Our social:

Tuesday, December 7, 2010

alasan jadi peragut......

KULIM - Seorang anggota polis dari Balai Polis Kulim berjaya menahan seorang remaja berusia 19 tahun yang terlibat dalam jenayah ragut kira-kira jam 9 pagi di sekitar Pasar Kulim semalam.

Suspek yang berlegar di sekitar kawasan itu tidak menyedari anggota polis sedang memerhatikan gerak-gerinya sehingga memintas dia di tepi jalan sebelum ditangkap.

Suspek yang pada mulanya cuba melawan berjaya dikawal dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Penahanan suspek berdasarkan nombor pendaftaran motosikal Honda EX5 yang di tunggangnya.

Setelah pemeriksaan dibuat, suspek dibawa ke beberapa lokasi dipercayai tempat di mana dia membuang beg tangan yang di ragut antaranya di Taman Sri Pinang, Taman Putra termasuk rumahnya di Kulim.

Polis menemui satu dompet milik seorang wanita Melayu di rumah suspek dan dua dompet lagi di jumpai di kawasan perindustrian yang ditinggalkan di Taman Putra.

Polis menjalankan operasi mencari dompet yang dilaporkan hilang dengan bantuan ahli Pertubuhan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM).

Sehingga jam empat petang semalam, lebih lima dompet dan beberapa barangan kemas milik mangsa ragut berjaya ditemui semula dan polis meminta mangsa terlibat untuk membuat laporan polis.

Beberapa pemilik yang hadir ke balai polis membuat pengecaman terhadap barangan mereka dan mengesahkan pernah diragut sebelum ini.

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, kejadian ragut semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan ada antara individu atau kumpulan terlibat sanggup melakukan kekasaran sehingga mengakibatkan mangsa cedera.

Menurutnya sehingga kini terdapat dua suspek ragut yang masih aktif menjalankan perlakuan jenayah itu di sekitar Kulim di mana mereka menunggang motosikal Yamaha RXZ dan Yamaha LC 135.

“Sehingga hari ini PPKM sedang mengesan dua peragut ini dengan bantuan polis. Mereka masih aktif menjalankan kegiatan di sekitar Kulim. Mengenai tangkapan yang dibuat terhadap remaja berusia 19 semalam merupakan satu kejayaan kerana polis berjaya menyelesaikan beberapa kes ragut yang dilaporkan berlaku sebelum ini.

"Saya meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai perlakuan ragut kepada PPKM dan polis supaya tindakan segera dapat diambil. Selain itu mangsa terlibat jangan mudah panik sebalik cuba mengecam jenis motosikal, warna dan nombor pendaftaran peragut. Dengan cara ini tangkapan lebih mudah dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian sempat mengajukan soalan kepada remaja berkenaan yang ditangkap polis kerana melakukan perbuatan ragut, mengapa dia tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu dan suspek berkata, dia merupakan seorang pelajar di sebuah kolej dan tujuan dia melakukan jenayah ragut adalah untuk membayar yuran pembelajarannya.

Menurutnya, sebelum ini dia telah pergi ke beberapa pejabat ahli parti politik untuk meminta bantuan, tetapi dihalau dan dianggap menyusahkan mereka.

Katanya, dia datang dari sebuah keluarga bermasalah dan tidak ada jalan lain untuknya mendapatkan bantuan kewangan selain melakukan ragut.

“Saya telah cuba meminta bantuan dari pejabat ahli parti politik untuk membantu saya mendapatkan RM250 bagi membolehkan saya membayar yuran pembelajaran tetapi dihalau. Mereka juga menyatakan pelajar seperti saya ini hanya menyusahkan mereka sahaja.

"Saya mahu belajar dan tidak ada sumber lain melainkan terpaksa melakukan jenayah ragut untuk membolehkan saya membayar yuran pembelajaran saya di kolej,” katanya. -SH

=========================================================================

camana tuuu...yg pompuan jual diri...laki jadi peragut....pening tak?

23 comments :

  1. Kalau sampai org cedera yg mmg sial abis tu.nk dapatkan 5ringgit je,nyawa org melayang.

    Please laa kerajaan...tolonglaa ambik perhatian masalah yg serius camni.jgn asik fikir alasan & benda2 bodoh yg menguntungkan perut boroi sndiri aje..

    ReplyDelete
  2. hurm...betul tu....jalan mudah yg menyusahkan dri dan org lain...

    ReplyDelete
  3. x berkat pun..tp ntah la x tau dorang pk mcm mana haihh

    ReplyDelete
  4. kalau benar, pihak berwajib perlu turun ke bawah melihat. berdosalah mereka dan kita juga...

    ReplyDelete
  5. Cam pelik pun ada....
    Ramai antara kita yg desperate takde duit...

    Yg berduit plk anggap mereka ni menyusahkan...

    Fikir dulu sblm pangkah.

    ReplyDelete
  6. sian...terdesak nak meneruskan kehidupan...kalau tak mampu nak belajar...carik keje dulu...kumpul duit then buat PJJ...macam aku...hehehehe...^^'

    ReplyDelete
  7. Allah itu Maha Adil..tidak dikurniakan senang bagi mereka yg menyusahkan...

    ReplyDelete
  8. Niat nk belajar tu dah betul tapi cara nk dapatkan duit tu salah. Dpd gi meragut baik tadah tangan dekat depan masjid pada hari jumaat. Lebih afdal.

    ReplyDelete
  9. @aNiS tHe BumbleBee

    tulaa...mmg geram dgn dak2 peragut ni kan...

    ReplyDelete
  10. @HonEyBuNNy

    ntah hape yg dorang fikir masa buat kije ni kan...bangga agaknya klu berjaya...

    ReplyDelete
  11. @grOundnUt

    wah...aku dulu ada gak cuba nak buat tp tak kuat semangat la...ekeke

    ReplyDelete
  12. @ctpayong

    betul tu...itupun kalau dorang nak fikir le...

    ReplyDelete
  13. Ape pun alasannye meragut tu tetap haram hasilnye..nak blajar guna duit haram..chaittt...

    ReplyDelete
  14. boleh percaya ke alasan tu.ragut smpi byk kali xcukup lagi ke rm250 nya.sib baik zaman aku jadi minah skuter takde kes ragut wpun mat rempit pnah kepung aku nak kacau2.

    ReplyDelete

komeng