaya sikit...
so...apa tips nak main saham ni...lu fikirlah sendiri ye...

errr...list bawah ni untuk peringatan aku je ni...hehe


minyak RON95 naik 5 sen

tapi dia tak cakap naik...dia cakap kurangkan subsidi jerrrr.... sib baik petang tadi dah isi penuh...untung sejap...ekeke lepas ni kena cakap...kurangkan harga...kurangkan subsidi tu bersamaan dengan naikkan harga...tapi naikkan harga macam tak sedap pulak kan...haha

KUALA LUMPUR 3 Dis. — Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula berkuatkuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Pengumuman tentang rationalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula. — Bernama

Friday, December 3, 2010

video kebakaran besar di israel

JPJ tak cadang beri diskaun saman pesalah trafik

maknanya saman by PDRM je yang dapat diskaun...kalau JPJ yang saman korang... no diskaun...fixed price...ekeke

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak bercadang mengikut langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi diskaun saman terhadap pesalah trafik buat masa ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata untuk tempoh sekarang saman yang dikeluarkan JPJ kepada pesalah trafiknya adalah kekal pada kadar sedia ada.

Janji anggota Search, Wings

BERITA kemunculan semula dua gergasi rock, Search dan Wings yang akan menggegarkan dua lokasi pada 18 dan 25 Disember ini pasti menggembirakan ramai peminat mereka.

Menerusi persembahan yang dikenali DiGi Live! Konsert Gemuruh DT Search dan Wings, mereka akan beraksi di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang diikuti Surf Sunway Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor.


Persembahan yang dianggap penutup tirai 2010 ini menyaksikan kerjasama antara penganjur eksklusif, RYE Productions Sdn Bhd bersama rakan penaja, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) manakala Harian Metro adalah akhbar rasmi.

check saman

sementara ada diskaun ni...meh kita cek saman...kalau2 ada...cara nak cek senang je...

secara sms

POLIS SAMAN (no plate) OR POLIS SAMAN (no ic) dan hantar ke 32728

untuk dptkan semua saman:
POLIS SAMAN (no plate) SEMUA OR POLIS SAMAN (no ic) SEMUA dan hantar ke 32728

bayaran: sekali hantar rasanya 15sen...dan setiap sms yang diterima...50sen

kalau nak cek online :

* JPJ Website
* MyEG
* Rilek.com.my

untuk yang websites ni...bole cek tapi kena register dulu


kalau nak bayar secara online :

* MyEG
* Rilek.com.my

errr...aku takutle nak cek...ekeke

Thursday, December 2, 2010

aku tak berani bukan bermaksud aku penakut...

tak berani bukan bermaksud penakut...bole pakai ayat ni untuk aku...yep... aku rasa memang bole pakai...dah banyak kali aku usha2...ntahlah...belum berani lagi...errr... tapi aku bukan penakut le...aku nak... tapi...

Wednesday, December 1, 2010

team paling teruk di Britain?

Team bolasepak paling banyak lepaskan goal...paling teruklah maksudnya tu...ada banyak kosong lagi tu kalau ada sapa2 nak cuba nasib main kat oversea...nilah teamnya..janji main kat UK ok...ekeke


The worst football team in Britain?




It can't be a heartening experience for any football team, picking the ball out of the back of your net once every 4.36 minutes. But on average, since the start of the season, that's what the first team of Madron FC, near Penzance, have had to do. After losing their opening matches in the first division of Cornwall's Mining League by the relatively modest margins of 11-0, 4-1 and 16-0, they slumped to 27-0 and 27-1 defeats before succumbing, two sorry Saturdays ago, to a monumental 55-0 thrashing.

modem kena sambar petir

modem aku problem...ini pakai BB celcom...faham2 jela kalau pakai BB ni...kadang2 laju...kadang2 macam @#$##$%# so...nanti aku stopkan line tenet aku sekarang...sehingga aku apply lain punya...mungkin aku jarang dah beronline...selamat sejahtera untuk korang semua ye...dan good luck untuk semua yang sedang berpeperiksaan...

BB ni pinjam punya...hehe

p/s: lain kali kalau hujan...offkan modem dan cabut line tipon connect to modem tu...ingat ye mario...haha

FW: Hari Kehancuran..


kongsi email lagi dengan korang...tenet aku problem...kene cepat2 ni...
errr...kalau ada makumat yang kurang tepat...korang betul kan eh...