Our social:

Monday, November 1, 2010

Perdana Menteri Dinasihatkan Berehat Selepas Terdapat Tanda-tanda Awal Cacar

Marilah kita sama-sama berdoa agar PM kita cepat2 sembuh dan boleh menjalankan tugas seperti biasa...

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.


Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) pada Ahad, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan.

Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

-- BERNAMA

16 comments :

  1. marilah kita doakan supaya PM cepat sembuh..amin..

    ReplyDelete
  2. Memula baca td nmpk mcm tanda2 cacat..
    upenyer cacar..huhuh..panik jap td..

    ReplyDelete
  3. cacar..
    leh jangkit kat orang kan.
    memang patutlah dia rehat je.

    ReplyDelete
  4. ala, lupalah.
    mario.
    tolong vote saya noor afzan.
    klik link bawah ni utk undi.

    http://akaltunjang.blogspot.com/2010/10/senarai-calon-egbb.html

    ReplyDelete
  5. @Jo Qusary


    uik...bahaya ek...tp laporan kata nasib baik dah diberi rawatan awal...

    ReplyDelete
  6. @noor afzan

    aa aa...bole jangkit...lama tu kena rehat...

    ReplyDelete

komeng