Our social:

Thursday, September 30, 2010

Peperiksaan SPM 2010 bermula 23 November

perhatian kepada budak2 SPM...korang ada tambahan satu hari lagi untuk study...ekeke good luck ye semua

untuk download jadual peperiksaan SPM 2010 kat sini

KUALA LUMPUR: Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diadakan mulai 23 November ini dan bukannya pada 22 November sebagaimana yang diumum sebelum ini, berikutan cuti umum di Johor.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah memaklumkan mengenai tarikh baru peperiksaan SPM itu kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui surat siaran bertarikh 7 Mei lalu.

Katanya, pindaan tarikh itu juga dimuat turun di laman sesawang LPM pada minggu pertama bulan Jun lalu, sementara jadual waktu peperiksaan SPM yang baru sudah pun dicetak dan dihantar ke semua Jabatan Pelajaran negeri untuk diedarkan ke semua sekolah menengah pada 23 Julai lalu.

Kementerian itu berkata, pemindaan tarikh peperiksaan itu dibuat berikutan langkah kerajaan Johor mewartakan 22 November sebagai cuti umum negeri itu sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Dengan itu, peperiksaan SPM tahun ini akan bermula dari 23 November dan berakhir pada 20 Disember 2010, katanya. - BERNAMA

5 comments :

  1. adik wa pun exam spm

    gud luck untuk adik wa

    ReplyDelete
  2. lamanya exammmmmmm.....gud luck adik2 yg nk exam..

    ReplyDelete
  3. nasib baik aku dah lepas..kah3

    ReplyDelete
  4. adess.. cuak giler ni.. banyak lagi tak cover..

    ReplyDelete
  5. haku dah kat tempat laen bro..:D
    hehehe..
    time kasih dah bagi info..
    nanti aku bagi kat adik aku, ekekeke

    ReplyDelete

komeng