Our social:

Monday, September 13, 2010

Kes Sosilawati: Murugiah duduk sebelah suspek dua hari sebelum ditangkap

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah yang turut mengunjungi keluarga jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pihak polis atas kejayaan menahan suspek kes itu.

“Kita minta polis siasat dengan terperinci kejadian ini dan jangan bagi satu peluang pun untuk penjenayah terlepas di mahkamah nanti. Kezaliman dan kekejaman seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Menteri itu turut mendedahkan yang beliau pernah duduk bersebelahan suspek dalam satu majlis penyampaian sumbangan kepada Orang Asli di Banting pada 8 September lalu di mana suspek merupakan penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan pada majlis itu.

Beliau berkata pada pertemuan itu, suspek turut menyuarakan hasrat untuk menyertai MIC.

“Pada waktu itu, saya katakan kepada beliau, kenapa tidak memandangkan beliau seorang yang berpendidikan dan ditambah lagi sebagai peguam.

“Tapi sekarang, setelah tahu dia (suspek), saya ...sampai tidak boleh tidur bila memikirkan saya pernah duduk dan berbual dengannya,” katanya. – Bernama

=======================================================

siapa lah agaknya ek kenamaan yang dikatakan baik dengan peguam disyaki pembunuh tu...agak2 ada yang nak mengaku tak...keh3

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng