Our social:

Saturday, May 8, 2010

Asal usul hari Ibu



Ni aku dapat dari email pasal mother's day....biasa memang aku malas nak copy paste dari email tapi sebab aku macam ada nak cerita pasal benda ni...korang layan dulu email aku dapat nie...lagipun... sebab email manalah orang simpan... so biar jela kat blog...


Sejarah dan asal-usul Hari Ibu (MESTI BACA!)

JANGAN SAMBUT HARI IBU

Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.


Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.


Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.


Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.


Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

10 comments :

  1. kalo begitulah hendaknya...kita x perlukan hari ibu untuk ucapkan rasa sayang dan cinta terhadap ibu ..tetapi hari - hari kita boleh ungkapkan rasa syg kita dan bab 2x membeli hadiah...bila berkemampuan bolehlah ajak makan bersama atau beli sumthing yg buat mak kita remember kita btol x.....

    ReplyDelete
  2. faye...betul tu...betul tu...ada duit lebih tu banje2 arr kat mak... dapt bonus...jgn arr lupa ...bukan dorg nak tapi they will appreciate...kan...

    ReplyDelete
  3. mario. aku sayang ibu aku.

    baru aku tahu mana asal usul. tapi aku tak paham. kita boleh ke tak boleh nak sambut sebenarnya?

    ReplyDelete
  4. info yg bagus.. sy nk buh link artikel ni kt fb bley? nk share ngn kwn2.. sbb ramai sgt yg wish selamat hr ibu purposely because of Mother's Day yg disambut di seluruh dunia.. walhal ianya sepatutnya diucapkan setiap masa sekiranya ia memang untuk menghargai ibu kita.. uhuh..

    ReplyDelete
  5. mario --> anda d jemput dtg ke blog aisya kerana telah memenangi sunshine award..haha..skema smcm.kihkih,..btw, hepy weekend n mothers day kawan :)

    ReplyDelete
  6. berd...
    aku pun sayang mak aku weh...hehe

    ntahlah berd...ko fikirlah sendiri...tapi aku mmg tak sambut...

    ReplyDelete
  7. wawa...
    bole je sis...
    betul tu...hari-hari hari ibu...hehe

    ReplyDelete
  8. nuraisyyah...
    thanks bg award...jap lg amik...hehe

    ReplyDelete
  9. oh..cegitu ke?br tau..neway, trma kasih utk info ni..kita ni kekadang men ikut membuta je perayaan apa2 kan..xtau sal sejarah dia..

    ReplyDelete
  10. x sambut hari ibu...bg mimi tiap kali hari jumaat adalah hari ibu buat mimi..........

    ReplyDelete

komeng