Our social:

Sunday, October 3, 2010

Majistret disabit rasuah

lepas peguam.... ni haaa... majistret pulak dah... haiyooo...

KOTA BAHRU: Seorang majistret dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan berkaitan rasuah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperoleh rasuah berupa wang tunai RM3,000 daripada Md Shani Ishak di sebuah stesen minyak Esso, Machang, kira-kira jam 10.30 malam, 11 Oktober tahun lalu.
Wang suapan itu dikatakan diperoleh sebagai dorongan baginya melepaskan lelaki berkenaan daripada kesalahan jenayah yang dilakukan. Dia didakwa mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.


Bagi tuduhan kedua, Mohd Firdaus didakwa meminta rasuah RM5,000 daripada Md Shani di Bilik Majistret, Mahkamah Majistret Kuala Krai di sini, pada 6 Oktober tahun lalu. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang juga boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa, dan Mohd Firdaus diwakili peguam Datuk Shukri Mohammed.

Bagi tuduhan pertama Mohd Firdaus dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000, dan jika tidak dibayar denda, beliau boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan, manakala bagi pertuduhan kedua beliau dikenakan hukuman penjara tiga tahun, denda RM25,000, dan jika denda tidak dibayar beliau boleh dihukum penjara 18 bulan.


Hakim Sabariah Othman mengarahkan agar perintah penjara ditangguhkan sehingga Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan rayuan.


Hukuman denda pula ditangguh tiga bulan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.-Bernama

7 comments :

  1. ish...buta sebab duit..
    tu baru org suap ngn 3000 belum lagi 30k..
    buta terus agaknya

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni orang yg berduit dia berkuasa.. ntah la zaman sekarang ni..

    ReplyDelete
  3. oang yg dipertanggungjawabkan pun rasuah .. abis cerita la.. kuman "tak bahagia.." Entry

    ReplyDelete
  4. bila rase duit itulah segala...antara perkara yg susah diperangi selain nafsu

    ReplyDelete
  5. duit memang boleh buat orang gelap hati. halal dan haram pun dah takleh beza

    ReplyDelete
  6. cari yang halal.
    cari yang halal..
    cari yang halal..

    =)

    ReplyDelete

komeng