Our social:

Thursday, November 11, 2010

pesanan/peringatan untuk Mario

ini pesanan untuk aku...bukan untuk korang yang pandai2 dan alim2...untuk dak2 jahat je ni...kawan aku antar email kat aku...siap dgn gambar2 sekali...tapi gambar aku tak tunjuklah eh...sbb tiba2 aku rasa takut pulak...


Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa)

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)

Semua orang akan menjadi Mayat. Anda tidak mampu mengubahnya! Kalau Korang kaya, korang akan menjadi Mayat orang Kaya (kira dapat kubur corner lot siap simen), Kalau korang miskin, korang akan menjadi mayat orang miskin(hanya batu nisan dari kayu biasa je). Mayat tempatnya dalam tanah, dan Ulat kubur akan hisap darah korang! (pinjam ayat hamka)


Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara
racun yang mem bunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:
a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka
terbahagilah dia kepada limabahagi.
a. hartanya untuk warisnya.
b. nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. dagingnya untuk ulat-ulat.
d. tulangnya untuk tanah.
e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari
langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau
dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau
dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia
bunuhkan engkau?
5. Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari
langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat
mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah
bercakap mengapa diam?
c. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah
jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara
dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh
dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau
kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada
engkau kenderai selama-lamanya?
dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka
menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu
menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu
jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika
sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah
(celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan
maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu
lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi
setiap hari berkata:
a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali
ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan
kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam
perut ku (kubur).

36 comments :

  1. Jelas skali..
    Ini peringatan utk aku...
    Thanx Rio kn mengingatkan,...

    ReplyDelete
  2. @Langit Pertama

    untuk ko jgk eh...ok...kita sama2 hayati...adoi...

    ReplyDelete
  3. perigatan untuk aku , kau dan semua (:

    ReplyDelete
  4. apa2 pun yg penting kita kena beringat...

    ReplyDelete
  5. pringtn utk echah gakk...*nak jugakkkk

    takut bc..rase berderau drah..

    ReplyDelete
  6. Thanks Rio...untuk kesedaran bersama...terasa kecilnye aku ini sebagai Hamba Allah...huhuhuh...

    ReplyDelete
  7. setiap racun ada penawarnya.. semoga kita tak lupa.. amin..

    ReplyDelete
  8. @bungakuning .

    okla...untuk semua jgklah...untuk yg nak mengingatkannya la eh...

    ReplyDelete
  9. @echah mashuri

    ok...utk ko jgk...
    baru baca...belum tgk gambar lg tuuu

    ReplyDelete
  10. @grOundnUt

    yela bro...camtula kita...tu yg pelik sgt bila ada yg bersikap sombong...

    ReplyDelete
  11. @Chaon Cornerz

    betul tu on...semoga kita bole saling ingat mengingati dan tak lupa betapa lemahnya kita ni...

    ReplyDelete
  12. trima kasih bro.. :d ko memang member yang baek, ingat mengingati..

    terbaek lar.. gud post3.. :D

    ReplyDelete
  13. mekasey abg amy search share email ni :) ekekeke

    ReplyDelete
  14. mekacih wei...mmg terasa betul ko tau.dah la aku baru baik dari sakit kronik tu.

    ReplyDelete
  15. thanks.. peringatan yg bagus buat semua..
    semoga Allah redha.. amiiin...

    ReplyDelete
  16. info yang berguna untuk renungan semua..:)

    ReplyDelete
  17. bagus mario..
    peringatan utk sy juga..

    ReplyDelete
  18. thnk rio.. sbb aku suke ko ingatkan aku perkara macam ni..
    kalo x aku lalai.. nice info~

    ReplyDelete
  19. @NiNa'

    yela...sll ingat nnt lama2 jadi tabiat...

    ReplyDelete
  20. @aNiS tHe BumbleBee

    sama2 mengingati...yg sihat dan yg sakit...sama je...

    ReplyDelete

komeng