Our social:

Saturday, September 11, 2010

Wanita kelahiran Malaysia dilantik Menteri Kewangan Australia

MELBOURNE: Senator kelahiran Malaysia, Penny Wong dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kerajaan baru Australia pimpinan Julia Gillard.


Sekalipun seorang menteri yang berkerja keras, pelantikan Wong yang sebelum ini menjaga portfolio perubahan iklim dilihat sebagai memeranjatkan ketika Gillard mengumumkan barisan Kabinet barunya pada Sabtu.
Dilahirkan pada 11 November 1968 di Kota Kinabalu, Sabah, Wong mengisi kekosongan yang ditinggalkan Lindsay Tanner yang bersara daripada politik sebelum pilihan raya pada 31 Ogos.


Merupakan bekas peguam di Adelaide, Wong dipilih mewakili South Australia dalam Dewan Senat pada 2001 dan dinamakan sebagai menteri yang bertanggung jawab ke atas perubahan iklim, kecekapan tenaga dan air, apabila Kevin Rudd menjadi Perdana Menteri pada 2007.


Pengumuman Kabinet baru Australia itu dibuat selepas empat hari Parti Buruh pimpinan Gillard mendapat sokongan dua wakil Bebas untuk membolehkan pembentukan kerajaan minoriti. Terdahulu Gillard mengumumkan pelantikan Rudd sebagai Menteri Luar menggantikan Stephen Smith yang menjadi Menteri Pertahanan yang baru.


Mark Arbid, salah seorang daripada individu yang bertanggungjawab menjatuhkan Rudd tidak diberikan jawatan dalam Kabinet. Bernama

-----------------------------------------------------------
citer ni nak suruh kita bangga ke hape pun aku tak tau...kalau ikut aku faham...dia lahir kat malaysia je...bukannya dari pendidikan kat sini...klu dari sekolah rendah sampai menengah kat malaysia...baru bole bangga kot...hehe

4 comments :

  1. hahaha rio sokong ko setakat lahir je pun hehe

    ReplyDelete
  2. hmm shah rukh khan pun dapat datuk agagaga sufiah pn dpt malaysia punye scholarship...any little tiny detail tentang orang luar YANG ADA KENA MENGENA DENGAN MALAYSIA akan mendapat perhatian lebih.. hal yang dalam negara ni tak de nak concern pulak.. pelik, tapi benar.. :)

    ReplyDelete
  3. tengok berita tv3 tadi...huhuh...tak tahu nak bangga atau ape...no feeling

    ReplyDelete
  4. biasa le TV nk buat citer gempak..

    ReplyDelete

komeng