Our social:

Sunday, October 24, 2010

Sijil Modular Kebangsaan

ini ada atu lagi peluang untuk sambung belajar... sapa2 yang minat nak belajar kemahiran tu...bole le tunggu peluang ni yer...tapi ini baru je diumumkan...macamana dia nak buat... takde pulak dia cakap...oo...ini untuk golongan yang dah kerja... termasuk aku la tu...haha nanti bila rajin...aku cuba cek kat kolej komuniti...kalau rajinlaa...huhu

Program sijil separuh masa kolej komuniti

JITRA – Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi hari ini melancarkan Sijil Modular Kebangsaan secara separuh masa sebagai pendekatan baru yang lebih fleksibel bagi menggalakkan masyarakat mendapatkan latihan kemahiran.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, melalui pembelajaran separuh masa, golongan pekerja boleh menyertai program modular itu di institusi tersebut tanpa perlu mengambil cuti atau berhenti kerja.

"Tumpuan kini khusus dalam usaha melonjakkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 23 peratus kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang 2015.

"Melalui pelaksanaan program modular separuh masa ini, ia membolehkan pelajar mengikuti pelbagai modul jangka pendek berasaskan keupayaan mereka dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program itu di Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, di sini.

Katanya, mereka yang berminat mengikuti program ini juga tidak memerlukan sijil lain sebagai prasyarat kemasukan, manakala setiap pelajar pula akan diajar mengikuti kemahiran asas sesuatu bidang. – Bernama

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng