Our social:

Wednesday, July 14, 2010

juara program realiti Gadis Melayu di TV9 'Tak tipu, tapi ditipu'

KUALA LUMPUR: “Kami tak menipu, sebaliknya kami turut ditipu,” demikian penjelasan penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail mengenai dakwaan dia dan isteri, Khairul Noormaidah Zali atau Aida yang juga juara program realiti Gadis Melayu di TV9 turut bersubahat dalam penipuan sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) atau jualan langsung

KUALA LUMPUR: “Kami tak menipu, sebaliknya kami turut ditipu,” demikian penjelasan penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail mengenai dakwaan dia dan isteri, Khairul Noormaidah Zali atau Aida yang juga juara program realiti Gadis Melayu di TV9 turut bersubahat dalam penipuan sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) atau jualan langsung.
TERTIPU...Amirol Azery menunjukkan cek tendang dan borang keahlian syarikat MLM terbabit.
TERTIPU...Amirol Azery menunjukkan cek tendang dan borang keahlian syarikat MLM terbabit.
Saiful Nizam, 28, berkata dakwaan itu makin tersebar melalui laman sosial facebook di Internet menyebabkan dia perlu tampil memberi penjelasan bagi membersihkan namanya dan mengelak wujud salah faham terhadap dia dan isterinya.

“Hakikatnya, saya juga kerugian kerana pelaburan saya RM30,000 ke dalam syarikat itu tidak mendapat pulangan sebagaimana dijanjikan,” katanya.

Menurut Saiful Nizam, dia tidak meragui kewibawaan syarikat MLM itu dan yakin pelaburannya akan mendapat pulangan dijanjikan kerana jenama syarikat yang menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan itu stabil, sudah dikenali dan sering terbabit kerja amal.

“Bagaimanapun, selepas beberapa bulan saya langsung tidak menerima pulangan dijanjikan. Jika mengikut perjanjian, setiap bulan saya akan menerima bayaran yang jumlahnya 10 hingga 30 peratus daripada wang yang saya laburkan.

“Saya bukan terlalu ghairah untuk menjadi kaya dengan pulangan yang dijanjikan itu, sebaliknya saya ingin membuat kebajikan kerana syarikat itu mendakwa sebahagian daripada keuntungan syarikat didermakan kepada badan kebajikan,” katanya.

berita penuh



SEO test disini...sorry

7 comments :

  1. so, jangan join MLM.. :)
    pedo'oh jer semua tu..huhuh

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,dah kawen dah mereka berdua tuh...

    sori,cubaan SPAM disini...:)))

    ReplyDelete
  3. tak payah join la MLM...
    Wlaupn bukan sumer tipu, tp byk yg tipu...

    Yg kene tpu pn wat senyap jer...
    Malu nk ngaku dh abes duit...

    ReplyDelete
  4. dahlia...
    mmg aku malas nak join pun mende2 ni... psl tu aku cuba iklan2 je...haha

    ReplyDelete
  5. sijari...
    haha...alhamdulillah

    spam berjaya...ekeke

    ReplyDelete
  6. langit...
    betul tu...tapi biasa yg tipu2 ni...skim cepat kaya...tapi selindung sebalik mlm... ntahla...

    ReplyDelete
  7. tapi katenye reporter salah tulis info kan...sbnrnye depa ni bkn join mlm tp duit ditipu dgn care lain..nasib x kne saman reporter tu kan

    ReplyDelete

komeng