Our social:

Wednesday, September 8, 2010

Ops Sikap ke-22 ; 19 terkorban pada hari kelima

KUALA LUMPUR - Sebanyak 19 kes kematian akibat kemalangan jalan raya dicatat pada hari kelima Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan bilangan yang terbunuh sejak operasi itu bermula Jumaat lepas kini berjumlah 67 orang.
Perangkaan di laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sehingga semalam, majoriti yang terkorban adalah dari kalangan penunggang motosikal dan dua kematian melibatkan kereta serta satu pejalan kaki.

Enam kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, empat jalan negeri, tiga jalan bandaran, dan masing-masing dua lebuh raya serta lain-lain.

Perangkaan PDRM juga menunjukkan daripada 1,313 kemalangan yang dicatat semalam, 606 berlaku di jalan bandaran, jalan persekutuan (297), jalan negeri (219), lebuh raya (124), dan lain-lain (67).

Sebanyak 11,245 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Sikap ke-22 yang bermula sejak 3 September lalu dan berakhir pada 17 September ini. - Bernama

======================================================
berhati-hati lah yer...orang nak hepi hepi pulang kekampung....ABANG ABANG MOTOR...SILA BERHATI HATI...SALAH KITA KE... SALAH ORANG KE...KITA YANG TERUK...INGAT TU YE...JGN IKUT sangat panas baran kita

Penunggang motosikal diminta lebih waspada

KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri mengingatkan penunggang motosikal terutama dari kalangan remaja supaya berhati-hati semasa menunggang motosikal mereka dalam musim perayaan yang sentiasa mencatat kadar kemalangan yang lebih tinggi.

Beliau berkata, perkara ini penting diberi perhatian kerana golongan remaja selaku penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pihak yang teramai terbabit dalam kemalangan maut.

"Kemalangan maut yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan kumpulan pengguna jalan raya terbanyak iaitu hampir 60 peratus yang terbabit dalam jumlah keseluruhan 6,745 kes kematian jalan raya tahun lepas.

"Apa yang amat membimbangkan ialah kemalangan maut ini banyak melibatkan golongan remaja dan belia iaitu sekitar 1,831 kes kematian atau 27 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan itu,” katanya di sini hari ini. - Bernama

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng