Our social:

Thursday, October 21, 2010



Bapak dia kata sikap tunang dia yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.

pemarah mengongkong tu aku faham tapi sukar diajak kemana2 tu apa maksud dia ek...
hanya dorang jela yg tau apa maslah sebenar...tak payahlah nak buat spekulasi...ekeke

errr...nnt aku balas semua yg dtg eh...skrg bizi lagi...ptg2 kang...




KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.

Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.

Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.

Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’

Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.

“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.

Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.

Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.

“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.

“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.

Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.

Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.

Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.

Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.

Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu. Kosmo

11 comments :

  1. ape masalahnyer pown aku x taw ler...tapi perlu ke nk lari2...x salah aku mak die kan yg kene patok ular tuh???

    satu lagik yg die gatal bagi mesej ade laki ikut die apsal??? kot betul2 jadi cam tuh, kene rogol or kene bunuh kan naiya...ayooo

    ape2 pown depa jerk yg taw masalah ni

    ReplyDelete
  2. muda lagi dorang ni....mmmmm ntah pape la ye.....buat kecoh je...tak nak kawin bgtau le mak bapak bebetol...cehh

    ReplyDelete
  3. hahahaha...sape yang bagi mereka tunang ni??
    Kawan aku punya kawan bertunang ngan org bukan semenanjung...kene kongkong gile...sian dowh...

    ReplyDelete
  4. ntah la..pelik la.. nape x bincang leklok ja???
    perluka lari2??? ish2

    ReplyDelete
  5. hrmm..apa laa masalh dorg nie.. hnya mereka dan keluarga mereka je yg tau.. lain kali..xmoh kawen... ckp terang2..kan senang... hehe

    ReplyDelete
  6. dia tak matang lagi baru 20 thn, tunang dia tak mau pi ke mana2 tu rasanya tak mau pi jalan2 pi shoping kot hehehe

    ReplyDelete
  7. Awl2 pg td aku BW dah bc pasal ni..
    Bongok la pompuan tu..
    Mcm xleh nk bwk bincang je..
    Buat mak bapak dia risau..
    Nsb baik aku x bc paper pasal dia ni..

    ReplyDelete
  8. Pelik juga ye.. kenapa masa nak bertunang dulu ok je... nk kahwin lak buat hal... ermmm ke dah ada yg lain... hanya mereka yg tahu...

    ReplyDelete
  9. comel lak gua tengok dia tak pakai tudung. haha.

    lain.

    ReplyDelete
  10. dah agak bdk nie lari sbb tak mo kawen hehe

    ReplyDelete
  11. cute la gurl tuh..harap2 diorg dpt setelkan kes secara aman...malu satu malaysia dik oi

    ReplyDelete

komeng