Our social:

Wednesday, September 8, 2010

Hanya 46 premis saji bufet Ramadan patuh piawaian halal Jakim

UALA LUMPUR: Hanya 22 hotel dan 24 restoran daripada 96 premis yang diperiksa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi sajian bufet Ramadan didapati mematuhi piawaian Pensijilan Halal Malaysia.
Selebihnya iaitu 33 hotel dan 17 restoran tidak mematuhi piawaian itu kerana didapati menggunakan bahan yang diragui halal sekaligus menyalahgunakan status halal, kata Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Beliau berkata, perkara itu dikesan semasa pemeriksaan dan pemantauan Bahagian Hub Halal JAKIM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sepanjang 1 hingga 29 Ramadan ini.


Kesemua pemeriksaan itu dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah meliputi hotel bertaraf lima bintang dan ke bawah termasuk hotel yang merupakan pemegang Sijil Halal Malaysia JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Menurutnya, pemeriksaan dan pemantauan itu tidak termasuk yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam setiap negeri.


Wan Mohamad berkata, pemeriksaan dan pemantauan itu bertujuan untuk memastikan premis makanan menyediakan makanan halal yang mematuhi standard halal yang juga selaras dengan hukum syarak.


"Di samping itu, ia penting bagi memastikan semua pengusaha hotel dan premis makanan yang belum menjadi pemegang Sijil Halal Malaysia tidak sewenang-wenangnya menggunakan perbahasan halal iaitu 'bufet ramadan'," katanya.


Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pensijilan halal dan senarai pemegang sijil halal JAKIM di laman web halal Jakim di www.halal.gov.my.-Bernama

=========================================================

dah nak raya baru kuar berita ni? tapi biasa yang banyak buka puasa kat hotel2 ni... yang sponsor2 punya...apa tu...duit entertainment,,,,hohoho orang bisnes tau le kan...

pasal tu baik makan masak sendirik je... makan maggi pun lbh baik...haha

1 comment :

  1. woi...korang taknak komen kat cni ke...wakaka

    ReplyDelete

komeng