Our social:

Friday, October 1, 2010

Anugerah Intel untuk pendidik, guru inovatif

wah...ni satu lagi peluang anugerah untuk cikgu cikgi...apa lagi... grab the opportunity...so...kalau ada cikgu korang yang inovatif tu...bolehlah calunkan dorang...bila lagi nak calunkan cikgu kan...hargai jasa cikgu... kalau nak calunkan...boleh amik borang kat sini berita berkaitan bole baca kat bawah...



KUALA LUMPUR — Intel, peneraju dunia dalam inovasi silikon, mempelawa pencalonan untuk Anugerah Guru Mitlahi Intel 2010 yang mengiktiraf amalan inovatif di bilik darjah.

Intel, dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata anugerah itu diwujudkan bagi menghargai, mengiktiraf dan memberi tenaga kepada guru-guru dan pendidik mithali di negara ini. "Pencalonan akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan pedagogi inovatif, integrasi teknologi, impak terhadap pelajaran, kemampanan amalan contoh dan replikasi berpotensi kaedah pengajaran mereka,” kata kenyataan itu. Lima pemenang akan dipilih dengan hadiah wang tunai RM3,000, RM2,000 and RM1,000, serta netbook. Pencalonan hendaklah dikemukakan kepada Sekretariat “Intel Exemplary Teacher Award” sebelum 15 Oktober dan borang permohonan boleh dimuat turun di http://www3.intel.com/cd/corporate/education/apac/eng/my/teach/award/454059.htm

Ia terbuka kepada mereka bertugas di sekolah awam dan institusi pendidikan guru di bawah Kementerian Pelajaran. — Bernama

1 comment :

komeng