Our social:

Monday, September 20, 2010

Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapan esok



errr...aku tak tau nak cakap apa cuma harap budak2 tu akan bertaubat klu terlanjur...klu budak2 tu dihukum...harapnya lelaki durjana pun turut dihukum...

JASIN, 19 Sept — Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.

“Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.

“Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut hari ini.

Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama.

Mohd Ali menjelaskan kesemua remaja itu memasuki sekolah tersebut melalui bantuan ibu bapa masing-masing dan bukan datang secara sukarela.

“Seorang daripada lima pelajar perempuan berkenaan adalah berbangsa Cina. Ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan atau had demi memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata peraturan yang ditetapkan di sekolah itu adalah sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa yang lain termasuk mempraktikkan system pembelajaran yang sama.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan memasuki sekolah ini tanpa kebenaran dan identiti serta gambar pelajar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan pihak berkaitan,” katanya.

Mengenai tindakan undang-undang Syariah terhadap pelajar terbabit di atas kehamilan mereka tanpa hasil pernikahan yang sah, Mohd Ali berkata perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan keluarga remaja terbabit dan terpulang kepada Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan lanjut. — Bernama

30 comments :

  1. rasanya membantu ke ape sekolah tu??

    ReplyDelete
  2. kita doakan jelah semoga hasil usaha ni membuahkan hasil

    ReplyDelete
  3. kira bagus dari campak bayi merata2 kn

    ReplyDelete
  4. harap2 org tau gunekan skolah ni dgn baek..doesn't mean skolah ni ade diorg leh buat anak sesuke hati tanpa nikah (komen serius dari aku)

    ReplyDelete
  5. tu lh...semoga apa yg dibuat akan ada manfaatnya

    ReplyDelete
  6. gua nak try mintak jawatan cikgu kat situ, agak2 ok tak?

    ReplyDelete
  7. AKU HARAP..DORUNK GUNA SEBAIK MUNGKIN...

    ReplyDelete
  8. @Azmi

    ntahlah mi...kita kena tgk dulu camana...harap2nya camtulah...

    ReplyDelete
  9. @tiha

    ye betul tu tiha...kita sama2 doa,,,,

    ReplyDelete
  10. @hentakbelipat

    yela...harap2 lps ni takde lg kes2 buang baby...

    ReplyDelete
  11. @Cik Bucken

    betul tu...sbnrnya tu yg org2 takut tuuu...

    ReplyDelete
  12. @GaDis CoMeL

    boleh je...tapi jgn le lu garang2 ngan budak2 tu...nanti dorang lari...

    ReplyDelete
  13. kurang2 ada juga tempat mereka bertaubat !

    ReplyDelete
  14. sekurang2nya orang lain ada rasa takut nak masuk.. sape nak malukan diri kan..? baik fikir dulu sebelum buat..

    ReplyDelete
  15. bangunan lama jadi sekolah...wah...ni bakal menjadi cerita hantu terbaru ni.hahaha

    ReplyDelete
  16. pergh cina ke.. hehehe.. boleh tahan lar.. :p
    time kasih atas info bro..

    ReplyDelete
  17. bagus jugak sebeno nye..
    guna bangunan lama ye.
    mintak2 berhantu bagi dia orang serik dah nak masuk..
    hahah...cepet sikit insaf nye..

    ReplyDelete
  18. kalau laki camne lak.. leh masuk skola ni gak klu insaf..?

    ReplyDelete
  19. @De'din

    tapi ada orang kata...tak semestinya kena buat sekolah tu...ntahlaa...

    ReplyDelete
  20. @Miss ...

    yep...tunggu dan lihat kesan dia ek...jgn bertambah ramai dah la...dan lbh teruk kalau asik orang yg sama...adoiii

    ReplyDelete
  21. @Chaon Cornerz

    betul tu...fikir dulu...bak kata michael jackson...
    people always tell me...be careful what you do...dont turn around and breaking young girls heart...

    ReplyDelete
  22. @diana

    hehe..insaf sebab takut hantu yer...ekeke

    ReplyDelete
  23. @ezany

    kalau lelaki nak masuk bole je...tapi kena pregnant le...wakaka

    ReplyDelete

komeng