Our social:

Saturday, December 4, 2010

minyak RON95 naik 5 sen

tapi dia tak cakap naik...dia cakap kurangkan subsidi jerrrr.... sib baik petang tadi dah isi penuh...untung sejap...ekeke lepas ni kena cakap...kurangkan harga...kurangkan subsidi tu bersamaan dengan naikkan harga...tapi naikkan harga macam tak sedap pulak kan...haha

KUALA LUMPUR 3 Dis. — Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula berkuatkuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Pengumuman tentang rationalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula. — Bernama

3 comments :

  1. oyoyooo....naik g ke??? ingt RON95 xnaikk...ummm nasib la.pasni semua harga brg naik lg

    ReplyDelete
  2. ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut buleh jelir jer ....



    angguk-angguk, geleng-geleng jer ler ... kui33

    ReplyDelete
  3. perghhh main saham tuhhhh hehehehe

    ReplyDelete

komeng