Our social:

Sunday, July 11, 2010

Peristiwa Israk dan Mikraj

Ini adalah dari web tempat keje aku yang aku rasa nak kongsi ngan korang...patut aku post semalam tapi semalam aku sibuk...sorry... untuk pengetahuan...semalam 27 rejab





“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Israa’: Ayat 1)



Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab setiap tahun Hijrah menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.



Majidil Aqsa yang merupakan tempat Rasulullah naik ke Sidratul Muntaha

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan dan kemaksiatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi. Lebih teruk lagi, ramai umat Islam pada ketika itu, telah murtad kerana tidak mempercayai baginda. Namun, terdapat hikmah disebalik peristiwa ini. Setahun selepas berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, berlaku Hijrah ke Madinah. Ini adalah salah satu cara untuk Allah memilih hamba-Nya yang terbaik sahaja untuk turut sama berhijrah bersama Rasulullah SAW.



Kita sering mendengar kisah Israk dan Mikraj ini disampaikan dalam majlis-majlis ilmu, menceritakan peristiwa-peristiwa yang disaksikan oleh Rasulullah SAW di langit pertama sehingga langit ke tujuh. Namun, hanya segelintir dari kita yang mengetahui mengapa terjadinya peristiwa ini.



Tatkala itu, dakwah Islamiah berada dalam posisi tenat dari segi psikologi Rasulullah SAW dan para sahabat sendiri. Kaum Musyrikin ketika itu telah memutuskan hubungan dengan Rasulullah SAW, Bani Hashim dan Bani Al-Mutallib, yang berlanjutan selama dua atau tiga tahun. Malahan, pada masa itu, amat sukar mereka menerima kemasukkan saudara baru ke dalam Islam.



Israk Mikraj berlaku pada tahun yang digelar Tahun Kesedihan. Ini kerana, pada tahun tersebut, Rasulullah SAW telah kehilangan dua insan yg paling disayangi oleh baginda. Pertama, insan yang menjadi pelindung baginda dari ancaman kafir Quraisy pergi untuk selama-lamanya, Abu Talib, bapa saudara baginda. Tidak lama kemudian, ratu di hati baginda, Siti Khadijah RA, yang menjadi tulang belakang dan senantiasa mendokong dan menyokong dakwah dan perjuangan baginda, turut pergi meninggalkan baginda.



Dengan azam yang tidak luntur untuk menyampaikan dakwah Islam, baginda cuba menyebarkan Islam di Taif. Bagaimanapun, baginda hanya mendapat cemuhan daripada penduduk-penduduk di situ.

Kesedihan dan ujian yang bertimpa-timpa dihadapi oleh baginda Rasulullah SAW dengan penuh tekad. Pada malam 27 Rejab, Jibril mengejutkan baginda dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada baginda bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawa baginda dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Kemudiannya dari Masjidil Aqsa, baginda telah naik ke Sidratul Muntaha melalui tangga yang dari syurga yang berselang seli antara emas dan perak.

Sepanjang perjalanan baginda, yang ditemani Jibril, dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha, baginda telah menyaksikan pelbagai peristiwa-peristiwa yang menjadi peringatan untuk semua umat manusia. Ketika di Sidratul Muntaha jugalah, baginda Rasulullah SAW telah menerima perintah Solat yang menjadi tiang dan tunjang agama Islam.



Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT juga untuk mengubat kesedihan Rasulullah SAW pada ketika itu. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW.



Walaupun para ulama masih lagi khilaf tentang tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini, namun, ianya bukan satu penghalang bagi semua umat Islam untuk meningkatkan iman, amal soleh dan mengambil pergajaran, berdasarkan peringatan dari peristiwa-peristiwa yang disaksikan oleh Rasulullah SAW ketika Mikraj. Dunia ini satu persinggahan, ruang untuk kita mengumpul bekalan. Akan tiba suatu masa, kita akan dipanggil menghadap Pencipta. Disitulah, akan kekal untuk selama-lamanya. Adakah kita sudah bersedia?



Wallahualam….





Contributed by : BAKIP PP(M)SB

11 comments :

  1. yosh bro...
    gud post.. aku suka..ekekeke... time kasih ekh, tapi dari Aqso ke SIdratul muntaha tuh, yang aku tau Nabi naik buraq dan bukan naik tangga yang diselangi dengan emas, aku x salahkan dari sumber yang ko dapat, sebab banyak pandangan ulama, hehehehe... ntah2 ape yang aku cakap salah, mana la tau, ape2 pon.. gud post kawan.. :D

    ReplyDelete
  2. thnks bro share psl ni..dlm byk2 blog yg asyik citer psl sotong dn bola..akhirnya aku dpt baca sthing yang berguna

    ReplyDelete
  3. Mantap!!!tambahan dan kelainan cerita ada di blog aku bro...aku baca entry ni,mmg best!
    Latest post:Menarik!Kisah pemabuk bersolat

    ReplyDelete
  4. suka2 best.... tq 4 sharing mmg serius entri ni =)

    ReplyDelete
  5. wadud...
    thanks...aku pun masa bljr dulu sama cam ko...mmg aku kopi pes je ni dr web surau tmpt keje aku...so...ntahlah...

    wallahualam bissawab

    dan Allah Yang Mahatahu sesungguhnya

    ReplyDelete
  6. iqbal...
    thanks bro...kopi pes je arr...thanks tuk bakip tempat keje aku...huhu

    ReplyDelete
  7. miss xyz...
    huhu...thanks sis...mmg serius ni weh...

    ReplyDelete

komeng