Our social:

Wednesday, April 21, 2010

Penulisan Kreatif 2

perception :Penulisan kreatif
Sambungan dari penulisan kreatif... sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita tapi ...sebenarnya penulisan kreatif bukan semestinya macam tulis novel , cerpen sajak ke apa2 yang skema2 tu... yang tulis macam tak betul pun adalah salah satu dari komponen penulisan kreatif. Macam jugak skrip skrip drama, bukan mudah kan nak buat / mereka cerita. Kadang kadang memang ia adalah dari pengalaman sendiri.. dan ditambah lagi dengan pengalaman orang lain, semuanya digabungkan untuk menjadi cerita seterusnya menjadi n3 diblog masing2.
tapi kenapa bila tulis di blog, ia kadang kadang menjadi kontroversi, seolah -olah di blog tak boleh untuk berkreatif dan mengembangkan idea?
Sesiapa yang ada menonton cerita Korea, Sassy Girl pasti tau bahawa cerita tersebut adalah dari pengalaman penulis blog dan pastinya ada penokok tambah dari cerita tersebut.
kenapa orang lain boleh menerima cerita-cerita kontroversi dan tidak orang kita?
adakah kerana budaya kita yang mengajar kita begitu?
tapi takpe la... aku just nak bagi tau... tak semua cerita dalam n3 aku adalah kisah aku...ada yang aku tokok tambah, ada yang aku dengar dari kawan2 aku, ada yang dari pembacaan aku, dan bermacam-macam lagi medium yang aku gunakan untuk aku buat cerita sebagai n3 aku dan ada yang aku secara kreatif cipta sendiri . Begitu juga dengan watak watak yang aku buat tak semuanya benar belaka.jadi pandai-pandailah menilai ye... tapi walau apa pun cerita yang aku buat, bukan lah suka suka tapi kalau boleh diambil pengajaran dari cerita aku tu... amik lah... tupun... kalau ada... wakaka

Sebenarnya aku tau banyak blog yang macam aku, cuma aku just nak bagi tau.. jangan bataskan penulisan anda... teruskan menulis asalkan ia tak melampau dan terkeluar dari lunas undang2 atau budaya atau yang paling penting agama.jangan menyakiti hati orang lain semata-mata nak meningkatkan trffic. Kreativiti bukan untuk menyakiti...

ok arrr... gua dah rasa bosan tulis camni...wakaka. Nantikan perception seterusnya..




5 comments :

  1. haha. asal nak buat havoc sikit mulalah ada orang flag. padahal cerita bodoh-bodoh je. wakaka

    ReplyDelete
  2. berd...
    camtula... dah dorang tak kreatif... jeles tu weh... ekeke

    ReplyDelete
  3. shar
    apsal ko delete blog weh...

    ReplyDelete

komeng