Our social:

Latest Post

Thursday, December 30, 2010

video Gol safee ali final Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010... video youtube dah keluar ni...memang terbaik gol ni...eh...takde ke nak cari blog pasangan Safee ali ni...ekeke errr...dia dah kahwin kan... tapi blog awek keeper terbaik...khairul fahmi atau apek...hehe memang ada...siap ada iklan nuffnang lagi tuu...kalau nak g blog kawan pompuan dia...hehe bole cuba usha usha kat sini tapi aku cuma nak tunjuk gol terbaik safee ali...saje nak simpan sebab aku rasa gol ni memang cantik...mcm zaman aku main bole je...ekeke

Jumaat cuti umum

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

ini adalah hadiah sempena kemenangan pasukan kita dalam Final Piala Suzuki AFF:

Malaysia akhiri kemarau 14 tahun

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).

Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0. - Utusan

Sunday, December 26, 2010

Perempuan Berkalung Sorban

dengar cerita, series Woman With Turban ni agak kontroversi... tapi aku tak tengok lagi so tak berani nak komen...tvhijrah pun tak dapat macamana nak tengok...nak tengok kat youtube pun mcm tak complete je...TAPIKAN...OST dia dato siti yang nyanyi...ketika cinta...

Thursday, December 9, 2010

oooo...baru tau...

ooo...baru tau...harap2 berkurangan le aktiviti seludup2 ni ek...ekeke errr...kawan aku cakap...kenapa tak kurangkan harga rokok...moga2 bole berkurang aktiviti rokok seludup...aku jawab...harga rokok tu tinggi untuk menjaga kesihatan rakyat...nak bg orang kurang merokok...oooo...baru tau...dia cakap...ekeke

schedule post ni...

Wednesday, December 8, 2010

cuti bersalin swasta

kami para suami pun nak 3 bulan jugak...errr...tak dapat 3 bulan... 3 minggu pun dah cukup...hehe

Sean, Nana bercerai

sebenarnya malas nak update pasal mende ni tapi sbb ada kawan aku penah cakap...badi rancangan sehati berdansa....aku nak tau jugak pendapat korang...bagi aku...tak baik ckp camtu kan...jodoh maut kan telah ditentukan...harap2 dorang akan berbaik2 semula la kan...

macam pompuan le ko ni...

Aku memang fedap betul le kalau orang asik nak paksa paksa ni... tak berubah ubah pangai dari dulu... suka sangat paksa paksa orang... kan aku dah cakap aku ni

Tuesday, December 7, 2010

alasan jadi peragut......

KULIM - Seorang anggota polis dari Balai Polis Kulim berjaya menahan seorang remaja berusia 19 tahun yang terlibat dalam jenayah ragut kira-kira jam 9 pagi di sekitar Pasar Kulim semalam.

Suspek yang berlegar di sekitar kawasan itu tidak menyedari anggota polis sedang memerhatikan gerak-gerinya sehingga memintas dia di tepi jalan sebelum ditangkap.

Monday, December 6, 2010

Doa akhir dan awal tahun

Salam Maal Hijrah 1432H... untuk download doa akhir dan awal tahun...klik sini mediafire

kredit to surau.townplan.gov.my

kegiatan pelacuran di kalangan mahasiswa

ingat malas nak update tapi bila baca ni rasa macam ....kesian pulak...kawin jela...tapi biasa yg cenggini sbb nak hidup mewah...mula2 maybe nak biayai yuran dan pelbagai2 lagi...lama2 dah syok pulak...

agak2 sebab syok ke terpaksa? bole ke guna ayat terpaksa ni...ishhh...ni semua dosa tau... ingat2la sikit ye...jangan nak fikir seronok je...banyak cara bole nak seronok beronok ni...kalau sampai dah terpaksa buat gini semata2 nak enjoy2...

tapikan...aku penah baca...dia kata...dr bagi free...baik kenakan charge... perghhh... hebat betul prinsip yang cenggitu ek...

harap2 kita semua dijauhkan la eh dgn pangai2 cenggini...

berita kosmo

Perkahwinan Budak-budak

baca the star hari ni tentang child marriage... aku baca tajuk je...tu je aku faham...haha tapi aku teringat le kat berita ada keluar pasal kahwin ramai2 tu and pengantin termuda baru berusia 14 tahun...suami dia 23 tahun...cikgu... teringat aku dengan kes kat kelantan tu...bapa dia kahwinkan anak dia yang baru 12 tahun kalau tak salah....kalau

Sunday, December 5, 2010

berblog cara baru

mungkin korang masih lagi berada ditakuk lama kalau tak ikut cara cenggini... ini cara yang latest punya...memang debom cara gini...

Saturday, December 4, 2010

Buffered earning...BE.. amende tuu

BE? ada yang tau...ada yang tak tau...ada yang dapat... ada tak dapat...camana nak dapat kalau tak tau...camana nak tau kalau tak dapat? pening kan... jangan pening2 kepala... meh abang mario bagitau...ekeke tapi apa yang aku bagitau ni tak semestinya betul...aku pun bukan tau sangat... tapi sbb nak berlagak konon2 tau...aku buat le entry ni...wakaka first sekali...apa tu BE?bagi aku...BE ni..

tips untuk main saham bskl

aku ada beli saham...mahal jugaklah saham tu...masalahnya...saham tu dah makin jatuh... korang doakanlah saham aku beli tu naik balik...ni semua pasal korea nak perang2 lah ni...ciss betul lah...baru nak kaya sikit...
so...apa tips nak main saham ni...lu fikirlah sendiri ye...

errr...list bawah ni untuk peringatan aku je ni...hehe


minyak RON95 naik 5 sen

tapi dia tak cakap naik...dia cakap kurangkan subsidi jerrrr.... sib baik petang tadi dah isi penuh...untung sejap...ekeke lepas ni kena cakap...kurangkan harga...kurangkan subsidi tu bersamaan dengan naikkan harga...tapi naikkan harga macam tak sedap pulak kan...haha

KUALA LUMPUR 3 Dis. — Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula berkuatkuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Pengumuman tentang rationalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula. — Bernama

Friday, December 3, 2010

video kebakaran besar di israel

JPJ tak cadang beri diskaun saman pesalah trafik

maknanya saman by PDRM je yang dapat diskaun...kalau JPJ yang saman korang... no diskaun...fixed price...ekeke

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak bercadang mengikut langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi diskaun saman terhadap pesalah trafik buat masa ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata untuk tempoh sekarang saman yang dikeluarkan JPJ kepada pesalah trafiknya adalah kekal pada kadar sedia ada.

Janji anggota Search, Wings

BERITA kemunculan semula dua gergasi rock, Search dan Wings yang akan menggegarkan dua lokasi pada 18 dan 25 Disember ini pasti menggembirakan ramai peminat mereka.

Menerusi persembahan yang dikenali DiGi Live! Konsert Gemuruh DT Search dan Wings, mereka akan beraksi di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang diikuti Surf Sunway Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor.


Persembahan yang dianggap penutup tirai 2010 ini menyaksikan kerjasama antara penganjur eksklusif, RYE Productions Sdn Bhd bersama rakan penaja, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) manakala Harian Metro adalah akhbar rasmi.

check saman

sementara ada diskaun ni...meh kita cek saman...kalau2 ada...cara nak cek senang je...

secara sms

POLIS SAMAN (no plate) OR POLIS SAMAN (no ic) dan hantar ke 32728

untuk dptkan semua saman:
POLIS SAMAN (no plate) SEMUA OR POLIS SAMAN (no ic) SEMUA dan hantar ke 32728

bayaran: sekali hantar rasanya 15sen...dan setiap sms yang diterima...50sen

kalau nak cek online :

* JPJ Website
* MyEG
* Rilek.com.my

untuk yang websites ni...bole cek tapi kena register dulu


kalau nak bayar secara online :

* MyEG
* Rilek.com.my

errr...aku takutle nak cek...ekeke

Thursday, December 2, 2010

aku tak berani bukan bermaksud aku penakut...

tak berani bukan bermaksud penakut...bole pakai ayat ni untuk aku...yep... aku rasa memang bole pakai...dah banyak kali aku usha2...ntahlah...belum berani lagi...errr... tapi aku bukan penakut le...aku nak... tapi...

Wednesday, December 1, 2010

team paling teruk di Britain?

Team bolasepak paling banyak lepaskan goal...paling teruklah maksudnya tu...ada banyak kosong lagi tu kalau ada sapa2 nak cuba nasib main kat oversea...nilah teamnya..janji main kat UK ok...ekeke


The worst football team in Britain?




It can't be a heartening experience for any football team, picking the ball out of the back of your net once every 4.36 minutes. But on average, since the start of the season, that's what the first team of Madron FC, near Penzance, have had to do. After losing their opening matches in the first division of Cornwall's Mining League by the relatively modest margins of 11-0, 4-1 and 16-0, they slumped to 27-0 and 27-1 defeats before succumbing, two sorry Saturdays ago, to a monumental 55-0 thrashing.

modem kena sambar petir

modem aku problem...ini pakai BB celcom...faham2 jela kalau pakai BB ni...kadang2 laju...kadang2 macam @#$##$%# so...nanti aku stopkan line tenet aku sekarang...sehingga aku apply lain punya...mungkin aku jarang dah beronline...selamat sejahtera untuk korang semua ye...dan good luck untuk semua yang sedang berpeperiksaan...

BB ni pinjam punya...hehe

p/s: lain kali kalau hujan...offkan modem dan cabut line tipon connect to modem tu...ingat ye mario...haha

FW: Hari Kehancuran..


kongsi email lagi dengan korang...tenet aku problem...kene cepat2 ni...
errr...kalau ada makumat yang kurang tepat...korang betul kan eh...

Tuesday, November 30, 2010

tak malu...

ada sekali aku nak keluar pergi jalan2, lepas keluarkan keta aku... anak aku pun tutup le pintu pagar, masa dia nak tutup dan kunci tu..aku dah perasan sekor anjing hitam bulu tebal tiba2 datang dan terus masuk rumah jiran aku...aku tengok anjing tu macam tak betul je tapi aku diam je ...perati je kat side mirror aku...tiba-tiba...

Monday, November 29, 2010

“The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader”




macam best je citer ni...nuffnang taknak bagi tiket free ke...klik gambar untuk tahu lbh lanjut pasal citer ni....malas aku nak kopi pes...panjang sangat...trailer bole tengok kat sini http://www.youtube.com/watch?v=hrJQDPpIK6I

Leslie Nielsen, Star of 'Airplane!' and 'Naked Gun,' mati

Patutlah dah lama dia tak berlakun...dah tua rupanya...ekeke tak dapatlah lagi nak tgk citer lawak selamba lagi ek... sekarang ni lawak jerit2 je yang ada... bagi yang tak tengok lagi citer2 lawak dia... korang tengoklah weh...memang kelakar...wakaka

err...nampak sgt takde storykan...sampai citer ni pun nak buat entry,,,ekeke

besaunya...


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat labu air ketika lawatan ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

buat pukul orang pun best ni...ekeke ni kalau beli kat pasar...mesti senyum senyum je bawak dgn selambanya ek...naik motor pulak tu...wakaka

Sunday, November 28, 2010

Denggi: Tiga kematian baru dilaporkan

dah merebak dah denggi ni...jaga kebersihan rumah masing2 dan rumah jiran jugak...nak buek camane...terpaksala kita jaga jugak kebersihan rumah jiran2 kita weh...nyamuk tu bukan dia tau sapa tuan dia...dia belasah semua...

GEORGETOWN 28 Nov. — Tiga lagi kematian akibat demam denggi dilaporkan minggu ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 128 orang sejak Januari lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata satu kematian dilaporkan di Sarawak semalam manakala dua kematian dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang dan Johor pada Isnin lepas.

blog pilihan malaysia 2010

aku pelik sana sini ada blogger2 sibuk dgn blog2 pilihan ni...mulamula aku pun malas gak nak amik tau...tapi bila ada yang buat entry2 pasal menda ni...aku pun terjah le blog tu...nak tau jgk...sapa penganjur dia...rupa2nya...
aku pun tak tau sapa penganjur anugerah ni... tengok senarai mcm pelik pun ada...tapi...mungkinlah kot blog dorang tu best...aku takde pulak nak cek satu2 blog2 yang masuk senarai tu...

apa pun...aku harap takdelah kontroversi eh keputusan dia nanti...ekeke walaupun blog aku tak masuk senarai...aku sokong jela mana2 yang best tu...nanti dah femes...jangan nak kutuk2 blog2 cam aku ni sudahlah... haha kalau bole berilah tunjuk ajar ye...

-------------------------------------------------------------------------

aku tolong promosi je ni sbb ada blog kawan2 yg masuk...ramai tapi tak bole revealkan yang mana aku nak sokong...hehe

Saturday, November 27, 2010

software auto entry writting untuk blog

wahh...kalau ada software yang cenggini harap dpt pass kat aku eh... aku nak yang bole tulis n3 secara tetap...set kan 2 jam sekali dia akan tulis secara sendiri... topik dia pilih sendiri... aku nak baca2 je... best best

Friday, November 26, 2010

melorot...

seperti yang diceritakan kepada aku...


percaya atau tidak...walau seburuk mana pun kereta mekanik... kereta dorang tetap terbaik...so...janganlah kurang pandang rendah pada kereta buruk ni...itu mungkin kereta mekanik... mekanik ni pun macam doktor jugak kan...doktor keta... dulu masa keta aku eksiden...kena masuk bengkel...aku pun pinjam keta mekanik tu... yela...susah jgk kalau takde keta...so...aku cakap kat mekanik tu...kalau bole kasi pinjam keta baru aku repair kat bengkel dia... kenalah dia setuju...dia kasi aku keta buruk je...aku tak kisah sgt...aku pun amik...pinjam seminggu camtu aku tak berani nak bawak jauh2... tapi...

Wednesday, November 24, 2010

eleh...takdelah best sangat

pelik betul...takdelah best sangat...aku tengok biasa je...tapi best jugaklah...

Tuesday, November 23, 2010

pendidikan seks

KUALA LUMPUR 22 Mac - Kementerian Pelajaran disaran memasukkan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja.

Monday, November 22, 2010

lelongan awam terbaru

ini bukan nak lelong orang...korang tengok sendiri...aku pun tak tau apa jadah aku nak letak kat blog aku...bhahaha

Sunday, November 21, 2010

Translation

esok aku translate...

Friday, November 19, 2010

Selamat bercuti sekolah

yeay...best bila sampai cuti sekolah ni...walaupun aku bukan budak sekolah yang kiut...eh silap...dulu masa sekolah kiut jugak...ekeke sekarang dah tua...adoi...tak kiut lagi le...engsem je...haha aku bukan apa...masa cuti sekolah ni lah...

Thursday, November 18, 2010

Pamela Anderson vs Maria Ozawa

perghhh...makin lama makin maju...kalau di indonesia kecoh dengan maria ozawa... dr. romzey dua alam akan menggemparkan Malaysia dengan Pamela Anderson... malas pulak aku nak tepek gambar Pamela kat sini...

Facebook Ameillya Fellirina

Apeke jadahnya aku nak promote fb budak ni ek...sedangkan aku takde fb... aku bukan apa...baru aku tau...betapa ketinggalannya aku ni...
Kita dah semakin maju la weh....cuba korang tengok ni...wow...hebat...sambutan xmas secara 1Malaysia... masih sempat untuk mendaftarkan diri...jangan malu-malu...mungkin boleh buat together gether ...wakaka... korang tengok gambar ni pastu...

Wednesday, November 17, 2010

video lembu korban lari

tadi kat berita ada cerita pasal lembu korban yang lari... tapi takde pulak video dia kat youtube...yang ada ni je...layan jela eh...

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Haji / Aildiladha

Selamat Hari Raya Haji / Aildiladha.....

p/s....kenapa ada orang berebut2 nak organ dalaman ek...cth...limpa hati peparu... bukan organ2 dalaman ni tak baik ke utk dimakan?


errrr....aku nak ekor je bole...?ekeke

cinta syy nujum pak belalang

kalau setakat blog nujum pak belalang je aku rasa...takdelah sensasi sgt...tp bila blog femes sensasikan...abih satu malaysia kecoh... camtula kan...bertemu...bercinta...berpisah...walau tak mahu...itu kan jodoh... kalau ada... bagusla kan... kalau takde?....

Pramugari terlampau air asia

TROLLEY DOLLY: Richard Branson was measured for an AirAsia stewardess' outfit after losing his bet with Lotus Racing's team owner Tony Fernandes.



klik gambar untuk tau citer sebenar...keh3 tapikan...camtula ek...dorang ni...sporting gila untuk mende2 cenggini..wakaka

Monday, November 15, 2010

sebelum bw kena update blog

teruk betul pangai aku sekarang ni...sebelum bw musti nak update dulu... arini rasa mcm nak kutuk orang la weh...bole tak?klu ada yg tak suka...jgn tekan baca lagi...ni untuk yg suka baca n3 kutuk2...

Sunday, November 14, 2010

Ac mizal dan aidid mu'addib

hari ni kat metro ahad...cerita ac mizal kat muka depan... sejap je aidid mu'addib blogspot counter balik... orang kata...kalau nak tau citer sbenar, kenalah baca dari kedua2 belah pihak...so... korang baca sendiri...

ac mizal

aidid mu'addib counter

lanjutan dari kes dorang jadi takut pulak aku... sebab aku takde facebook...tak dapatla aku nak bagi link fb dorang2 yang bincang pasal mende ni...korang carilah sendiri ye...

takde apa lagi dah...

hari ni hari ahad...still takde apa2 nak citer...esok baru ada...itu pun sebab nak ucap selamat menyambut aidiladha...eh...tapi tu hari selasa baru bole tulis...alahai...... abis esok nak tulis apa...? ooooo...

Saturday, November 13, 2010

video macamana pemain malaysia dapat kad merah

Keputusan dah tahu...Malaysia tewas 0-3 dengan China tapi takda apa yang boleh pasukan China nak bangga...lawan dengan 9 orang pastu 8 orang... kalau kalah jugak mmg memalukan la...syabas untuk pemain Malaysia yang nampak bersemangat main walaupun terpaksa melawan pasukan yang mempunyai pemain seramai 11 orang campur 1...

MALAYSIA VS CHINA 13/11/2010 sukan asia

Jangan lupa saksikan perlawanan ini secara live di saluran 801 Astro Arena jam 7 malam ni...perlawanan penting sebab malaysia hanya perlu seri untuk ke pusingan berikutnya...walaupun mungkin pemain2 tak dengar korang jerit2 tapi sebenarnya yang penting...semangat patriotik korang akan menyerlah...tak percaya...tengok le...

Dakwah Solat

nampak sangat aku takde idea nak tulis apa...takpelah...ni sekadar cerita yang aku nak simpan untuk aku... mana tau akan berguna dikemudian hari... lagipun harap2 kalau selalu baca cerita2 camni...mungkin boleh buat kita lbh matang...dalam memberi nasihat kat diri sendiri... esok2 baru aku tulis cerita2 aku... makin lama makin bosan le nak tulis entry... lebih suka baca2 je...

Friday, November 12, 2010

viva elite edisi eksklusif dilancar

sebab ada keyword yang masuk, terpaksala aku buat satu n3 khas untuk peminat2 kereta viva edisi khas exclusive.ini bukan iklan untuk perodua...aku tak dapat free pun viva ni...tapi kalau dapat free kan best kan...ekeke

aku tengok2 sesuai untuk perempuan yang keluar masuk parking 4 5 kali...haha

nak senang...klik kanan dan open new window or new tab...sebab banyak cerita dan gambar2 best.Semua berita ada gambar2 tersendiri...cayuk cayuk untuk web2 kereta ni... credit untuk dorang

amik masa 20 minit tau aku cari berita2 ni...






klik gambar atas untuk berita dari prodas

lain2 berita dan gambar

Thursday, November 11, 2010

pesanan/peringatan untuk Mario

ini pesanan untuk aku...bukan untuk korang yang pandai2 dan alim2...untuk dak2 jahat je ni...kawan aku antar email kat aku...siap dgn gambar2 sekali...tapi gambar aku tak tunjuklah eh...sbb tiba2 aku rasa takut pulak...

Wednesday, November 10, 2010

bestnya klu ada duit ptptn

Semalam aku pergi survey handphone... banyak le shopping compleks aku rayau kat melaka...semata mata nak cari ganti hp aku yang dah takde bunyi lagi walaupun

Tuesday, November 9, 2010

citer kat pangkin:aku marah....tapi kenapa dia gelak

aku pelik...sangat sangat pelik...aku bukan buat kelakar...aku serius...aku tengah marah...aku marah secara sangat serius...dengan suara yang sangat tegas...tapi pakcik z hanya sengih sengih....tergelak...tak reti bahasa ke apa orang tua ni...Aku marah bila pakcik z tiba-tiba...

Monday, November 8, 2010

gambar mcm smallville dalam bumi?

Saje nak kongsi gambar2 dari email yang aku terima...



keputusan liverpool vs chealsea 7/11/2010

Ini highlight game malam tadi...kalau2 fan blues tak puas hati ke dgn torres...tapi gol kedua torres memang terbaik...video youtube ni gambar kurang jelas tapi gol tu mmg nampak jelas..lepas 2 gol dihukum torres...klu nak tgk reina buat kelakar kat minit2 terakhir tu korang bole tengok...cam biasa...sebelum game dah tau liverpool menang cuma tak tau sapa yg jaringkan...so...sekarang dah tau....abang engsem yg jaringkan...wakaka jum layan gol2 cantik

Sunday, November 7, 2010

Liverpool vs Chealsea live

Jangan lupa game malam ni...keputusan dah tau dah... liverpool menang.Cuma sapa yang jaringkan belum tahu lagi...

errrr....link2 online ni just untuk simpanan aku je...

Saturday, November 6, 2010

aku serba salah...

Aku sebenarnya dah serba salah sekarang...sejak aku buang shoutmix aku... aku hanya balas yang komen dan yg kat senarai bloglist aku...aku tau ada jugak silent readers yang datang...dan kalau aku sempat memang aku akan trace dorang ni dan terjah blog dorang... mungkin dorang pun pelik camana aku tau dorang datang blog aku...ekeke tapi...

Friday, November 5, 2010

Enjin Airbus A380 meletup di udara

gambar dan video airbus meletup di Singapura

perempuan dan haid... satu penjelasan



Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Thursday, November 4, 2010

Siapa yang ikut baca al-Quran?

puas aku cari dlm draft apa yg nak publish arini...last2 jumpa yang ini...citer dan lama tap rasanya sesuai untuk sepanjang zaman ...


NI cerita pengalaman seorang sahabat. Ia berlaku lama dahulu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di Selangor.

Setiap kali tiba Ramadan dan berkumpul untuk berbuka bersama, pasti cerita ini akan meniti di bibir rakan-rakan yang pernah tinggal sebilik dengannya.

Entahkan ujian atau

Wednesday, November 3, 2010

kalau ini dibuat filem...confirm aku menangis....

Ada 2 cerita ni yang aku rasa...korang pasti akan menangis... korang nilai sendiri... semua dah tau cerita ni tapi sebab aku baru je baca,,,aku upkan... sebab bila baca tu hati aku memang tersentuh...

Tuesday, November 2, 2010

aku memang camni...

ini schedule post...aku mmg camni...
psl tu otai tak suka...hak hak

Monday, November 1, 2010

cakap memang mudah...

dulu2 kalau orang nasihatkan aku je...mesti aku cakap dalam hati...aaaa...cakap mmg mudah...sapa sapa pun bole cakap...setakat nak cakap je kan...
ada sekali tu...

Perdana Menteri Dinasihatkan Berehat Selepas Terdapat Tanda-tanda Awal Cacar

Marilah kita sama-sama berdoa agar PM kita cepat2 sembuh dan boleh menjalankan tugas seperti biasa...

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Sunday, October 31, 2010

ko dah matang?

matang biasanya dikaitkan dgn umur...betul ke... ada jugak yg dah berumur tapi tak matang...contohnya...

Video gol Kelantan vs Negeri Sembilan final piala Malaysia 2010

Keputusan semua dah tau..kelantan menang 2-1 semua dah tau...menang kali pertama semua dah tau...tapi macamana dgn gol2 dijaringkan tak semua tau...ni ada video untuk semua gol gol yang dijaringkan malam tadi..
errr...untuk yg berminat jela eh....

Saturday, October 30, 2010

Tarikh lihat anak bulan Aidiladha petang 6 Nov

just for ur info...
KUALA LUMPUR, 30 Okt — Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, iaitu:

tak sangkanya aku...

Ah... tak sangkanya aku...macamanalah aku bole minat kumpulan ini... tapi lagu dia ...ok pe...haha ni masa aku sekolah dulu ni... biasala kan...terpengaruh ngan bro bro kita...masa tu budak2 manalah tau nak dengar lagu2 ni kat mana... so.. mana yg bro kita minat tu... tu yang akan kita dengar...aku tau..

Friday, October 29, 2010

Apa lagi niii????

ayoyo...orang kata kalau buat n3 ...nak bagi n3 kita ni menarik...kena letak gambar...tapi tang berita ni aku mmg tak tau gmbar apa yang sesuai...huru hara jadinya sekrg....what say u?kat mana yg silap? apa lagi yang nak kita tunggu?
Adakah kita perlu menukar kerajaan?atau adakah kita perlu ubah sistem sekolah kat ng kita?mesti ada yg nak tanya apa pendapat aku...terus terang...aku tak tau...aku dah pening dan takut...yang bijak pandai...belajar sampai kecucur atap tu...sila take serius benda2 ni...jgn asik nak penuhkan poket tembolok masing2...aku dah fedup... hub hiburan? mmg idea terbaik agaknya...

Thursday, October 28, 2010

Video Dimanakan Ku cari Ganti

bandingkan versi baru dengan yang original... aku tetap kata yang original bole buat aku menangis....lelaki pun menangis la...huhu

Wednesday, October 27, 2010

Pelajar Malaysia Yang Dipindahkan Bencana Gunung Merapi

siapa2 yang ada sanak saudara kat sana...bole cek..harap2nya semuanya selamat

Senarai Nama Pelajar Malaysia Yang Dipindahkan Bencana Gunung Merapi

lagu bola pasukan kelantan

kalau negeri sembilan ada lagu hobin jang hobin...sapa tau lagu bola untuk pasukan kelantan weh...

video gempa tsunami di Mentawai sumatera

ini ada beberapa video pasal gempa disana. ...tak tau nak cakap apa dah... video yang kedua tu tahun lepas punya...mmg situ area gempa...

mayat kampung morten.

esok aku balas eh..nak tido ...huhu

untuk citer dan lain2 gambar, korang g kat sini...dia wartawan... dia katalah... tak tau lah aku...betul ke tak...ekeke

n3 adalah sebab ada keyword tajuk n3 yang masuk kat sini...tapi klu dia tgk kat bloglist aku...patut dia jumpa...sebab dia tak jumpa aku terpaksa buat satu n3...so kepada yg cari mayat kat kg morten...boleh g kat blog yang aku bagi tu eh...jaga2 ckit...dia garang...haha tak arrr...dia baik...

Tuesday, October 26, 2010

Gempa: 40 maut dalam tsunami di Sumatera

Jaga2 weh...bagitau semua...jangan tragedi berulang....



JAKARTA, 26 Okt - Seramai 40 orang dilaporkan maut dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.

citer kat pangkin: hanya dengan jelingan...

tak lama lagi musim orang kahwin...teringat aku dengan jeling menjeling...ekeke Biasalahkan...bila orang kahwin je...orang2 muda cam aku ni...ensem pulak tu kena jadi penanggah...sebab aku ni ensem...aku kena jadi...

Monday, October 25, 2010

sinetron cahaya di astro prima episode 139

weh...jap eh...aku update jap...petang kang aku balas semua...aku nak kuar jap

ini channel untuk sinetron cahaya episode 139...

lirik hobin jang hobin youtube

Aku bukan lah peminat pasukan NS tapi sebab ada keyword yang masuk...aku masukkan jugak menda ni eh,,,ekeke pelik jugak aku camana boleh masuk keyword ni... so...kepada peminat2 pasukan NS... sila hafal lagu ni...nanti korang bole nyanyi ramai2 kat stadium. lagu bolelah tahan...tapi tak taulah kalau nyanyi ramai2...tak taulah best ke tidak...takde pulak versi kat stadium...haha

lelaki jenis apa ni?

Sebenarnya...kalau kita fikir2kan... metro suka dengan citer2 camni... tapi kalau korang fikir balik...ini untuk peringatan korang jugak...kaum wanita. Lupakan kejap pasal kekejaman...aku rasa dah biasa dah kita baca pasal kekejaman tu...kat tv pun banyak...cuba korang baca citer tu... nikah kat negara jiran tanpa mendaftar kat sini...itu berita terselit tu yang penting. Kerana cinta, bernikah kat ng jiran... harap2 sah lah yer...lepas tu pergi le daftar kat sini...ini untuk korang jugak dan anak2 yang bakal lahir...

Kencing muka lafaz talak tiga

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Keputusan Pemenang Festival Filem Malaysia 23 (FFM23)

aku tak tengok pun...haha

Magika Gondol Anugerah Filem Terbaik FFM-23
SHAH ALAM, 25 Okt (Bernama) -- Filem fantasi muzikal, 'Magika', terbitan KRU Studio Sdn Bhd, memenangi anugerah perdana Filem Terbaik pada majlis Anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM-23) di sini Ahad malam.

Filem arahan Edry Abdul Halim itu berjaya menggondol trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 serta pengarah itu juga memenangi anugerah Skor Muzik Asal Terbaik.

Sunday, October 24, 2010

Sijil Modular Kebangsaan

ini ada atu lagi peluang untuk sambung belajar... sapa2 yang minat nak belajar kemahiran tu...bole le tunggu peluang ni yer...tapi ini baru je diumumkan...macamana dia nak buat... takde pulak dia cakap...oo...ini untuk golongan yang dah kerja... termasuk aku la tu...haha nanti bila rajin...aku cuba cek kat kolej komuniti...kalau rajinlaa...huhu

Program sijil separuh masa kolej komuniti

JITRA – Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi hari ini melancarkan Sijil Modular Kebangsaan secara separuh masa sebagai pendekatan baru yang lebih fleksibel bagi menggalakkan masyarakat mendapatkan latihan kemahiran.

Aku tiada lagu cinta

Ini bukan tajuk sinetron terbaru yang aku sibuk nak test keyword tapi ini tajuk entry baru aku....haha percaya atau tidak... ramai orang ada lagu cinta dorang... tak kiralah sapa.. yang peliknya tu...bila dorang cakap... aaaa... sebijik macam kisah aku... yang ni biasanya untuk..

sinetron pengantin remaja sinopsis youtube


Tak tau lah aku sinetron ni dah ditayangkan ke belum sebab aku bukannya tengok tv pun...tapi...kalau ada yang nak tengok...bolelah tengok...haha

sinopsis

Amelda Dianti (Alyssa Soebandono), seorang pelajar SMU, pemimpin gank para cewek di sekolahnya. Sejak bayi ia sudah dijodohkan dengan seorang lelaki oleh kakeknya. Nah, saat usianya 17 tahun, ia menginginkan bertemu dengan pangeran yang dijodohkan dengannya itu. Secara tak sengaja ia bertabrakan dengan Fabian (Christian Sugiono), ia jatuh cinta. Ditambah lagi dengan pertemuannya yang tak mengenakan, Amel diduga merokok di sekolah oleh Fabian. Ternyata, Fabian adalah lelaki yang dijodohkan kakeknya sejak Amelda bayi. Mereka pun pacaran sembunyi-sembunyi, karena Fabian bekerja sebagai Guru BP di sekolah tempat Amel belajar. Mereka pun sampai pada jenjang pernikahan. Sementara itu ada Erik (Fuad Zulkarnaen) yang terobsesi ingin memacari Amel. Dan Bu Farida (Anna C Pinem), perawan tua yang tergila-gila ingin disunting Fabian sebagai istri. Cerita sinetron ini ditulis oleh Adra P. Daniel dan disutradarai oleh Desiana Larasati.

Keputusan separuh akhir piala Malaysia

Semua mesti dah tahu keputusannya kan..mesti ada yang puas hati...dan yang tak puas hati...yang atas pagar macam aku ni... tak kisah sangat sapa pun pergi final... janji final nanti harap2nya kedua dua pasukan akan menunjukkan permainan yang menarik dan bersemangat dan takde pergaduhan . Mainlah dengan semangat kesukanan... yang penting biarlah terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan...dah lama tak angkat angkat kaki tengok game malaysia... please lah yer...mmmm...kalaulah aku main dulu...sure pasukan negara kita tak mcam ni...ahak ahak...

Kelantan temui NS di final Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Kelantan dan Negeri Sembilan akan bertemu di final Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir sebentar tadi.

Tuan rumah Kelantan menewaskan Kedah 1-0 untuk mara ke final selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Alor Setar.Negeri Sembilan pula menewaskan Johor FC 2-0 di tempat lawan untuk layak dengan agregat 2-1.

Saturday, October 23, 2010

Nanu Lakon Aksi Ranjang Selepas 20 Tahun

ni statement nak bangga ke hape? peninglah aku...

(ujian keyword sedang dijalankan...harap bersabar dengan gangguan..)


PETALING JAYA: Pelakon Nanu Baharudin mengakui gementar dan malu ketika melakukan adegan panas bersama pelakon kacak Adi Putra dalam filem Haq yang bakal ditayangkan pada 27 Januari 2011.

Kata Nanu, adegan tersebut merupakan pengalaman pertamanya melakonkan aksi ranjang setelah 20 tahun bergelar pelakon.

mari menari astro ria

Siapa yang tengok rancangan ni?aku tertengok sejap hari tu...tapikan... pendapat aku... yang jadi peserta kelakar...yang jadi juri pun kelakar.... dah jadi macam rancangan raja lawak pulak... ini mungkin sebagai training gusi kita untuk rancangan raja lawak yang akan datang ni... ni haaa....siap kena explain lagi pulak konon2 dia pun layak untuk jadi juri... terpaksa degend diri sendiri... haiyoooo..

"Tidak Timbul Layak Atau Tidak Jadi Penasihat" - Zul Huzaimy

bapak kepada bapak piranha

Perghhh...inilah kot bapak kepada bapak piranha...memang logik le kalau besau ni boleh makan bot2 yang lalu tanpa kebenaran...tengok le gigi dia yang besau...setakat gajah...memang selamba je dia gigit gigit manja...tapi kalaula piranha ni manja...dia boleh kemam kemam je... ada tak yang sanggup hulur peha dia...ekeke

Friday, October 22, 2010

OST Alisa D'MASIV-Cinta Sampai Disini

D'MASIV-Cinta Sampai Disini .Boleh tahan lah lagu ni...ini untuk yang minat jela eh... tak minat ...tak payahlah tengok...ekeke tapi gambar sangat clear... sinetron Alisa ni pun aku tak tengok tapi macam biasa... cerita lebih kurang samalah kot dengan cerita2 lain...haha

Filem 2 Alam yang bakal kontroversi

Korang perasan tak iklan filem ni kat metro...aku macam malas nak layan tapi tiba2... rupa2nya...ni haa komen dari wartawan yang secara tak langsung telah memberi promosi kat filem ini dan secara tak langsung jgk aku pun bagi iklan jugak...wakaka tapi aku tak tengok pun citer yang ngarut2 camni...eh...aku mmg dah lama tak tengok wayang... lupa pulak...aku lbh suka dengar org citer pastu bole la aku kutuk2...ekeke

Thursday, October 21, 2010

BPL: mimpi ngeri....




Pastinya ini mimpi ngeri bagi pasukan yang sekarang ini secara tiba-tiba berada di atas ...<-----ayat penyedap hati je ni...keh3

Liverpool target Frank Rijkaard determined to make Premier League move - report


Rumoured Liverpool managerial target Frank Rijkaard is determined to force through a move to the Premier League after he was sacked by Galatasaray, according to skysports.com.

Rijkaard, 48, was dumped by the Turkish giants this week after an unhappy 16-month spell. The Dutchman's reputation remains strong, however, following his Champions League and La Liga winning period with Barcelona.



Bapak dia kata sikap tunang dia yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.

pemarah mengongkong tu aku faham tapi sukar diajak kemana2 tu apa maksud dia ek...
hanya dorang jela yg tau apa maslah sebenar...tak payahlah nak buat spekulasi...ekeke

errr...nnt aku balas semua yg dtg eh...skrg bizi lagi...ptg2 kang...




KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.

Wednesday, October 20, 2010

cerita insaf

Saje nak kongsi email yg aku dapat...tak taulah akan kebenaran cerita ni tapi kalau tak betul pun...aku kongsi gambar2 kat mekah...mana tau bila tengok gambar dengan baca cerita ni...terbukak hati kita nak kesana



In the program called (ONE FAMILY) on MAJD channel

The speaker was Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee)

He said that Muslims are never disorganized; they just need to be CONVINCED

Tuesday, October 19, 2010

urlpass dan blogger

apa kejadahnya urlpass ni? bole sapa2 bagi tau aku ke?apsal ramai yang guna urlpass ni? bosanlah aku tengok...
apsal geng2 dorang asik spam je ni? urlpass ini ke yang guna mesin blogwalk tu? adoi...

kalau aku salah...maafkan aku ok...tapi aku sbnrnya takut nak tekan mana2 yang guna urlpass ni... siyesly...kalau korang guna... kemungkinan untuk aku datang ke blog korang sgtlah tipis... maafkan aku... kalau yang guna mesin blogwalk... takpelah kan kalau aku tak datang keblog korang... errr... baru nak jalan22 dah rasa malas balik... ok lah... aku nak pegi jogging... tu lagi baik...hhahaha

video mat rempit beraksi ganas...

perghhh...mmg ganas dan merbahaya.... penjelasan telah diberi... fikir fikirkan

mutiara hati : cinta dan anugerah episode akhir

Macam biasa sebab episode sgtlah banyak...aku letak episode akhir je...versi youtube...untuk episode2 yang lain...bole tengok kat channel youtube tu...

Monday, October 18, 2010

Cerekarama : Berdosakah aku?

Sedih cerita ni...memang bole menginsafkan tapi terganggu pulak nak tengok sbb kejap2nak tengok bola...nanti kalau ada link donwload..aku akan bagi yer...nak tengok online pun sekarang dah payah sebab kena sign up ngan Tonton.takpelah...sementara aku cari tu...ni sinopsis dan

Sunday, October 17, 2010

facebook dan jodoh

Nenek 13 cucu nikah pemuda dikenali melalui facebook

KODIANG: Perkenalan selama enam bulan melalui laman sosial Facebook membawa ke jenjang pelamin seorang nenek yang mempunyai 13 cucu dengan pasangannya yang 34 tahun lebih muda.
Munah Ishak, 68, berkata, dia dan suami, Mohd Reduan Mohd Noor, 34, berpendapat perbezaan usia bukan penghalang menyatukan mereka malah, menganggapnya sebagai takdir apabila bertemu jodoh dengan lelaki lebih muda.

nak baca lagi

lepas ni...makin ramai le nenek2 tunggal yg nak bukak akaun facebook ek....ekeke tapi tula kan...jodoh tak mengenal usia...kalau laki tua kawin muda org ckp...laki tu gatal...miang...kalau kes camni?adakah

Saturday, October 16, 2010

Cuti bersalin untuk lelaki...

Cuti bersalin 90 hari bergaji penuh....

aku rasa ni paling best kot...ntahlaa...yg lain2 tu...kurang pasti pulak...sebenarnya tak faham sgt...baget2 ni bukannya aku faham sgt...klu dulu2 tgk harga rokok naik ke tak...pastu tgk cukai...tu jela yg aku faham...haha

errr...tp kenapa ada limit tak bole lebih 300 hari pulak eh....90hari x 3 = 270 hari...
lagi 30 hari tu bila nak klem? maknanya untuk 3 kelahiran je kot...or kelahiran ke4 tu bole cuti sebulan je...or sbnrnya bole simpan2 utk 5 kelahiran... klu org dah bagi cuti...ada ke weh yg nak simpan2...huhu

btw...mende ni bagus la kan...nanti dia keluar la tu guideline dia ek...kita tunggu je...

untungnyela pompuan ni ek...seme sayang...huhu..

untuk laki yg nak jaga isteri lepas bersalin...taknak bagi cuti ke?

Friday, October 15, 2010

kenapa cemburu?

memang pelik dunia sekarang ni...tak bole tengok orang senang... sikit sikit nak cemburu... dengki... perlu ke cemburu? kejap lagi

Thursday, October 14, 2010

NEVER MESS WITH WOMEN

no offend...just a joke from an email i received ....

mesti ramai ada dpt email camni kan...

errrr...org pompuan... betul ke jgn memain ngan korang...? huhu

tapi takdelah mcm ni kan...tapi betul ke jgn memain ngan korang...wakaka



--------------------------------------------------------------------
A Punjabi lawyer working in UK wrote to his wife in India...
=====================================================================

Dear Sunita Darling,

I can't send you my salary this month because the global market crisis has affected my Company's performance, so I am sending 100 kisses. You are my sweetheart, please adjust.



Your loving husband,
Tuna Singh


His wife replied...

Wednesday, October 13, 2010

citer kat pangkin:untungnya jadi perempuan

hah!asik tido je ko...cepat siap!!! eh...cik...apahal pulak ni cik... baru nak terlayang ni... terlayang pala hotak ko... pakcik z marah aku lagi... aku slow2 bangun... pastu cakap... untung jadi pompuan cik ek... apasal??

“Mentari Merah di Ufuk Eropah” di Astro box Office





Synopsis:
Sebuah dokumentari Konsert Kumpulan rock tersohor Malaysia, kumpulan SEARCH yang ditunjangi oleh Amy, Nasir, Yazid, Kid dan Din.

“Mentari Merah di Ufuk Eropah” adalah bingkisan kisah perjalanan atau kembara seni yang lalui oleh SEARCH di Eropah. Jelajah ini merupakan sebuah dokumentari siri konsert SEARCH yang pertama seumpamanya yang telah diadakan di Dublin.

Tuesday, October 12, 2010

search mentari merah di ufuk eropah

sapa2 yang ada tuu...silalah upload cepat2 weh...tak sabar aku nak download...huhuhu

eh...pendek pulak n3 ni...ekeke

Kalo rindu?


Bila rindu ku sebut namamu..itu lagu lama...itu rindukan sang kekasih...tapi kalo rindu ni tak semestinya rindu kat kekasih je kan...ada yang rindu kat rumah... orang rumah... seisi rumah...dan pelbagai rindu lagi...kalau rindu ,

video kemalangan ngeri sebelum kedatangan bomba

video ni agak ngeri...pagi tadi dah kena remove kat youtube...ni dah ada balik tp amran yer...agak ngeri...aku tgk separuh je...mcm tak sampai hati pulak nak tgk...tapi mmg menginsafkan...

nak tengok...risiko tanggung sendiri yer... ni last lah aku update psl accident ni...

tgk kat sini

Monday, October 11, 2010

video kemalangan ngeri 10.10.10

tadi gambar2 kemalangan ngeri 10.10.10. ini video yang aku rasa terjelas untuk memberi gambaran kat kita kemalangan ngeri tersebut.
penyiaran adalah semata mata untuk memberi pengajaran dan peringatan kat kita.Semoga roh2 mereka yg beragama islam bersama sama roh org2 yg beriman...Al-Fatihah...


Kemalangan Ngeri 10-10-10 11 Orang Maut

Gambar sekitar kawasan kemalangan ngeri si simpang ampat

Ini ada gambar gambar tragedi dikawasan kemalangan ngeri simpang ampat malam tadi.Rasanya gambar2 ni tiada kat suratkhabar.Jadikannya sebagai peringatan untuk kita.Gambar agak ngeri.

boleh tengok disini

terkini: 3 lagi mangsa nahas bas, kereta, van meninggal dunia

11/10/2010 12:08pm

SEREMBAN 11 Okt. – Tiga lagi mangsa nahas kemalangan melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, semalam, meninggal dunia hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan jumlah mangsa yang meninggal dunia setakat ini meningkat kepada 15 orang.

“Tiga lagi mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital hari ini manakala 12 di tempat kejadian semalam,” katanya di sini hari ini. – Utusan

Sheikh Muszaphar mahu 10 anak



yola tuuu...


PUTRAJAYA - Setelah lapan tahun menyulam cinta, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dengan mas kahwin sebanyak RM80 kira-kira jam 11.40 pagi di hadapan ahli keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.

Melaka Hulur Sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan ngeri

Bukan ke kenderaan berat memang tak bole speed melebihi 90km/jam...kenapa tiada penguatkuasaan?dulu...masa setiap kali kemalangan yang ngeri macam ni, macam2 cadangan yang telah kita beri...kenapa tak dilaksanakan?lepas ni benda yang sama kita akan dengar....

Melaka Hulur Sumbangan Ringankan Beban Keluarga Kemalangan Ngeri

MELAKA, 11 Okt (Bernama) -- Kerajaan Melaka mengucapkan takziah dan menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat sini, petang Ahad.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan negeri memberikan bantuan sebanyak RM1,000 bagi menguruskan pengkebumian setiap jenazah manakala mangsa yang cedera parah juga diberi RM1,000 dan cedera ringan sebanyak RM500.

Sunday, October 10, 2010

soalan percubaan masuk ke asrama penuh

ini bukan aplikasi nak masuk sekolah berasrama bantuan penuh kerajan ataupun MRSM, tapi soalan percubaan je...ingatkan senang tapi soalan2 mmg susah tapi takpe...aku berjaya mendapatkan soalan2 percubaan ni dan kongsikan dgn korang...

Saturday, October 9, 2010

award lagi


dpt award lagi... tapi soklan2 dia dah penah jawab dulu2...so...aku amik award je...haha sorry yer...nak tag kat orang pun dah malas dah...ramai sgt...huhuhu

iklan jalur lebar

bagus iklan ni...walaupun tak tau le ini realiti ke tak tapi msg yang nak disampaikan tu memang terbaik...mula mula aku dengar lagu pun dah best...bila tgk iklannya...perghhh...

Friday, October 8, 2010

bestnya kalau ada assignment berlambak lambak

bestnya kalau hari2 ada idea nak update blog...puas dah aku melilau lilau satu dunia cari idea tapi hampa... dah baca dah tips otai2 camana nak cari idea tapi hampeh...mcm tipu je tips dorang bagi tu,,,wakaka

dah bukak paper online dah...tapi macam takde citer best...lagipun makin lama makin bosan pulak aku ngan paper2 tu...takan nak citer pasal cerai berai artis pulak...

wrestling malam tadi pun mcm tak best pulak...the rock ngan shawn michael takde...dah hambar dah aku tgk wrestling... in facts...dah lama aku tak tengok...

sukan komenwel pulak mcm tak best pulak...

politik...ehem ehem...makin lama makin bosan...haha

kalau aku ada assignment nak buat...kan best...ekeke

Thursday, October 7, 2010

citer kat pangkin:pembalasan Mario

esok tu...aku ingat nak balas dendam le...nmpk je budak2 tu dari jauh.. aku dah jerit...hoi korang...meh sini meh...meh lawan dam lagi meh...hahaha aku gelak... takan takut kot...hahaha aku gelak lagi...budak2 tu datang pastu terus cakap...

Musa Hassan dan Mohd Bakri diperintah hadir di mahkamah

"tiada siapa mengatasi undang-undang dan ini adalah mahkamah undang-undang di mana tiada siapa yang diberi pengecualian" baguslah klu camtu ek...

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin untuk hadir di mahkamah pada 28 Okt, pada hari keputusan prosiding menghina mahkamah yang dibuat dua lelaki berhubung penahanan semula mereka mengikut Ordinan Darurat 1967.

soalan percubaan / trial SPM/PMR 2010

Koleksi soalan-soalan percubaan SPM/PMR 2010 dan skema jawapan pelbagai negeri bole dapatkan disini dan disini, Ni jela yang saya dapat bantu.semoga semua dapat keputusan yang membanggakan keluarga dan diri sendiri eh... selamat berjaya

orang kata...soalan2 dari Pantai timur akan menjadi pilihan...pasal tu selalu yang keluar dapat keputusan power2 adalah dari sana...

masih sempat lagi...jangan putus asa...

ps: dgn budak2 kena cakap saya...haha

Wednesday, October 6, 2010

citer kat pangkin : jangan jadikan aku sebagai idola

Ada sekali tu...aku main dam kat pangkin...lawan aku seme budak2... setiap kali menang ...aku akan gelak kuat2...mula2 ada 2 orang yang berani lawan aku...lepas tu tinggal sorang...dia ni mmg manja sikit...tapi berani...mungkin sebab suka kat aku...haha maklumlah kan ada budak2 yang sll nak jadikan budak2 besar ni idola dorang... mungkin aku ni idola dia kot...tapi..

translate lirik lagu Barakah maher zain

ni haaa....translation dia...kalau salah...sorry le...agagaga

DUN Galas: Penamaan calon 26 Okt, hari undi 4 Nov

PUTRAJAYA, 6 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas akan diadakan pada 4 November ini.

Penamaan calon pula dijadualkan pada 26 Oktober.

Tarikh-tarikh pilihan raya kecil ke-12 ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar di sini sebentar tadi.
MENYUSUL LAGI-TMI

kenapa

Tuesday, October 5, 2010

pelik: Padlock boleh makan



masa tunggu result SPM dulu aku penah kije kilang papan...biasalah kan...dak kampung cam aku ni...kije kilang jela...nak kije McD ...takut...haha masa tu lepas raya...cam sekarang ni lah...biasa orang buat rumah terbuka...aku ni mana la rajin nak layan rumah terbuka makcik2 ni...ekeke so...ada sorang kakak ni pun bagi cdgnlah masa kitaorg duduk gathering eh together masa rehat tu... weh...jum kita buat

justin bieber is actually an old man?

dua 3 hari ni heboh pasal justin bieber ni kat youtube.konon2 dia sebenarnya orang tua...wakaka tapi tu semua tipu la weh...berita tu berita tipu2...saje nak main2...apa daaa...wakaka

ps:test keyword....wakakaka

Bahana letak komputer riba atas paha


GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan
seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.


jagalah kecantikan peha sendiri...walaupun tak nampak...haha



CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

pingat emas pertama Malaysia



Amirul Hamizan Ibrahim (tengah) diapit pemenang pingat perak Dey Sukhen (kiri) dan VS Roa dalam acara Angkat Berat Lelaki 56kg Sukan Komanwel semalam. Amirul sumbang emas pertama Malaysia. — Bernama


Tahniah amirul....

Monday, October 4, 2010

apa kejadahnya

apsal byk sgt update hari ni?ooo......patutlah...haha
sesaje nak rosakkan blog aku ni...korang jgn amik hati eh...

liverpool oh liverpool

you still not walk alone...haiyooo...ekeke

terkini!!Kertas Siasatan Kes Pembunuhan Sosilawati Hampir Siap

harapnya kali ni bila dah selesai dan diserahkan......tak dipulangkan semula tapi klu dipulangkan sbb tak complete dan susah nak sabitkan...baiklah disiasat lagi ...jgn nanti sebab masalah teknikal...pembunuh akan terlepas... take ur time polis...dont worry...we trust you...

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka siap tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata polis masih lagi berbincang dengan unit khas yang mengendalikan kes itu bagi melengkapkan dan mengemaskini siasatan seperti yang diminta oleh Jabatan Peguam Negara.

orang tua yang kiut



cerita kat sini....

sebab takde cerita dah...aku pun baca le citer ni...tak abis pun aku baca...sebab

harga rokok naik

Semalam kecoh harga rokok dah naik...pagi tadi tu lah topik hangat yg dinbincangkan kawan2 aku...tapi masalahnya

Sinetron Alisa tv3

nmpk sgt dah takde idea nak update...layan jela eh...Sinetron Alisa ni katchanel ni...

Sunday, October 3, 2010

Majistret disabit rasuah

lepas peguam.... ni haaa... majistret pulak dah... haiyooo...

KOTA BAHRU: Seorang majistret dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan berkaitan rasuah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperoleh rasuah berupa wang tunai RM3,000 daripada Md Shani Ishak di sebuah stesen minyak Esso, Machang, kira-kira jam 10.30 malam, 11 Oktober tahun lalu.

Saturday, October 2, 2010

dunia akhir zaman

Dunia akhir zaman youtube ni ...Thanks to original uploader... tengok dan fikir...

lirik lagu Padi : Sahabat Selamanya OST Upin Dan Ipin


Mp3 akan menyusul...kalau rajin...haha



Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... Selama-lamanya... setia...

Friday, October 1, 2010

Penganggur disebat enam kali minum arak

harap2 lepas ni...operasi yang akan diperhebatkan sampai takde lagi remaja2 kita yang minum....7e ada camera...senang2 bole kesan budak2 ni...harap2nya hukuman ni akan menakutkan dorang...kadang2 hukuman dunia dorang lbh takut...


KUANTAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 ke atas seorang buruh atas tuduhan meminum arak di khalayak ramai di sini pada Februari lalu.
Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamed Rezzal Mohamed Yussof, 24, mengekalkan pengakuan bersalah walaupun mahkamah memberikan masa untuk dia melantik peguam.


Abdul Rahman juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama satu tahun sekiranya dia gagal membayar denda itu. Mengikut fakta kes, Mohamed Rezzal didakwa minum arak berjenama Tiger dalam tin minuman dengan isipadu 350 mililiter (ml) di tempat letak kereta di bumbung pusat beli-belah Kuantan Parade di sini jam 5.30 petang, 13 Februari lalu ketika sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang mengadakan operasi penguatkuasaan.

Anugerah Intel untuk pendidik, guru inovatif

wah...ni satu lagi peluang anugerah untuk cikgu cikgi...apa lagi... grab the opportunity...so...kalau ada cikgu korang yang inovatif tu...bolehlah calunkan dorang...bila lagi nak calunkan cikgu kan...hargai jasa cikgu... kalau nak calunkan...boleh amik borang kat sini berita berkaitan bole baca kat bawah...

Thursday, September 30, 2010

tukang tidur ....




sebelum ni awak keje apa?tukang tido encik...jawab X tanpa ragu ragu...camana keje awak tu? ooo...susah cik...saya datang keje, punch...pastu masuk keje je kena terus ke bilik supervisor...dengar taklimat pastu terus bukak...

Badak air berwarna merah jambu



Badak ni pemalu tau...jangan kacau dia ok...tapikan...ini badak jantan tau...ceh...jantan pinky ...hehe kiut jgk kan...kalau lelaki pakai pink...kiut tak?haha


Peperiksaan SPM 2010 bermula 23 November

perhatian kepada budak2 SPM...korang ada tambahan satu hari lagi untuk study...ekeke good luck ye semua

untuk download jadual peperiksaan SPM 2010 kat sini


KUALA LUMPUR: Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diadakan mulai 23 November ini dan bukannya pada 22 November sebagaimana yang diumum sebelum ini, berikutan cuti umum di Johor.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah memaklumkan mengenai tarikh baru peperiksaan SPM itu kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui surat siaran bertarikh 7 Mei lalu.

Wednesday, September 29, 2010

Harapan Kedua Si Terlanjur

MEREKA melangkah masuk ke Sekolah Harapan adalah dengan kerelaan hati, tetapi hakikatnya mereka tidak pernah rela untuk hamil sebelum bernikah apatah lagi dalam usia yang masih mentah.

Tidak seperti perahu terlajak yang dapat diundur kembali, kumpulan lima pelajar pusat perlindungan itu yang pernah terlanjur bersyukur kerana pusat perlindungan ini menyambut baik kehadiran mereka walau hanya untuk tempoh tertentu sahaja.selanjutnya

-------------------------------------------------------------
beri mereka peluang...semua orang berhak untuk bertaubat...janganlah kita mudah nak buat judgement sendiri...cuma nak tau jugak...apa jadi ngan dak2 laki yg membuatkan mereka jadi begitu?terlepas camtu je ke?kalau tak salah aku hari tu...dorang cakap...untuk kes2 dorang ni...hukuman akan dikenakan jgk...tu dibawah undang2 syariah...sama2 kita tengok...jangan nanti ada yg amik kesempatan...bila pregnant masuk sini...makan tanggung lepas tu belah camtu je ...itu yg sebenarnya orang takut...kan


anak sosilawati beri penjelasan

Erni Dekritawati beri penjelasan mengapa tak pernah dilihat bersedih

pandai2 je korang cakap anak dia tak sedih...tak baiklah weh...dengar sendiri penjelasan dia...ok...

i support u...semoga beliau dan keluarga terus tabah...

the arrivals versi bahasa malaysia




bole tgk secara online di http://www.thearrivals.blogspot.com/ mesti ramai dah tgk kan...yang versi bahasa malaysia...or lbh tepat lagi yang ada subtitle melayu...kalau ada permintaan baru aku bagi...kang penat2 aku upload...takde org nak tgk...

Tuesday, September 28, 2010

Joebangla

alamat baru joebangla...http://kisahseorangbanduan.blogspot.com/

Selamat pulang joebangla... hehe mungkin ada yang kenal dia...mungkin jugak ada yang tak kenal,,,,tapi kalau korang nak tau...dialah...

SKMM diarah siasat video klip paderi hina Islam serta merta - Rais

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.
Rais berkata beliau sudah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi itu dalam klip video itu.selanjutnya

apa niii????harap2 siasatan akan dicepatkan...tindakan dapat dibuat dengan tegas!!

Jual klip video lucah remaja

BUTTERWORTH - Asalkan membawa keuntungan, peniaga kedai menjual telefon bimbit dan kad prabayar kini menukar strategi dengan menjadikan klip video lucah sebagai 'umpan' untuk menarik pelanggan.

Taktik terbaru paling berkesan itu menawarkan perkhidmatan muat turun klip video lucah untuk dipilih yang kebanyakkannya memaparkan aksi panas remaja tempatan dengan bayaran hanya RM10 sahaja. selanjutnya

Ingatkan dah takde lagi...rupanya masih ada...adoi...tak serik2 ke remaja 3gp ni...kan benda ni dah banyak didedahkan...takan tak serik kot...ke yang ini yang lama2 punya.... ntahla..

Obsesi kopi

Isteri Baharudin, Maimon Mijan, 56, selaku pengurus DinKopi Sdn. Bhd. memberitahu, suaminya paling gemar minum kopi ketika cuaca sejuk terutamanya pada waktu pagi dan malam.

Menurutnya, jika suaminya tidak minum secawan kopi sebelum bekerja, dia akan berasa lemah dan tidak bersemangat.petikan dari rencana ni

memang ada orang yg dah sampai ketahap gila eh ketagih kopi ni ek...aku sebenarnya pelik gak...sedap sgt ke weh kopi ni...aku kadang2 minum gak tapi takdele sampai ketagih...aku ketagih air suam je...jarang kita dengar org ketagih minuman selain dari kopi ni ek... tak pelik ke weh...

award dr Mr Shareh



dapat award dr mr shareh...dari sebelum puasa...la ni baru nak buat sampai dah merajuk dah dia...ekeke sorry ye mister...aku bizilah...ada update pun byk yg kopi pes...yg ni pun terpaksa aku kopi pes ko punya...hak hak nnt simpan lama2 rasa bersalah pulak...
cam biasa kena jawab soklan...haha


Siti Kelembai online youtube

saksikan disini

Monday, September 27, 2010

Kes Tanah Sosilawati Antara 290 Kes Penipuan Disiasat JSJK Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Kes penjualan dan pembelian tanah di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang dikendalikan peguam yang disyaki suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ialah antara 290 kes membabitkan peguam yang dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.
selanjutnya kat sini

ruap2nya ramai gak peguam yang menipu ni ek...dulu2 bukan kerjaya peguam ni dihormati ke?dulu2 bakal2 mak mertua sure bangga kalau org tanya... menantu awak keje apa? alaa...lawyer...perghhh... bangga tu...sekarang sure dah takut2 nak ngaku...wakaka

Guru utamakan anak sendiri

camtulah...tak kiralah sapa...asal ada peluang tuk diri sendiri...memanglah akan amik kesempatan...benda2 free gitu...ada kawan aku pun dapat,,,,kalau ikut garis panduan ni...mmg tak patut tapi dia kata...sebab anak dia pandai so layak le dapat... baru aku tau garis panduan yang diberi ni... ntahlah...bagi aku kalau diberi pada budak2 yg terlebih layak ni...dorang nanti akan main game jela...apa lagi kan...yang untung besar sebenarnya...supplier lappy tu...sapalah agaknya ek...ngeeee

MIRI - Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum mendedahkan ada segelintir guru di Sarawak yang mengutamakan anak sendiri untuk mendapatkan komputer riba percuma di bawah Program Komputer 1Malaysia.


Skizofrenia: Membantu Yang Kurang Siuman

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia masih bingung dengan siri pembunuhan mengejutkan dan tahun 2010 mungkin menyerlah sebagai tahun yang banyak menyaksikan pembunuhan gerun yang dilakukan oleh mereka yang siuman dan yang kurang siuman.

Sementara perhatian seluruh negara kini bertumpu kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dengan jenayah itu dirancang, jika

Sunday, September 26, 2010

Sukarnya lupakan bekas kekasih

SAYA remaja 21 tahun dan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Saya baru putus cinta beberapa bulan lalu selepas mengharunginya selama empat tahun. Masalahnya, saya sukar melupakan bekas kekasih kerana kami putus atas kehendaknya tanpa sebarang alasan.


Fikiran saya bercelaru memikirkan hal ini namun setakat ini pelajaran tidak terjejas teruk. Hanya Tuhan saja tahu betapa hancurnya hati saya apabila kata putus hanya dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Chelsea malu besar

Kan aku dah kata....lawan team cap ayam...boleh dia belasah...macam tu jugak dengan Arsenal...puas hati aku...dua dua kalah...liverpool...tak kalah...wakaka

R. Kannan Presiden Baru Makkal Sakti

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bekas setiausaha agung Makkal Sakti Kannan Ramasamy menang tanpa bertanding sebagai presiden baru parti itu pada mesyuarat agung luar biasa dan tahunannya di sini.selanjutnya disini

============================================================

agak2 ada tak keyword panas ni akan menjana trffic aku...keh3

Friday, September 24, 2010

jejak ku bukan jejak mu

aku mmg tak tinggalkan jejak kat shoutbox sebab aku mmg takde masa nak bw tapi kalau korang singgh sini...tinggalkan jejak sbb nanti klu aku ada masa...aku mesti dtg kat korang buat keje...hehe

Thursday, September 23, 2010

kenapa bercinta kalau takut kecewa...

semua orang nak bercinta...nak rasa disyangi...nak menyayangi...nak merindui...nak dirindui...nak membelai...dibelai...hushhh...walaupun

Wednesday, September 22, 2010

jom masak...

Aku tak sangka betul la...entry tips memasak aku mendapat page views antara tertinggi...aku malas nak prtsc....nanti aku tunjuk kat korang...kalau korang suka...nanti aku buat lagi ok

Tuesday, September 21, 2010

kawan....

tunggu entry kawan....cerita lama versi citer kat pangkin...sementara tu hayati lirik dan youtube lagu ruhil ni versi karaoke... citer agak sedih so amik masa nak amik mood sedih...huhu

Monday, September 20, 2010

Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapan esok



errr...aku tak tau nak cakap apa cuma harap budak2 tu akan bertaubat klu terlanjur...klu budak2 tu dihukum...harapnya lelaki durjana pun turut dihukum...

JASIN, 19 Sept — Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.

Sunday, September 19, 2010

teori aku jgk yang betul bhgn 1

Masa raya hari tu memang meriah kan kita berkonvoi sesama adik beradik...pegi rumah kerumah saudara mara...

alasan utama?

Ujian Aptitud UPSR

Macam macam ujian budak2 sekarang kena hadapi.Sebaik selepas ujian UPSR yang akan bermula Selasa ini, mereka akan diuji dengan Ujian Aptitud iaitu pada hari Khamis. Ramai yang tak tau apa ujian ni...lepas godek2, baru tau... so aku nak kongsi2 apa sebenarnya ujian aptitud ni...tapi dlm bentuk powerpoint, sapa nak tau, bole tekan bawah ni untuk download.

facebook Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar

perghhh... Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dah ada facebook... so...kepada yang ada sebarang maklumat bole salur ke facebook datuk...jgn nak merapu meraban kat blog...hehe sumber sinar

ps: n3 pjg mggu depan yer...minggu ni kita buat kontot2 je...haha

Saturday, September 18, 2010

Chef Wan menimang cucu

tu pun nak cerita...wakaka

Friday, September 17, 2010

Pendapatan lumayan dengan Nuffnang

Aku baru baca cerita ni...wow...hebat...patutlah semua rebut rebut ek...bukan senang nak buat rupanya...makan tahun jgk tapi ada gak yang dah berjaya dalam masa sethn dua...tapi kenapa aku tak kenal ek..ooo..sebab aku tak rajin nak jalan2 ...haha kalau ada yang belum baca...sila baca disini

Thursday, September 16, 2010

Marion kecewa disindir & hutang hantaran...

belum apa apa dah gaduh?ekeke pelik betul dorang ni ek...lps ni gaduh nak rebut harta pulak ke?
satu lagi...artis yg dok ungkit2 hutang hantaran...apa lagi ko nak...ko nak ex hubby ko duk terbaring je sampai tak bole nak bayar nafkah anak ko...baru puas hati?apsal baru skrg nak ungkit...?yang laki ko...bayar le hutang...tapi terer jgk ko ek...kawin bole hutang duit hantaran...

kalau korang nak tau ...pasal ni lah aku tolak...

Wednesday, September 15, 2010

rasa nak bagi pelempang

ishhh...geram sangat ni...rasa nak bagi pelempang...penerajang je ni...kenapa? ... kenapa,,,,

ko pecahkan rahsia aku...siap!!

teringat masa aku kecik kecik dulu, bila gaduh ngan abang aku...mesti cepat cepat dia nak ngadu ngan mak aku...cepat2 aku ckp...kau kasi tau mak...siap... rahsia ko pun pecah...haha masing2 ada rahsia sendiri...masing2 ada senjata... sampai...

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.

Monday, September 13, 2010

Kes Sosilawati: peguam disyaki ada kes lain?

Kes Sosilawati: Mangsa mungkin selamat jika empat aduan awal diselesai?
KUALA LUMPUR, 13 Sept - Beberapa pihak mempersoalkan apakah kemungkinan nyawa jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dapat diselamatkan jika polis telah menyelesaikan empat aduan termasuk membabitkan seorang ahli perniagaan dari India yang didakwa hilang sebelum ini.

“Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Kes Sosilawati: Suspek dibawa ke lokasi dibunuh, polis temui jam

BANTING, 13 Sept — Pasukan penyelam Polis Marin hari ini meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut di sini.

Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

Kes Sosilawati: Murugiah duduk sebelah suspek dua hari sebelum ditangkap

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah yang turut mengunjungi keluarga jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pihak polis atas kejayaan menahan suspek kes itu.

“Kita minta polis siasat dengan terperinci kejadian ini dan jangan bagi satu peluang pun untuk penjenayah terlepas di mahkamah nanti. Kezaliman dan kekejaman seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Operasi Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati Diteruskan

BANTING, 13 Sept (Bernama) -- Pasukan penyelam Polis Marin Isnin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di sini.

Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

datuk k. patmanaban peguam disyaki dalam pembunuhan sosilawati

datuk k. PATHMANABHAN peguam disyaki dalam pembunuhan sosilawati pernah dikenakan tindakan displin oleh majlis peguam bersama-sama dengan...

pembunuhan Sosilawati: Peguam ada harta luar biasa

perghhh...gambar muka dan nama dah direveal oleh Kosmo online.Memang betul le gambar yang aku bagi kat entry sebelum ni. Siap ada link facebook Datuk K. Patmanaban.Aku takde facebook so tak boleh la nak tengok2...tapi nak tengok pun buat ape ek...buat hati jadi panas je...harap2 pihak polis akan siasat kes ni dengan setelus2nya.



BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Gambar datuk yang disyaki terlibat dalam kes bunuh datuk sosilawati

aku tak berani nak letak sebab tak pasti kesahihan...tapi korang tengok kat sini....kalau salah...korang tanya sendiri kat budak2 yang letak yer...abang mario tak jamin...

paderi yang hendak bakar Al-quran tu sakit otak



BERLIN - Anak perempuan kepada paderi kontroversi Amerika Syarikat (AS), Terry Jones (gambar kecil) iaitu Emma mendakwa bapanya itu sudah hilang siuman selepas disingkirkan oleh kumpulan gerejanya sendiri di Jerman.

Keadaan tersebut menyebabkan bapanya yang berusia 58 tahun itu terpaksa berhijrah ke Florida dan mewujudkan kumpulan ajaran pelampau Kristian, Dove World Outreach Center di Gainessville yang berfahaman keras anti-Islam.

Sunday, September 12, 2010

Jutawan Sosilawati, tiga lagi dipukul hingga mati dan dibakar


Anggota Jabatan Forensik melakukan siasatan pada bahan bukti kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut, Banting hari ini. — Foto Bernama
BANTING, 12 Sept — Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.


Konflik Perniagaan Motif Pembunuhan Sosilawati

KUALA LANGAT: Konflik perniagaan dipercayai menjadi motif kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu yang kemudiannya ditemui mati dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum abu mereka dibuang di sebatang sungai berhampiran lokasi kejadian.

video Lokasi kejadian bunuh/bakar Datuk Sosilawati Lawiya

video Lokasi kejadian bunuh/bakar Datuk Sosilawati Lawiya youtube

Penyelam Polis Marin Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati

BANTING, 12 Sept (Bernama) -- Pasukan penyelam Polis Marin pada Ahad menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain.

Tinjauan Bernama berhampiran sungai itu yang terletak di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat mendapati pasukan polis memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman.

Pembunuhan Sosilawati: Peguam bergelar Datuk, adik dan enam pekerja ditahan

terkini : BANTING: Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September membabitkan lima orang.


Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

isu semasa:anak sulung datuk sosilawati redha

Tengok berita terkini sebentar tadi, anak sulung Datuk sosilawati redha jika benar ibu nya telah tiada dan akan mengadakan solat ghaib. Benda ni belum konfirm so dia tak bole komen lebih2 so janganlah kita buat spekulasi eh...tunggu dulu laporan dari pihak forensik polis.

BPL : keputusan terbaru perlawanan malam tadi

ni result game malam tadi...yang penting...MU tak menang...hahaha

isu: video asap tebal di jambatan Pulau Pinang youtube

Kebakaran kabel elektrik punca kesesakan teruk di atas Jambatan Pulau Pinang..ni haa video youtube dia... ada pelbagai bagai versi...

isu semasa : Nasib Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya

banyak soalan sebenarnya kalau baca kosmo ni...kenapa ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang ? susah ke nak dapat bukti orang yg jahat ni ek...ke memang dia tak bersalah...ntahlah...

nafikan terlibat...dah bole lepas?sumber sapa kosmo ni?nafikan je?lepas?yo yo oo je kosmo ni tau...

dah lah...pening aku...aku cuma harap...benda ni tak betul...kalau betul...takziah untuk keluarga mangsa...semoga roh2 mereka semua ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman....Al-Fatihah


kata Kosmo online...KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Saturday, September 11, 2010

Wanita kelahiran Malaysia dilantik Menteri Kewangan Australia

MELBOURNE: Senator kelahiran Malaysia, Penny Wong dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kerajaan baru Australia pimpinan Julia Gillard.


Sekalipun seorang menteri yang berkerja keras, pelantikan Wong yang sebelum ini menjaga portfolio perubahan iklim dilihat sebagai memeranjatkan ketika Gillard mengumumkan barisan Kabinet barunya pada Sabtu.

Friday, September 10, 2010

jadual hari raya

bangun kul 6...termenung...mandi...solat...salam salam ngan family...pergi kerja...sampai tempat kerja...salam salam...lepas tu...

Thursday, September 9, 2010

Ucapan Maaf Zahir Dan Batin ...

Selamat HariRaya aku ucapkan pada semua kawan2 yer...walau tak pernah berjumpa...tak semestinya tak de dosa kan...kadang2 bila spam chatbox orang...spam komen n3 orang...tak perasan kita dah melukakan hati owner blog or org2 lain yang membaca komen ntah hape2 aku tu...kadang2 tulis n3 yang ngarut2...secara tak sengaja...ada yang terasa...

Wednesday, September 8, 2010

Pengumuman Hari Raya Puasa / Aidilfitri 2010 / 1431H youtube

terbukti raya hari Khamis hanyalah angan2 yang nak raya cepat...hehe

Takut setiap kali nak raya

Biasa kita mesti nak cerita seronok sambut raya...maklumlah selepas sebulan kita berpuasa...hari untuk meraikan kemenangan dah tiba...masa raya juga semua adik beradik akan berkumpul...setelah lama terpisah sebab belajar,kahwin atau bekerja ditempat lain...seronok je kan..tapi tak permah orang nak bincang2 ada orang yang takut setiap kali nak sambut raya...terutama sekali bila...

Kucing kena potong kaki

lagi satu aku nak kongsi...mungkin kita bole pelajari sesuatu dari sini.. terharu...sedih...ntahla..macam2 rasa ada...

Hanya 46 premis saji bufet Ramadan patuh piawaian halal Jakim

UALA LUMPUR: Hanya 22 hotel dan 24 restoran daripada 96 premis yang diperiksa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi sajian bufet Ramadan didapati mematuhi piawaian Pensijilan Halal Malaysia.
Selebihnya iaitu 33 hotel dan 17 restoran tidak mematuhi piawaian itu kerana didapati menggunakan bahan yang diragui halal sekaligus menyalahgunakan status halal, kata Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Bilangan laman web digodam meningkat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan peningkatan ketara dalam jumlah laman web dalam negara yang digodam bulan ini, dan sedang bekerjasama dengan pemilik-pemilik laman web berkenaan untuk memulihkannya.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Zeti Marziana Muhamed berkata, bilangan laman web yang digodam meningkat kepada 262 kes minggu pertama bulan ini berbanding 168 kes bulan lalu. "SKMM ingin mengingatkan semua pemilik laman web untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan pada laman web itu.

Ops Sikap ke-22 ; 19 terkorban pada hari kelima

KUALA LUMPUR - Sebanyak 19 kes kematian akibat kemalangan jalan raya dicatat pada hari kelima Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan bilangan yang terbunuh sejak operasi itu bermula Jumaat lepas kini berjumlah 67 orang.

sedihlah...takan bapak nak mintak maaf pulak

raya dah dekat...patut anak2 le mintak maaf...takan bapak pulak nak mintak maaf...apa la nak jadi dgn budak2 sekarang...sedih aku bila...

Tuesday, September 7, 2010

tips; masa betul minum air

ini aku amik kat email...layan jela eh...hari ni layan n3 senang2...kopi pes nye n3...haha kang kul 12 baru start blk n3 aku...huhu

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

gadis German peluk Islam

ada budak kita siap maki2 lagi orang yg berpuasa...korang tengok ni...wow!!! korang jgn risau...dia tak cakap german...dia ckp melayu...

Mek Wook, suami berpakaian raya sedondon

KUALA TERENGGANU - Mohd. Nor Musa, suami kepada seorang warga emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundur, diberi pelepasan dua minggu oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Besut untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya itu di rumah mereka di Kuala Berang di sini.

tonton lestari : asmara online youtube

kini dah bole tonton asmara secara online...kat sini aku tak tengok cerita ni ...ada satu je ke?

Sorry...kene daftar ngan Tonton baru bole tgk...

Remaja lesbian benci lelaki

SAYA remaja berusia 19 tahun dan mempunyai seorang kekasih perempuan sebaya. Kami bercinta kerana masing-masing sering mengambil berat hingga tercetus perasaan sayang

kereta datuk Sosilawati dah jumpa


ANGGOTA polis membuat pemeriksaan ke atas kereta Sosilawati yang ditemui di Subang Jaya malam tadi


SUBANG JAYA - Tanda tanya mengenai kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakan semakin terurai misterinya apabila polis menemui dua buah kereta milik mereka yang menjadi petunjuk baru dalam siasatan pihak berkuasa itu.

Monday, September 6, 2010

subliminal messages

Ini adalah salah satu sebab kenapa tv3 tarik balik iklan raya di tv dan juga di youtube.... aikkk...kat youtube pun dah kena delete...masih ramai yang tak sempat nak tgk kan...

gempar!!! penyamar Mario pulak

perghhh...semakin pelik aku dgn dunia blog kat negara kita...selepas digemparkan dgn penyamar aie ...kini aku pulak yang menjadi mangsa....tak sangka betul...berita gempar ini yang telah disampaikan oleh...

iklan raya petronas 2010 youtube

ni haa iklan raya petronas terbaru... ntahlah...nak kata kelakar pun tak jugak...layan jela...

iklan raya tv3 youtube

nilah dia iklan raya tv3 yang ditarik balik tu...

Ahmadinejad ulangi amaran akan musnahkan Israel

DOHA 6 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengulangi amarannya akan memusnahkan Israel sekiranya rejim Zionis Israel itu menyerang negaranya.

Beliau mengulangi amarannya ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini dalam rangka lawatannya ke negara ini.

jual diri di facebook

apa nak jadi ni?guna facebook untuk jual diri...saksikan pengakuan di youtube harian metro ni weh...apa pendapat korang...

Guna Facebook untuk jual diri di bulan Ramadan

Sunday, September 5, 2010

jap eh...

jap eh...perkataan paling popular bila kita disuruh buat kerja...tak penah kita kata...siap!!! eh...takan dah siap pulak ek kalu ...

Saturday, September 4, 2010

nak beli tanduk ketiga?

Friday, September 3, 2010

kenapa budak2 tak bole go online

tengok ni...bahaya kan... so...berhati hati yer...kena perati2 selalu..

KENAPA LELAKI SUSAH UCAP KATA SAYANG?

Semua orang tahu benda ni...tak payah ulas la kan...lelaki memang camtu...dah tak heran dah so aku bukan nak cakap pasal benda tu...tapikan kenapa perempuan senang sangat nak ucap...

termenung ada style



pic credit to sweet ladybird
thanks lady...lawa tempat tu...ada tak yg kosong...takde org...hehe sorrry ...demand lebih...ekeke


Agak agak korang kat mana yang dikatakan termenung ada style...kalau tanya aku mestilah kat pangkin tepi sawah bawah pokok kelapa rendang....perghhh...ada radio pakai bateri pastu ada gitar kapok kat sebelah...lepas tu...

Gereja gay pertama

KUALA LUMPUR - Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.

Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.

Tol percuma dan diskaun sehingga 40 peratus sempena Aidilfitri


2010/09/02
KUALA LUMPUR: Dua puluh empat syarikat konsesi lebuh raya memberikan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri ini manakala syarikat konsesi Kumpulan MTD "menghadiahkan" laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma pada 7, 8, 15 dan 16 Septmber depan mulai 9 malam hingga 6 pagi kepada semua jenis kenderaan.

Thursday, September 2, 2010

the master of header

ucapan terima kasih untuk the master of header...wachak... untuk header yg mendapat pujian ramai...hehe

Wednesday, September 1, 2010

soalan trial UPSR DARI PANTAI TIMUR

SAPA2 BOLE TAK TOLONG AKU DPTKAN SOALAN trial UPSR DR NG T'NU DAN KELANTAN...

Astro Ria Cinta Kirana youtube episode 15 & 16 edited

Astro Ria Cinta Kirana youtube episode 15 sudah ada weh...jum jum tgk kat sini...

LESTARY - ASMARA TV3

DOWNLOAD OST Asmara Slot Lestary Tv3 - Menyesal 6ixth Sense

Terbaru di slot Lestary, TV3 bakal menayangkan sebuah siri drama yang menarik “ASMARA” lakonan Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi mulai 31 Ogos 2010, setiap Selasa jam 9.00malam.

Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem. ASMARA mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.

Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini

Tuesday, August 31, 2010

ayat ayat untuk ibu mengandung




Hari tu aku ada terbaca kat blog mana dah lupa...tapi dia berkenaan orang yahudi yg buat macam2 program sebaik tau isteri dorang pregnant... so ni aku nak bagi le ayat2 untuk ibu mengandung baca dan perdengarkan kat baby dalam kandungan..orang kata baby dalam perut bole dengar...antara ayat ayat yang aku tau adalah...

31 ogos search planet hollyword youtube

31 ogos lagi ni weh...jum nyanyi weh...haha

perghhh...sungguh patriotik sekali budak2 tu ek...

addicted







dapat awardnie. "addicted" .

Tag 5 orang blogger yang memang kamu addicted dengan blognya
banyak blog yg aku addicted...terutama bloglist aku tu...so aku tag le semua2 sekali...

4.Berikan 5 perkara, kenapa anda suka kepada pemberi award..
sebab...dia baik...suka bagi award kat orang....rajin...suka menolong orang dan bertanggungjawab...


5.Berikan kata2 ucapan kepada pemberi award
thanks yer...klu ada lg...bole bagi lagi yer...

errr...aku ada hutang tag lah tapi dah lupa...aku ni pelupa...yg aku ingat...kartun yg tak siap2 lagi...haha

Monday, August 30, 2010

Tema hari kemerdekaan 2010 1Malaysia Menjana Tranformasi




1Malaysia Menjana Tranformasi
selamat hari kemerdekaan kepada semua...

dulu2 masuk perbarisan sebab nak dapat baju free...kasut free...cap dan macam2 lagi ... sekarang ni tak taulah...

2 Diingat dan 2 Dilupa




Dipetik dari kitab Ihya Illumuddin, karya Imam Ghazali. Imam Ghazali orang Iran bermazhab Sunni:-

Contest: Merdeka



KEPADA : IZYANTY COLLECTION ( CONTEST MERDEKA )

1.) SIAPAKAH BAPA KEMERDEKAAN ?
(a) Tunku Abdul Rahman

2.) BILAKAH DATO SERI DR MAHATHIR MOHAMAD MENGISTIHARKAN NAMA JALUR
GEMILANG PADA BENDERA MALAYSIA?
( a) 31 Ogos 1997

3.) TUN HUSSEIN ONN ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-3, ?
(a) Betul

4.) TAHUN INI MERUPAKAN TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE- ?
(b) 53

5.) APAKAH TEMA HARI MERDEKA TAHUN INI ?
(b) 1 Malaysia Menjana Transformasi

( sila letakan jawapan yg betol sahaja dr 2 jawapan tu)


KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN

SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA aman damai dan hidup bagaikan sekeluarga walaupun hanya dialam maya.


===================================

Sunday, August 29, 2010

citer kat pangkin : janganlah salahkan puasa

hoi!!ko ni asik tido jela rio...pakcik z sergah aku yang tengah kusyuk tido kat pangkin... sambil gosok gosok mata...aku... apa ni cik... tepanjat saya tau...kalau saya ada sakit jantung...cane?pakcik jugak kang susah payah nak buat cpr...haha hotak ko!!pakcik z selamba jawab...biasalah cik... ni kan bulan puasa.. saya puasa tau...

Saturday, August 28, 2010

lagu raya mp3

lagu raya karaoke youtube mp3 download, mediafire, hotfiles, rapidshare.,

Lagu raya apa yang paling meninggalkan kesan kat korang...yela...takan takde kot...kalau tanya aku ...lagu paling best...err bukan paling best tapi paling nostalgia bagi aku adalah lagu

Perkhidmatan sewa lori




Perkhidmatan lori sewa :

--Pindah Rumah
--Pejabat
--Barangan Komersial
--Event / Roadshow
--Dan Lain-lain.

Lori 1 tan dan 3 tan.
Harga mengikut lokasi dan keperluan tenaga kerja.


Aku tak dapat apa pun...tolong kawan kawan bisnes je...aku tumpang seronok je kalau dia berjaya ...

Kad raya

MMS Beranimasi kartun digital Mengandungi ucapan-ucapan kartun puasa/raya yang merangkumi keluarga, humor, romantik, berbentuk nasihat, serta mengandungi petikan Hadis dan Al-Quran. Ia amat sesuai untuk semua golongan di muka bumi ini!
Kesemua design Kad Raya Kartun Digital ini didatangkan dalam pelbagai saiz untuk pelbagai jenis model handphone samada Nokia, Motorola, Sony, Samsung, IPHONE, Blackberry dan lain-lain lagi.
amacam?menarik tak?korang bole order disini aku tolong promote je...takde dapat apa2 pun...ekeke seronok dgn kartun2 dia sbnrnya... sapotlah sikit weh kartunis kita...