Our social:

Latest Post

Thursday, September 30, 2010

tukang tidur ....




sebelum ni awak keje apa?tukang tido encik...jawab X tanpa ragu ragu...camana keje awak tu? ooo...susah cik...saya datang keje, punch...pastu masuk keje je kena terus ke bilik supervisor...dengar taklimat pastu terus bukak...

Badak air berwarna merah jambu



Badak ni pemalu tau...jangan kacau dia ok...tapikan...ini badak jantan tau...ceh...jantan pinky ...hehe kiut jgk kan...kalau lelaki pakai pink...kiut tak?haha


Peperiksaan SPM 2010 bermula 23 November

perhatian kepada budak2 SPM...korang ada tambahan satu hari lagi untuk study...ekeke good luck ye semua

untuk download jadual peperiksaan SPM 2010 kat sini


KUALA LUMPUR: Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diadakan mulai 23 November ini dan bukannya pada 22 November sebagaimana yang diumum sebelum ini, berikutan cuti umum di Johor.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah memaklumkan mengenai tarikh baru peperiksaan SPM itu kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui surat siaran bertarikh 7 Mei lalu.

Wednesday, September 29, 2010

Harapan Kedua Si Terlanjur

MEREKA melangkah masuk ke Sekolah Harapan adalah dengan kerelaan hati, tetapi hakikatnya mereka tidak pernah rela untuk hamil sebelum bernikah apatah lagi dalam usia yang masih mentah.

Tidak seperti perahu terlajak yang dapat diundur kembali, kumpulan lima pelajar pusat perlindungan itu yang pernah terlanjur bersyukur kerana pusat perlindungan ini menyambut baik kehadiran mereka walau hanya untuk tempoh tertentu sahaja.selanjutnya

-------------------------------------------------------------
beri mereka peluang...semua orang berhak untuk bertaubat...janganlah kita mudah nak buat judgement sendiri...cuma nak tau jugak...apa jadi ngan dak2 laki yg membuatkan mereka jadi begitu?terlepas camtu je ke?kalau tak salah aku hari tu...dorang cakap...untuk kes2 dorang ni...hukuman akan dikenakan jgk...tu dibawah undang2 syariah...sama2 kita tengok...jangan nanti ada yg amik kesempatan...bila pregnant masuk sini...makan tanggung lepas tu belah camtu je ...itu yg sebenarnya orang takut...kan


anak sosilawati beri penjelasan

Erni Dekritawati beri penjelasan mengapa tak pernah dilihat bersedih

pandai2 je korang cakap anak dia tak sedih...tak baiklah weh...dengar sendiri penjelasan dia...ok...

i support u...semoga beliau dan keluarga terus tabah...

the arrivals versi bahasa malaysia




bole tgk secara online di http://www.thearrivals.blogspot.com/ mesti ramai dah tgk kan...yang versi bahasa malaysia...or lbh tepat lagi yang ada subtitle melayu...kalau ada permintaan baru aku bagi...kang penat2 aku upload...takde org nak tgk...

Tuesday, September 28, 2010

Joebangla

alamat baru joebangla...http://kisahseorangbanduan.blogspot.com/

Selamat pulang joebangla... hehe mungkin ada yang kenal dia...mungkin jugak ada yang tak kenal,,,,tapi kalau korang nak tau...dialah...

SKMM diarah siasat video klip paderi hina Islam serta merta - Rais

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.
Rais berkata beliau sudah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi itu dalam klip video itu.selanjutnya

apa niii????harap2 siasatan akan dicepatkan...tindakan dapat dibuat dengan tegas!!

Jual klip video lucah remaja

BUTTERWORTH - Asalkan membawa keuntungan, peniaga kedai menjual telefon bimbit dan kad prabayar kini menukar strategi dengan menjadikan klip video lucah sebagai 'umpan' untuk menarik pelanggan.

Taktik terbaru paling berkesan itu menawarkan perkhidmatan muat turun klip video lucah untuk dipilih yang kebanyakkannya memaparkan aksi panas remaja tempatan dengan bayaran hanya RM10 sahaja. selanjutnya

Ingatkan dah takde lagi...rupanya masih ada...adoi...tak serik2 ke remaja 3gp ni...kan benda ni dah banyak didedahkan...takan tak serik kot...ke yang ini yang lama2 punya.... ntahla..

Obsesi kopi

Isteri Baharudin, Maimon Mijan, 56, selaku pengurus DinKopi Sdn. Bhd. memberitahu, suaminya paling gemar minum kopi ketika cuaca sejuk terutamanya pada waktu pagi dan malam.

Menurutnya, jika suaminya tidak minum secawan kopi sebelum bekerja, dia akan berasa lemah dan tidak bersemangat.petikan dari rencana ni

memang ada orang yg dah sampai ketahap gila eh ketagih kopi ni ek...aku sebenarnya pelik gak...sedap sgt ke weh kopi ni...aku kadang2 minum gak tapi takdele sampai ketagih...aku ketagih air suam je...jarang kita dengar org ketagih minuman selain dari kopi ni ek... tak pelik ke weh...

award dr Mr Shareh



dapat award dr mr shareh...dari sebelum puasa...la ni baru nak buat sampai dah merajuk dah dia...ekeke sorry ye mister...aku bizilah...ada update pun byk yg kopi pes...yg ni pun terpaksa aku kopi pes ko punya...hak hak nnt simpan lama2 rasa bersalah pulak...
cam biasa kena jawab soklan...haha


Siti Kelembai online youtube

saksikan disini

Monday, September 27, 2010

Kes Tanah Sosilawati Antara 290 Kes Penipuan Disiasat JSJK Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Kes penjualan dan pembelian tanah di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang dikendalikan peguam yang disyaki suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ialah antara 290 kes membabitkan peguam yang dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.
selanjutnya kat sini

ruap2nya ramai gak peguam yang menipu ni ek...dulu2 bukan kerjaya peguam ni dihormati ke?dulu2 bakal2 mak mertua sure bangga kalau org tanya... menantu awak keje apa? alaa...lawyer...perghhh... bangga tu...sekarang sure dah takut2 nak ngaku...wakaka

Guru utamakan anak sendiri

camtulah...tak kiralah sapa...asal ada peluang tuk diri sendiri...memanglah akan amik kesempatan...benda2 free gitu...ada kawan aku pun dapat,,,,kalau ikut garis panduan ni...mmg tak patut tapi dia kata...sebab anak dia pandai so layak le dapat... baru aku tau garis panduan yang diberi ni... ntahlah...bagi aku kalau diberi pada budak2 yg terlebih layak ni...dorang nanti akan main game jela...apa lagi kan...yang untung besar sebenarnya...supplier lappy tu...sapalah agaknya ek...ngeeee

MIRI - Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum mendedahkan ada segelintir guru di Sarawak yang mengutamakan anak sendiri untuk mendapatkan komputer riba percuma di bawah Program Komputer 1Malaysia.


Skizofrenia: Membantu Yang Kurang Siuman

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia masih bingung dengan siri pembunuhan mengejutkan dan tahun 2010 mungkin menyerlah sebagai tahun yang banyak menyaksikan pembunuhan gerun yang dilakukan oleh mereka yang siuman dan yang kurang siuman.

Sementara perhatian seluruh negara kini bertumpu kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dengan jenayah itu dirancang, jika

Sunday, September 26, 2010

Sukarnya lupakan bekas kekasih

SAYA remaja 21 tahun dan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Saya baru putus cinta beberapa bulan lalu selepas mengharunginya selama empat tahun. Masalahnya, saya sukar melupakan bekas kekasih kerana kami putus atas kehendaknya tanpa sebarang alasan.


Fikiran saya bercelaru memikirkan hal ini namun setakat ini pelajaran tidak terjejas teruk. Hanya Tuhan saja tahu betapa hancurnya hati saya apabila kata putus hanya dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Chelsea malu besar

Kan aku dah kata....lawan team cap ayam...boleh dia belasah...macam tu jugak dengan Arsenal...puas hati aku...dua dua kalah...liverpool...tak kalah...wakaka

R. Kannan Presiden Baru Makkal Sakti

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bekas setiausaha agung Makkal Sakti Kannan Ramasamy menang tanpa bertanding sebagai presiden baru parti itu pada mesyuarat agung luar biasa dan tahunannya di sini.selanjutnya disini

============================================================

agak2 ada tak keyword panas ni akan menjana trffic aku...keh3

Friday, September 24, 2010

jejak ku bukan jejak mu

aku mmg tak tinggalkan jejak kat shoutbox sebab aku mmg takde masa nak bw tapi kalau korang singgh sini...tinggalkan jejak sbb nanti klu aku ada masa...aku mesti dtg kat korang buat keje...hehe

Thursday, September 23, 2010

kenapa bercinta kalau takut kecewa...

semua orang nak bercinta...nak rasa disyangi...nak menyayangi...nak merindui...nak dirindui...nak membelai...dibelai...hushhh...walaupun

Wednesday, September 22, 2010

jom masak...

Aku tak sangka betul la...entry tips memasak aku mendapat page views antara tertinggi...aku malas nak prtsc....nanti aku tunjuk kat korang...kalau korang suka...nanti aku buat lagi ok

Tuesday, September 21, 2010

kawan....

tunggu entry kawan....cerita lama versi citer kat pangkin...sementara tu hayati lirik dan youtube lagu ruhil ni versi karaoke... citer agak sedih so amik masa nak amik mood sedih...huhu

Monday, September 20, 2010

Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapan esok



errr...aku tak tau nak cakap apa cuma harap budak2 tu akan bertaubat klu terlanjur...klu budak2 tu dihukum...harapnya lelaki durjana pun turut dihukum...

JASIN, 19 Sept — Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.

Sunday, September 19, 2010

teori aku jgk yang betul bhgn 1

Masa raya hari tu memang meriah kan kita berkonvoi sesama adik beradik...pegi rumah kerumah saudara mara...

alasan utama?

Ujian Aptitud UPSR

Macam macam ujian budak2 sekarang kena hadapi.Sebaik selepas ujian UPSR yang akan bermula Selasa ini, mereka akan diuji dengan Ujian Aptitud iaitu pada hari Khamis. Ramai yang tak tau apa ujian ni...lepas godek2, baru tau... so aku nak kongsi2 apa sebenarnya ujian aptitud ni...tapi dlm bentuk powerpoint, sapa nak tau, bole tekan bawah ni untuk download.

facebook Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar

perghhh... Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dah ada facebook... so...kepada yang ada sebarang maklumat bole salur ke facebook datuk...jgn nak merapu meraban kat blog...hehe sumber sinar

ps: n3 pjg mggu depan yer...minggu ni kita buat kontot2 je...haha

Saturday, September 18, 2010

Chef Wan menimang cucu

tu pun nak cerita...wakaka

Friday, September 17, 2010

Pendapatan lumayan dengan Nuffnang

Aku baru baca cerita ni...wow...hebat...patutlah semua rebut rebut ek...bukan senang nak buat rupanya...makan tahun jgk tapi ada gak yang dah berjaya dalam masa sethn dua...tapi kenapa aku tak kenal ek..ooo..sebab aku tak rajin nak jalan2 ...haha kalau ada yang belum baca...sila baca disini

Thursday, September 16, 2010

Marion kecewa disindir & hutang hantaran...

belum apa apa dah gaduh?ekeke pelik betul dorang ni ek...lps ni gaduh nak rebut harta pulak ke?
satu lagi...artis yg dok ungkit2 hutang hantaran...apa lagi ko nak...ko nak ex hubby ko duk terbaring je sampai tak bole nak bayar nafkah anak ko...baru puas hati?apsal baru skrg nak ungkit...?yang laki ko...bayar le hutang...tapi terer jgk ko ek...kawin bole hutang duit hantaran...

kalau korang nak tau ...pasal ni lah aku tolak...

Wednesday, September 15, 2010

rasa nak bagi pelempang

ishhh...geram sangat ni...rasa nak bagi pelempang...penerajang je ni...kenapa? ... kenapa,,,,

ko pecahkan rahsia aku...siap!!

teringat masa aku kecik kecik dulu, bila gaduh ngan abang aku...mesti cepat cepat dia nak ngadu ngan mak aku...cepat2 aku ckp...kau kasi tau mak...siap... rahsia ko pun pecah...haha masing2 ada rahsia sendiri...masing2 ada senjata... sampai...

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.

Monday, September 13, 2010

Kes Sosilawati: peguam disyaki ada kes lain?

Kes Sosilawati: Mangsa mungkin selamat jika empat aduan awal diselesai?
KUALA LUMPUR, 13 Sept - Beberapa pihak mempersoalkan apakah kemungkinan nyawa jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dapat diselamatkan jika polis telah menyelesaikan empat aduan termasuk membabitkan seorang ahli perniagaan dari India yang didakwa hilang sebelum ini.

“Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Kes Sosilawati: Suspek dibawa ke lokasi dibunuh, polis temui jam

BANTING, 13 Sept — Pasukan penyelam Polis Marin hari ini meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut di sini.

Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

Kes Sosilawati: Murugiah duduk sebelah suspek dua hari sebelum ditangkap

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah yang turut mengunjungi keluarga jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pihak polis atas kejayaan menahan suspek kes itu.

“Kita minta polis siasat dengan terperinci kejadian ini dan jangan bagi satu peluang pun untuk penjenayah terlepas di mahkamah nanti. Kezaliman dan kekejaman seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Operasi Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati Diteruskan

BANTING, 13 Sept (Bernama) -- Pasukan penyelam Polis Marin Isnin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di sini.

Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

datuk k. patmanaban peguam disyaki dalam pembunuhan sosilawati

datuk k. PATHMANABHAN peguam disyaki dalam pembunuhan sosilawati pernah dikenakan tindakan displin oleh majlis peguam bersama-sama dengan...

pembunuhan Sosilawati: Peguam ada harta luar biasa

perghhh...gambar muka dan nama dah direveal oleh Kosmo online.Memang betul le gambar yang aku bagi kat entry sebelum ni. Siap ada link facebook Datuk K. Patmanaban.Aku takde facebook so tak boleh la nak tengok2...tapi nak tengok pun buat ape ek...buat hati jadi panas je...harap2 pihak polis akan siasat kes ni dengan setelus2nya.



BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Gambar datuk yang disyaki terlibat dalam kes bunuh datuk sosilawati

aku tak berani nak letak sebab tak pasti kesahihan...tapi korang tengok kat sini....kalau salah...korang tanya sendiri kat budak2 yang letak yer...abang mario tak jamin...

paderi yang hendak bakar Al-quran tu sakit otak



BERLIN - Anak perempuan kepada paderi kontroversi Amerika Syarikat (AS), Terry Jones (gambar kecil) iaitu Emma mendakwa bapanya itu sudah hilang siuman selepas disingkirkan oleh kumpulan gerejanya sendiri di Jerman.

Keadaan tersebut menyebabkan bapanya yang berusia 58 tahun itu terpaksa berhijrah ke Florida dan mewujudkan kumpulan ajaran pelampau Kristian, Dove World Outreach Center di Gainessville yang berfahaman keras anti-Islam.

Sunday, September 12, 2010

Jutawan Sosilawati, tiga lagi dipukul hingga mati dan dibakar


Anggota Jabatan Forensik melakukan siasatan pada bahan bukti kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut, Banting hari ini. — Foto Bernama
BANTING, 12 Sept — Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.


Konflik Perniagaan Motif Pembunuhan Sosilawati

KUALA LANGAT: Konflik perniagaan dipercayai menjadi motif kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu yang kemudiannya ditemui mati dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum abu mereka dibuang di sebatang sungai berhampiran lokasi kejadian.

video Lokasi kejadian bunuh/bakar Datuk Sosilawati Lawiya

video Lokasi kejadian bunuh/bakar Datuk Sosilawati Lawiya youtube

Penyelam Polis Marin Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati

BANTING, 12 Sept (Bernama) -- Pasukan penyelam Polis Marin pada Ahad menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain.

Tinjauan Bernama berhampiran sungai itu yang terletak di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat mendapati pasukan polis memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman.

Pembunuhan Sosilawati: Peguam bergelar Datuk, adik dan enam pekerja ditahan

terkini : BANTING: Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September membabitkan lima orang.


Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

isu semasa:anak sulung datuk sosilawati redha

Tengok berita terkini sebentar tadi, anak sulung Datuk sosilawati redha jika benar ibu nya telah tiada dan akan mengadakan solat ghaib. Benda ni belum konfirm so dia tak bole komen lebih2 so janganlah kita buat spekulasi eh...tunggu dulu laporan dari pihak forensik polis.

BPL : keputusan terbaru perlawanan malam tadi

ni result game malam tadi...yang penting...MU tak menang...hahaha

isu: video asap tebal di jambatan Pulau Pinang youtube

Kebakaran kabel elektrik punca kesesakan teruk di atas Jambatan Pulau Pinang..ni haa video youtube dia... ada pelbagai bagai versi...

isu semasa : Nasib Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya

banyak soalan sebenarnya kalau baca kosmo ni...kenapa ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang ? susah ke nak dapat bukti orang yg jahat ni ek...ke memang dia tak bersalah...ntahlah...

nafikan terlibat...dah bole lepas?sumber sapa kosmo ni?nafikan je?lepas?yo yo oo je kosmo ni tau...

dah lah...pening aku...aku cuma harap...benda ni tak betul...kalau betul...takziah untuk keluarga mangsa...semoga roh2 mereka semua ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman....Al-Fatihah


kata Kosmo online...KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Saturday, September 11, 2010

Wanita kelahiran Malaysia dilantik Menteri Kewangan Australia

MELBOURNE: Senator kelahiran Malaysia, Penny Wong dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kerajaan baru Australia pimpinan Julia Gillard.


Sekalipun seorang menteri yang berkerja keras, pelantikan Wong yang sebelum ini menjaga portfolio perubahan iklim dilihat sebagai memeranjatkan ketika Gillard mengumumkan barisan Kabinet barunya pada Sabtu.

Friday, September 10, 2010

jadual hari raya

bangun kul 6...termenung...mandi...solat...salam salam ngan family...pergi kerja...sampai tempat kerja...salam salam...lepas tu...

Thursday, September 9, 2010

Ucapan Maaf Zahir Dan Batin ...

Selamat HariRaya aku ucapkan pada semua kawan2 yer...walau tak pernah berjumpa...tak semestinya tak de dosa kan...kadang2 bila spam chatbox orang...spam komen n3 orang...tak perasan kita dah melukakan hati owner blog or org2 lain yang membaca komen ntah hape2 aku tu...kadang2 tulis n3 yang ngarut2...secara tak sengaja...ada yang terasa...

Wednesday, September 8, 2010

Pengumuman Hari Raya Puasa / Aidilfitri 2010 / 1431H youtube

terbukti raya hari Khamis hanyalah angan2 yang nak raya cepat...hehe

Takut setiap kali nak raya

Biasa kita mesti nak cerita seronok sambut raya...maklumlah selepas sebulan kita berpuasa...hari untuk meraikan kemenangan dah tiba...masa raya juga semua adik beradik akan berkumpul...setelah lama terpisah sebab belajar,kahwin atau bekerja ditempat lain...seronok je kan..tapi tak permah orang nak bincang2 ada orang yang takut setiap kali nak sambut raya...terutama sekali bila...

Kucing kena potong kaki

lagi satu aku nak kongsi...mungkin kita bole pelajari sesuatu dari sini.. terharu...sedih...ntahla..macam2 rasa ada...

Hanya 46 premis saji bufet Ramadan patuh piawaian halal Jakim

UALA LUMPUR: Hanya 22 hotel dan 24 restoran daripada 96 premis yang diperiksa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi sajian bufet Ramadan didapati mematuhi piawaian Pensijilan Halal Malaysia.
Selebihnya iaitu 33 hotel dan 17 restoran tidak mematuhi piawaian itu kerana didapati menggunakan bahan yang diragui halal sekaligus menyalahgunakan status halal, kata Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Bilangan laman web digodam meningkat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan peningkatan ketara dalam jumlah laman web dalam negara yang digodam bulan ini, dan sedang bekerjasama dengan pemilik-pemilik laman web berkenaan untuk memulihkannya.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Zeti Marziana Muhamed berkata, bilangan laman web yang digodam meningkat kepada 262 kes minggu pertama bulan ini berbanding 168 kes bulan lalu. "SKMM ingin mengingatkan semua pemilik laman web untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan pada laman web itu.

Ops Sikap ke-22 ; 19 terkorban pada hari kelima

KUALA LUMPUR - Sebanyak 19 kes kematian akibat kemalangan jalan raya dicatat pada hari kelima Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan bilangan yang terbunuh sejak operasi itu bermula Jumaat lepas kini berjumlah 67 orang.

sedihlah...takan bapak nak mintak maaf pulak

raya dah dekat...patut anak2 le mintak maaf...takan bapak pulak nak mintak maaf...apa la nak jadi dgn budak2 sekarang...sedih aku bila...

Tuesday, September 7, 2010

tips; masa betul minum air

ini aku amik kat email...layan jela eh...hari ni layan n3 senang2...kopi pes nye n3...haha kang kul 12 baru start blk n3 aku...huhu

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

gadis German peluk Islam

ada budak kita siap maki2 lagi orang yg berpuasa...korang tengok ni...wow!!! korang jgn risau...dia tak cakap german...dia ckp melayu...

Mek Wook, suami berpakaian raya sedondon

KUALA TERENGGANU - Mohd. Nor Musa, suami kepada seorang warga emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundur, diberi pelepasan dua minggu oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Besut untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya itu di rumah mereka di Kuala Berang di sini.

tonton lestari : asmara online youtube

kini dah bole tonton asmara secara online...kat sini aku tak tengok cerita ni ...ada satu je ke?

Sorry...kene daftar ngan Tonton baru bole tgk...

Remaja lesbian benci lelaki

SAYA remaja berusia 19 tahun dan mempunyai seorang kekasih perempuan sebaya. Kami bercinta kerana masing-masing sering mengambil berat hingga tercetus perasaan sayang

kereta datuk Sosilawati dah jumpa


ANGGOTA polis membuat pemeriksaan ke atas kereta Sosilawati yang ditemui di Subang Jaya malam tadi


SUBANG JAYA - Tanda tanya mengenai kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakan semakin terurai misterinya apabila polis menemui dua buah kereta milik mereka yang menjadi petunjuk baru dalam siasatan pihak berkuasa itu.

Monday, September 6, 2010

subliminal messages

Ini adalah salah satu sebab kenapa tv3 tarik balik iklan raya di tv dan juga di youtube.... aikkk...kat youtube pun dah kena delete...masih ramai yang tak sempat nak tgk kan...

gempar!!! penyamar Mario pulak

perghhh...semakin pelik aku dgn dunia blog kat negara kita...selepas digemparkan dgn penyamar aie ...kini aku pulak yang menjadi mangsa....tak sangka betul...berita gempar ini yang telah disampaikan oleh...

iklan raya petronas 2010 youtube

ni haa iklan raya petronas terbaru... ntahlah...nak kata kelakar pun tak jugak...layan jela...

iklan raya tv3 youtube

nilah dia iklan raya tv3 yang ditarik balik tu...

Ahmadinejad ulangi amaran akan musnahkan Israel

DOHA 6 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengulangi amarannya akan memusnahkan Israel sekiranya rejim Zionis Israel itu menyerang negaranya.

Beliau mengulangi amarannya ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini dalam rangka lawatannya ke negara ini.

jual diri di facebook

apa nak jadi ni?guna facebook untuk jual diri...saksikan pengakuan di youtube harian metro ni weh...apa pendapat korang...

Guna Facebook untuk jual diri di bulan Ramadan

Sunday, September 5, 2010

jap eh...

jap eh...perkataan paling popular bila kita disuruh buat kerja...tak penah kita kata...siap!!! eh...takan dah siap pulak ek kalu ...

Saturday, September 4, 2010

nak beli tanduk ketiga?

Friday, September 3, 2010

kenapa budak2 tak bole go online

tengok ni...bahaya kan... so...berhati hati yer...kena perati2 selalu..

KENAPA LELAKI SUSAH UCAP KATA SAYANG?

Semua orang tahu benda ni...tak payah ulas la kan...lelaki memang camtu...dah tak heran dah so aku bukan nak cakap pasal benda tu...tapikan kenapa perempuan senang sangat nak ucap...

termenung ada style



pic credit to sweet ladybird
thanks lady...lawa tempat tu...ada tak yg kosong...takde org...hehe sorrry ...demand lebih...ekeke


Agak agak korang kat mana yang dikatakan termenung ada style...kalau tanya aku mestilah kat pangkin tepi sawah bawah pokok kelapa rendang....perghhh...ada radio pakai bateri pastu ada gitar kapok kat sebelah...lepas tu...

Gereja gay pertama

KUALA LUMPUR - Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.

Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.

Tol percuma dan diskaun sehingga 40 peratus sempena Aidilfitri


2010/09/02
KUALA LUMPUR: Dua puluh empat syarikat konsesi lebuh raya memberikan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri ini manakala syarikat konsesi Kumpulan MTD "menghadiahkan" laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma pada 7, 8, 15 dan 16 Septmber depan mulai 9 malam hingga 6 pagi kepada semua jenis kenderaan.

Thursday, September 2, 2010

the master of header

ucapan terima kasih untuk the master of header...wachak... untuk header yg mendapat pujian ramai...hehe

Wednesday, September 1, 2010

soalan trial UPSR DARI PANTAI TIMUR

SAPA2 BOLE TAK TOLONG AKU DPTKAN SOALAN trial UPSR DR NG T'NU DAN KELANTAN...

Astro Ria Cinta Kirana youtube episode 15 & 16 edited

Astro Ria Cinta Kirana youtube episode 15 sudah ada weh...jum jum tgk kat sini...

LESTARY - ASMARA TV3

DOWNLOAD OST Asmara Slot Lestary Tv3 - Menyesal 6ixth Sense

Terbaru di slot Lestary, TV3 bakal menayangkan sebuah siri drama yang menarik “ASMARA” lakonan Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi mulai 31 Ogos 2010, setiap Selasa jam 9.00malam.

Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem. ASMARA mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.

Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini