Our social:

Monday, October 25, 2010

lelaki jenis apa ni?

Sebenarnya...kalau kita fikir2kan... metro suka dengan citer2 camni... tapi kalau korang fikir balik...ini untuk peringatan korang jugak...kaum wanita. Lupakan kejap pasal kekejaman...aku rasa dah biasa dah kita baca pasal kekejaman tu...kat tv pun banyak...cuba korang baca citer tu... nikah kat negara jiran tanpa mendaftar kat sini...itu berita terselit tu yang penting. Kerana cinta, bernikah kat ng jiran... harap2 sah lah yer...lepas tu pergi le daftar kat sini...ini untuk korang jugak dan anak2 yang bakal lahir...

Kencing muka lafaz talak tiga

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.
Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.
Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.

“Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

“Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya.

“Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya.

Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan. Sumber metro

10 comments :

  1. Sampainye hati laki 2. Xde perasaan ke ape?

    ReplyDelete
  2. huhuhuuh....cuba la kene kat mak kita...ape la perasaan kita...mmg aku kaki kan ayah macam tu..cis!>,<"

    ReplyDelete
  3. ingat kan kat india je berlaku kes2 camnie... kat malaysia pun ada...hmm

    ReplyDelete
  4. see?? menakutkan lelaki skang mmg pelik heeee

    ReplyDelete
  5. sy xthu la knp..
    tpi ptg td ad org sbut tntg ni..
    sy rase sbak sgt..
    cam nak ngis je.
    kasihan sgt.
    makin bertambah2 rasa xnak kahwin!

    ReplyDelete
  6. @iera

    tulaaaa...rasa nak pagi penyepak je kan...

    ReplyDelete
  7. @grOundnUt

    orang camtu mana ada fikir tu seme...rasa geram je kan...

    ReplyDelete
  8. @Jo Qusary

    uikkk.....kat malaysia ni pun macam2 dah ada...

    ReplyDelete
  9. @Miss ...

    tak pelik sgt dah miss...mcm2 pangai dah ada skrg ni...

    ReplyDelete
  10. @♥baby fiy♥

    tulaa...mcmanalah dia bole kawin ngan mamat ni ek...ke masa tu mamat tu romantis sgt...?ntahla...

    ReplyDelete

komeng