Our social:

Monday, September 13, 2010

pembunuhan Sosilawati: Peguam ada harta luar biasa

perghhh...gambar muka dan nama dah direveal oleh Kosmo online.Memang betul le gambar yang aku bagi kat entry sebelum ni. Siap ada link facebook Datuk K. Patmanaban.Aku takde facebook so tak boleh la nak tengok2...tapi nak tengok pun buat ape ek...buat hati jadi panas je...harap2 pihak polis akan siasat kes ni dengan setelus2nya.



BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.

"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.

Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah.

3 comments :

  1. akak tgk dah FB dia tadi..membengkak betul aku..huhuh

    ReplyDelete
  2. giler lahh ehh....


    aku terkesima gak ngn berita ni..

    ReplyDelete
  3. FB sapa??Sosilawati ada FB akaun ke??

    ReplyDelete

komeng