Our social:

Sunday, November 28, 2010

Denggi: Tiga kematian baru dilaporkan

dah merebak dah denggi ni...jaga kebersihan rumah masing2 dan rumah jiran jugak...nak buek camane...terpaksala kita jaga jugak kebersihan rumah jiran2 kita weh...nyamuk tu bukan dia tau sapa tuan dia...dia belasah semua...

GEORGETOWN 28 Nov. — Tiga lagi kematian akibat demam denggi dilaporkan minggu ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 128 orang sejak Januari lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata satu kematian dilaporkan di Sarawak semalam manakala dua kematian dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang dan Johor pada Isnin lepas.




"Jumlah ini menyaksikan peningkatan kematian kepada 50 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak hanya 78 kematian yang direkodkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus Basic Life Saving Training anjuran bersama Puteri UMNO Bahagian Bukit Gelugor dan Murni Nursing Academy di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga semalam sebanyak 43,477 kes demam denggi dilaporkan berbanding 37,205 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Selangor mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi tahun ini berbanding negeri lain iaitu 15,520 kes dengan 43 kematian.

Sementara itu, Rosnah berkata, sebanyak lapan kes Influenza A (H1N1) dicatatkan sejak minggu lepas dan tiada kematian direkodkan.

Beliau juga menjelaskan bahawa kematian seorang wartawan yang dalam perjalanan pulang bertugas dari luar negara baru-baru ini adalah akibat sakit jantung dan bukan dijangkiti H1N1. — Bernama

14 comments :

  1. a'ah member aku kat sini dah ramai yang kene la..
    huhuhu..
    aku pon naik cuak..:D

    ReplyDelete
  2. nnti ckp la kt nyamuk tu spe tuan die
    xd la die main serang je sume org
    =p

    ReplyDelete
  3. rio, last time aku demam teruk sangat tu macam suspek denggi..tp doc ckp tak de mende...entah laa..aku nak percaya kat sapa pon tak tahu...=(

    ReplyDelete
  4. dulu aku yg disyaki denggi tapi nasib baik demam biasa je

    ReplyDelete
  5. bahay sekarang ni denggi.. musim hujan plak tu skang nih.. pasang ubat nyamuk k

    ReplyDelete
  6. nk tak nak lappy ko tu kena antar kedai repair. kalau under warranty lagi bagus. x der ler rabak poket ko :)

    ReplyDelete
  7. erk.. takotnye..

    jom bersihkan kwsan rumah!! jauhi nyamuk.. ehhe

    ReplyDelete
  8. denggi menakutkan
    cukuplah kena sekali
    fobia owh

    thanks for the wish bro
    sihat?
    lama xnampak

    P/S : Followers Blog Tu Banyak! Komen Beratus - Ratus! Tapi Apa Yang Hebatnya Blog Tu?

    ReplyDelete
  9. mintak dijauhkan kene denggi.

    ReplyDelete
  10. dulu aku penah kena denggi.. seminggu dok dlm wad!!! terseksa doh.. 4jam sekali amek darah :(
    lebam2 tgn aku...

    ReplyDelete
  11. Mujur kat perumahan aku ni wat fogging sebulan skali..Takat ni alhamdulillah,xde kes lg..

    ReplyDelete
  12. patutla kawasan umah aku asik nak menyembur jek..

    ReplyDelete

komeng