Our social:

Monday, September 27, 2010

Skizofrenia: Membantu Yang Kurang Siuman

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia masih bingung dengan siri pembunuhan mengejutkan dan tahun 2010 mungkin menyerlah sebagai tahun yang banyak menyaksikan pembunuhan gerun yang dilakukan oleh mereka yang siuman dan yang kurang siuman.

Sementara perhatian seluruh negara kini bertumpu kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dengan jenayah itu dirancang, jika
ditinjau kembali tahun 2010 juga menyaksikan sebilangan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh mereka yang kurang siuman.

Dalam pembunuhan ngeri pertama pada tahun ini, pada 5 Jan lepas seorang lelaki kurang siuman membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan nenek di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Mangsa-mangsa sama ada dipenggal, ditikam atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.

Pada Ogos, di Teluk Intan, seorang bekas pengawal keselamatan yang menghidap penyakit mental menetak mati isterinya dengan sebilah parang dan menyebabkan kecederaan serius pada anak perempuannya selepas beliau mengamuk.

selanjutnya

=====================================================================

memang ramai orang gila sekarang ni...macam2 gila ada...so...sila perhatikan kawan2 kita...jgn sampai bila dia dah buat gila baru sibuk cakap...
oooo...patutlah semalam dia....bla bla bla
laaa.....tak sangkalah...dia nampak baik je...

errrr....kalau gila ber online pun perlu dibantu jgk...hehe

14 comments :

  1. haha..gila ber online xperk lagi..xkaco idup org..hihihi//yg gila nk bunuh mmbunuh ni..hadoiii

    ReplyDelete
  2. huh.. cuak dol aku baca entry ko neh..
    malaysia macam dah x selamat..hahahaha..
    ramai orang gile..:p

    ReplyDelete
  3. aku pon gile..so jgn kawan aku..haha

    ReplyDelete
  4. Saya gila kopi... hari2 mesti mau minum kopi, tadak kopi saya cari neskopi... sila jgn kawan dgn saya jika takde kopi hehehe....

    ReplyDelete
  5. @echah mashuri

    haha...yela...bunuh membunuh ni mmg tak ptt...tapi klu gila beronline ni pun bahaya jgk...ada kawan aku...langsung tak boleh tinggal walau seminit...nk g toilet pun bawak lappy...teruk tak?

    ReplyDelete
  6. @Jo Qusary

    apsal lak kopi...bahaye weh klu keterlaluan...sikit2 takpe...haha

    ReplyDelete
  7. Yang dekat Gemencheh tu Mario, Kawan aku nyer sedara rapat...masa dia emergency balik keje dari Genting..dia datang lepak umah aku sebab tak de transport nak balik tgk mayat...dia stay satu malam sbb kete dia eksiden...sian betoi kawan aku tu..dia cakap pembunuh nya (sedara) seorang yang sangat Alim, tak pernah tinggal semayang...tp tergamak buat macam ni kat tok nenek dia...kejam..psycho la tu...>,<"

    ReplyDelete
  8. groundnut...
    betul tu...kalau dia siuman...tak mcm tuu...

    ReplyDelete
  9. tu la pasal nampak normal tp rupa2 gilo hailah..mcm mana mau tau kan? hehe ngeri derrr

    ReplyDelete
  10. miss

    kalau dia lain dari biasa...camtulah agaknya...hak hak

    ReplyDelete
  11. schizophrenia..
    menarik tajuk ni :)

    serious mental disorder,
    characterized by delusion,hallucination,mood disturbance,social withdraw and split mind..

    saje nak tambah maklumat..google je..hehe..

    ReplyDelete
  12. @yuzuki

    uik uik...mmg penyakit ni ada mcm2 peringkat...

    ReplyDelete

komeng