Our social:

Thursday, November 4, 2010

Siapa yang ikut baca al-Quran?

puas aku cari dlm draft apa yg nak publish arini...last2 jumpa yang ini...citer dan lama tap rasanya sesuai untuk sepanjang zaman ...


NI cerita pengalaman seorang sahabat. Ia berlaku lama dahulu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di Selangor.

Setiap kali tiba Ramadan dan berkumpul untuk berbuka bersama, pasti cerita ini akan meniti di bibir rakan-rakan yang pernah tinggal sebilik dengannya.

Entahkan ujian atau
gurauan alam, dua kali Ramadan di kampus tersebut, dia mengalami perkara yang sama.

Sahabat ini, biar dinamakan Aida sahaja, memang gemar mengaji al-Quran. Ada waktu terluang, pasti kitab suci itu yang akan menjadi temannya.

Menjadi amalan rutin selepas bersolat tarawih di masjid berhampiran, Aida akan meluangkan masa kira-kira sejam untuk membaca al-Quran.

Suatu malam, seperti biasa, Aida duduk di satu sudut di dalam masjid.

Sudah bertahun, semenjak semester pertama lagi, tempat itu menjadi kegemarannya.

Jauh daripada laluan orang ramai dan agak sunyi untuknya menghayati ayat-ayat suci tersebut tanpa gangguan.

Setelah beberapa minit membaca, Aida perasan ada seseorang yang duduk di belakangnya.

Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama wanita berbaju putih itu duduk betul-betul di belakangnya.

Tanpa mempedulikan wanita yang memakai tudung seperti wanita Arab itu, Aida meneruskan bacaan.

Apa yang pasti, wanita itu hanya menunduk setiap kali Aida mengerling ke arahnya.

Cuma, cerita Aida, dia terasa pelik kerana wanita itu mengikut bacaannya dalam nada perlahan namun masih jelas di telinga Aida.

Dibiarkan saja wanita itu begitu. Lagipun, getus hati Aida, suaranya cukup merdu. Tapi apabila ada bacaan Aida yang tidak kena, wanita itu akan menegur.

Imbas Aida, wanita itu akan membaca semula ayat yang salah tadi dan membetulkannya tetapi dalam nada tegas.

Meskipun hairan, Aida mengikut sahaja bacaan seperti yang dibetulkan oleh wanita itu.

Aida sendiri langsung tidak terasa hendak menoleh ke belakang lagi.

Setelah hampir satu jam lebih dan bacaan juzuk itu berakhir, Aida menutup al-Quran dan berpaling untuk berterima kasih pada wanita itu.

Alangkah terkejutnya dia kerana tiada sesiapa pun di belakangnya. Apa yang tinggal hanya bauan wangi di tempat duduk wanita itu.

Setahun berlalu dan Ramadan kembali. Aida masih dengan rutinnya membaca al-Quran sementelah tahun tersebut, dia mengambil beberapa subjek berkaitan pengajian dan tafsir al-Quran.

Hinggalah satu malam, dia seolah-olah dikejutkan untuk bangun bersolat malam dan bertahajud.

Mula-mula Aida menganggap ada rakan sebilik yang menarik ibu jari kaki kanan atau berbisik di telinganya agar dia bangun pada pukul 3.30 pagi.

Anggapannya meleset kerana apabila ditanya, tiada seorang pun rakan yang mengaku mengejutkan Aida.

Sejak itu, dia merupakan orang yang paling awal bangun sama ada untuk bersahur atau solat Subuh.

Ujar Aida, mahu memikirkan hantu, ia hanya berlaku pada bulan Ramadan, yang lazimnya hantu, iblis dan syaitan didakwa dibelenggu pada bulan mulia itu.

Bagi menyedapkan hati, Aida menganggap wanita yang mengaji bersamanya itu adalah jin Islam yang sama-sama mahu menghayati kalam suci itu.

Kali terakhir penulis berjumpa Aida, dia masih ditemani wanita tersebut pada waktu tertentu sepanjang bulan Ramadan.

berita dipetik dari kosmo

===================================================================

bukanya semua orang terpilih...errr...dan bukan senang kan nak cari orang muda yang membaca al_quran sekarang ni...

peringatan untuk aku ni...

42 comments :

  1. Cite nie hampir sama dgn citer arwah datuk aku masa dia pegi solat kat masjid dulu... bezanya yg dia jumpa tu lelaki

    ReplyDelete
  2. @cik elina

    buat betul2 tau...ramai geng2 blogger bole sekadar sapot dari belakang...jgn gabra...releks2 je eh...tenangkan fikiran...lupakan semua masaelah...jgn kata tak sempat...jgn cuba menghafal... nnt lg jadi gabra...skrg ni..baca dan faham....insyaAllah...bila pekse seme akan datang...

    Good Luck!!

    ReplyDelete
  3. salam ziarah nice post bro rio...su singgah write kat sini

    ReplyDelete
  4. cam penah dgr ceta nih la... fuh..seram bulu roma nih...
    rio, nty aku terjah ko ag k.. aku nk berangkat da nih.. babai bro..
    salam jg diri,hiasi peribadi...

    ReplyDelete
  5. pernah baca kisah nie dulu... seram plak.. heee..


    semoga membaca al-quran dijadikan amalan harian... insyaAllah...

    ReplyDelete
  6. bila fikir2 balik pasal semua ni..
    rasa nak menangis..
    sedih dengan diri sendiri..

    zmn f4 f5, setiap hari, tepat jarum pnjg mengenai angka 12 menunjukkan pukul 4 pagi, pasti tjaga.. sehari tak qiam, pagi tu msti menangis rasa ruginya.. mengaji? rutin bermakna. tidur dgn tafsir setiap hari.. smpai mtrx msh mcm tu.. mbaca al-quran esp ramadan, seiap kali lepas solat. sekurang-kurangnya msti 5 helai, sama dengan 10 muka..

    msk mktb? mgkn lbh tdedah dgn byk hburan. mgkn smkn kenal dunia luar.. mgkn mula sibuk dgn bljar y semuanya memakan masa. tidur tak tentu, mana mampu bgn qiam sekerap itu lagi. semakin kurang bacaan ql-quran dlm sehari..

    sedar.. sedar diri.. tp amaln ni mmg jgn berhenti, bhnti sekejap, sukar amat nk memulakan kmbali..

    ini bkn lagak, ini tangisan hati..

    ReplyDelete
  7. betul tue mario tapi kadang2 ada gak la angah pegang al-quran & baca bulan nie belum lagi tapi bulan lepas ada la 2 kali heheh teruk kan????

    insaf angah baca n3 nie

    ReplyDelete
  8. @Miss ...

    agaknye la...yg penting...apa2 hal pun ...kena ikhlas kan...

    ReplyDelete
  9. @Gayahspears

    yela...ni citer lama...thanks masih sudi singgh...

    ReplyDelete
  10. @cik @!en

    yela..peringatan tuk aku jgk ni...:)

    ReplyDelete
  11. @maCy

    tula pasal...rasa malu pada diri sendiri je kan...adoi...

    ReplyDelete
  12. @AngahSayang2314

    tu la...peringatan untuk aku jgk ni...

    ReplyDelete
  13. Peringatan dalam cerita. Bukan senang nak jadi orang terpilih nie. Yang penting setiap perlakuan setiap tindakan mesti ikhlas. kan? Zaman sekarang nie memang susah nak cari orang2 muda mengaji. Tapi kawan aku miro memang setiap hari di bulan ramadhan mengaji. Bagus jugak tue.

    ReplyDelete
  14. seram jgk klu t'jdi kat dri sendiri

    ReplyDelete
  15. mario.. ade yg bukak Quran nak mengaji bila mak ayah suruh.. adehhhh.. bila nak insaf neyh rio? huhuhuhu

    ReplyDelete
  16. erk..macam seramlah...tapi mmg ad jin islam pon...

    mari mengaji...a.k.a membaca ayat-ayat cinta dari Allah yang Esa

    ReplyDelete
  17. btol 2.. bkn sng nk crii.. penulis blog membace ke x?heheee

    ReplyDelete
  18. Terasa seram pun ada. Mahu taknya, ada makhluk duk blakang kita, bila kita pusing da xde. kalau ak, da x dtang lg da tempat tu. cari port lain je baca quran :p

    ReplyDelete
  19. Aida sungguh bertuah sbb she's the choosen 1...^^'

    ReplyDelete
  20. a'ah betol bro..
    walau kata ko reka sekalipo aku tetap percaya.. :-) hehehehe...
    membe aku dah banyak kali kene tegur..
    siap garau lagi..

    sori la kalau kata ako bohong, tapi tu la kenyataannya.. :-) hehehe

    ReplyDelete
  21. jemput join cbutn bertuah kt blog..mudh je..jdikn dri anda bertuah..mklumt lnjut d blog.. ajak rakan2 anda jgk k..hehe.. cepat sebelum terlmbat

    ReplyDelete
  22. @Chaon Cornerz

    yg penting ikhlas...betul tu...
    wah bagus kawan ko tu...calun menantu tu...ekeke

    ReplyDelete
  23. @iqbalsyarie

    mmg best tp takut pulak klu kena kat aku

    ReplyDelete
  24. @Cik Jari

    bukan macam...mmg seram...

    jom mengaji...

    ReplyDelete
  25. @darkbatman

    perghhh soklan ko...ekeke ustaz mengajau mengaji aku tgh sakit tu...nnt dia baik...aku smbg blk...hehe

    ReplyDelete
  26. @Khidhir

    tula pasal...bukan cari tmpt lain je...siap ajak kawan temankan...hehe

    ReplyDelete
  27. @grOundnUt

    tula...bukan semua org terpilih cenggini...

    ReplyDelete
  28. @wadud@duad

    adoi...garau la pulak...lg seram weh...

    ReplyDelete
  29. @chiLl Out...!!

    insyaAllah...nnt aku g...thanks singgh sini

    ReplyDelete

komeng